Saturday, March 8, 2025

Berbuka semalam, cerita bazar, dan bersenam

 Semalam, hari Jumaat, bersamaan 6 Ramadan, saya masak nasi goreng untuk juadah berbuka. Ada baki satu bahagian ayam golek (beli kat bazar ramadan hari sebelumnya) yang tak habis dalam peti ais. Saya asingkan isi ayam, dan masukkan masa goreng nasi. 


Banyak nasi. Guna kuali besar untuk masak nasi goreng. 

 Alangkah baiknya kalau semua orang boleh makan apa yang saya masak. Tapi Sulaiman yang sedang dalam usaha nak kurangkan berat, dia tak makan nasi. Jadi lepas Asar, saya dan suami cari makanan lain. Dah terangkan, boleh je makan nasi kalau nak kurus, cuma kurangkan portion, besar segenggam sudah cukup. Tapi, entah la budak tu.

Semalam pergi bazar ramadan yang di belakang Stesen Bas Manjung. Beli corndog, roti john, air, ayam gunting dan kebab. Yang air tu, air manis, Sulaiman tak pantang pula. Heee... air manis la yang mula-mula kena hentikan untuk kurangkan berat. Apedaaa.... 

Pastu kan, benda yang tak pernah terjadi sepanjang bertahun-tahun beli makanan di bazar ramadan. Kome nak tahu tak... corndog tu beli 2 biji. Satu corndog basi wei... bau masam. Masya-Allah... pertama kali la dapat makanan tak elok. Satu corndog harga RM7. Huuu... tak de rezeki. Adakah benda sebegini pernah berlaku kat kome? Cer citer, cer citer...

Baik makan nasi goreng mama masak je. Goreng telor mata, potong timun dan tomato. Makan style suku suku separuh. 

 Oleh kerana nasi goreng banyak. Jadi, membawa menu yang sama untuk sahur pagi tadi.


Hihi... Alhamdulillah. Sulaiman makan tak nasi goreng? Tak, dia makan wrap. Nasib baik dia dah pandai buat sendiri. Intinya, guna telur dan patti burger, dia suruh mama potong kecil-kecil. 

Lepas Subuh pagi tadi, rasa mengantuk sangat. Walau pun tak elok tidur lepas subuh. Tapi saya tak boleh tahan. Dah rasa macam hanyut. Suami masuk bilik, cakap nak pergi kerja pun, dah mamai-mamai macam dalam mimpi. Sedar-sedar, pukul 8 lebih dah. Terus bangun siram pokok. 

Kacang panjang renek sudah boleh petik

Pokok kacang panjang spesies renek ni, saya tanam dalam pasu je.

Lepas tu, saya keluar pergi kedai Ayam Ori, beli ayam seekor, dan pergi kedai runcit PCK, beli barang dapur sikit. 

Balik rumah, simpan semua bahan mentah. Kemudian saya salin pakaian untuk bersenam dalam rumah. Sudah 3 hari saya briskwalk guna walking pad sambil tengok movie. Hari ni, saya nak cuba strength training. Walaupun orang kata strength training ni patut buat sebelum sahur atau selepas berbuka. Tapi saya nak cuba buat juga. Sebab, kome ingat tak blogger dulu, yang namanya Ben Ashaari? Dia siang-siang hari di bulan puasa pun main gym. Tapi dia sudah lama bina badan, bertahun-tahun sudah. Saya ada follow dia di mukabuku. Saya nak tanya dia,"Takde rasa nak pengsan ke, pergi gym waktu berpuasa?". Tapi saya malu nak tinggalkan komen.

Saya pula, setelah 3 hari brisk walk 5-7 km atas walking pad, saya rasa macam saya boleh buat. 2-3 tahun lepas, saya berlari waktu pagi di bulan puasa, 7-10 km setiap hari, walaupun orang lalu lalang tengok macam pelik, bersenam di pagi hari semasa ramadan. Saya tahu badan saya sendiri. Tapi, ada rasa takut sebab kita tak tahu air dalam badan cukup ke tidak. 

Kalau tubuh kurang air, boleh membawa kepada kegagalan jantung. Tapi saya nak cuba juga strength training walaupun waktu puasa. Pertama kali. Seumur hidup. Saya baca doa dulu sebelum mula. Mengucap dulu, takut jadi apa-apa. (suka overthinking kadang-kadang, walhal sepatutnya fikir positif, I can do this!) Sedangkan Rasulullah SAW berperang masa berpuasa.


Alhamdulillah, saya boleh buat strength training pagi tadi, menggunakan kettlebell 4 dan 8 kg. Dapat buat 4 set, selama 37 minit. Cukup la tu. Alhamdulillah. Disudahi dengan yoga. Tapi saya nak cakap di sini, sangat mencabar ya, sebab tak boleh minum air. 

Pukul 10 pagi baru bersenam

Heart rate saya sangat rendah bila bersenam semasa berpuasa ni. Syukur Alhamdulillah, saya ok. Saya tengah taip entri ni dan tidak terbongkang depan tv, kira ok la, kan. Nanti tengok petang saya larat masak ke tak. Hahahaha.... 


Dapat lencana ini di aplikasi Garmin. Ooo... Hari Wanita Sedunia pada hari ini, ya. Eh, jadi kalau camtu, kita cuti la hari ni, tak yah masak, boleh? Kikiki...

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

24 comments:

  1. Selamat hari wanita.
    Ini mesti jam canggih ni boleh tau macam2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, uncle.
      Jam subsidi, uncle. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Saya kalau pergi bazar selalunya akan beli makanan yang baru dimasak kat situ. Kalau yang macam ready made tu, agak fobia sebab pernah dapat yang tak elok. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ye ke.. itu la yek, kena hati-hati, pilih makanan.

      Delete
  3. Boleh je makan nasi nak kurus cuma portion kena control. Tapi ada je orang yang diet nasi berbulan2. Cara masing2 kan. Kita ni makan ke tak makan mengembang juga. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cie.
      Hihi.. Cie tu tak makan nasi time sahur, makin mengembang juga ke? :)

      Delete
  4. Mencabar diri betul tu, Nur. Eh, Sulaiman.. iyo² o jer diet tapi minum air manis, hihi. Sedap tu nasi goreng. Rumah ni tak sempat nak goreng nasi, nasi selalu habis, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak. Huhu..
      Baguslah nasi selalu habis. Sebab lauk SK masak sedap-sedap!

      Delete
  5. Kacang tu letak dlm nasi goreng pun sedap tu...
    Rajin Nur bersenam 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, sedap nasi goreng ada kacang panjang.
      Saya cuba. Sebab badan rasa lemau, PH.

      Delete
  6. Fuh...buat strength training time puasa. Hebat mental fizikal Tot.

    Tengok kawan-kawan panggil Nur, saya pulak panggil Tot. Prefer panggil mana satu ya? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat, biasa-biasa je. Sebab tahu kebaikan dia, jadi kita ada rasa yang kuat untuk buat juga.
      Tot pun ok je. :)

      Delete
  7. Haah patutkan kurangkan makan atau makanan manis.
    Hari inipun tidur lepas Subuh, mengantuk betul sebab tidur lewat malam tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...
      Itu la. Kalau dah mengantuk sangat, kena ikut cakap badan la kan, rehat dulu.

      Delete
  8. Aduh.. Fail betullah kalau besi makanan tapi basi. Kalau rajin, esoknya pergi semula ke kedai tu, maklumkan hal basi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pergi balik pun. Saya punya style, kalau dah terkena, tak beli dah tempat yang sama.

      Delete
  9. Wah salute lah boleh buat strength training. Corndog basi, alahai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Itu la. Tak baik jual benda semalam tak habis.

      Delete
  10. Rugi rm7 ..aduhaiii .. tak elok jual valik makanan yg tak habis semalam ..sepatutnya kalau dh tak habis sedekah sahaja . Kalau simpan dan jual semula tak elok . Kesian pembeli . Beli dgn hrga yg mahal tapi buang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Pertama kali dapat makanan sudah basi. Kecewa, pastu tak pergi dah situ.

      Delete
  11. Ya Allah macam mana bisa basi yaa. Corn dog kan digoreng saat dipesan. Atau memang dari sebelum digoreng pun dah basi ya kak? Aiish betul2 nak diblacklist penjualnya.

    Bicara gym, saya rutin gym dan pilates selama ramadhan.

    Tapi memang berasa kak bedanya. Saya sengaja tetap lakukan di jam 4 sore. Tujuan saya memang nak bakar kalori semaksimal mungkin, sebab di sore hari tubuh akan ambil tenaga dari gula yg tersimpan dan lemak.

    Utk gym saya tak masalah. Masih sanggub macam biasa. Tapi saat pilates, ya Allah memang habis tenaga dibuat. Pilates ini dilihat santai, tapi butuh tenaga lebih besar 🤣

    Saya pikir tenaga saya dah habis akibat angkat beban, makanya saat pilates tak kuat.

    Esoknya saya coba pilates duluan, baru angkat beban. Ttp tak sanggub. Saat knee push up saja saya sampai tremor 🤣🤣🤣. Padahal biasanya kuat.

    Hari ini saya pilates lagi, tp ada beberapa gerakan yg saya hanya sanggub setengah. Akhirnya fokus balik ke angkat beban dan cardio dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corndog sudah display atas meja bersama bekasnya. Jadi, kita cuma tunjuk mana satu mahu. Tak tahu la Fanny, mungkin juga corndog semalam yang masih belum dijual, diletak semula bersama corndog baru. Wallahualam.
      Faham, pilates lebih kurang macam yoga. Dilihat senang. Tapi masa kita buat, aduh, pengsan! Haha..
      Semoga Fanny terus konsisten bersenam di bulan puasa, ya. Kuat betul Fanny, bersenam di waktu petang. Akak prefer pagi, sebab sudah biasa.

      Delete