Assalamualaikum, semua...
Cuti Hari Wesak. Kome buat apa hari ni? Ada yang balik kampung ke, long weekend?
Saya tak ke mana. Semalam, sudah hantar anak kedua, Hafizan, balik PUO.
Briskwalk
Pagi tadi, pergi jalan-jalan di padang dengan suami.
Tak ramai orang pun. Mungkin orang ambil kesempatan rehat saja di rumah. Parking pun banyak tempat kosong.
![]() |
Pemandangan pagi tadi. |
Alkisah, saya ambil keputusan untuk tidak lagi memakai jam subsidi jenama 'Gar**n' waktu beriadah. Bukan sebab jahanam ke, apa. Masih berfungsi. Tapi tali jam yang hampir reput. Saya mula-mula pakai getah (rubberband) untuk ikat hujung tali yang terjuntai je, sebab pemegangnya reput. Lepas tu, beli di kedai jam biasa. Ada 2 tempat di tali jam tu, yang kita boleh selak masuk tali semasa pakai jam. Mula-mula satu tempat je tercabut. Saya beli satu. Semasa di kedai jam, pemegang kedua pun tercabut juga, jadi beli dua. Harga setiap satu, RM2 je, pemegang tali tu yang boleh hold tali in place. Total RM4 sebab beli 2.
Pakai macam biasa, tapi ada rasa macam dah tak sedap di tangan saya. Rasa gatal. Lepas tu, saya garu sampai cedera dan luka tangan saya. Jam jenama ni, mana boleh beli spare-part biashe-biashe ni, mesti kena ganti satu set juga, yang original. Di tempat saya, tak ada pengedar jam sukan ni. Kena pergi Ipoh. Lepas tu, saya perasan, bukan 2 tempat yang reput, ada lagi satu tempat pada tali jam tu, hampir nak reput juga. Kalau putus terus, memang tak boleh pakai dah la jam tu.
Buat masa sekarang, saya pun ada rasa malas nak pakai jam. Dah 5 tahun dah saya pakai jam tu untuk rekod aktiviti lari, jalan, hiking dan sebagainya. Dah rasa malas pula tiba-tiba. Berbaloi la, tahan lama. Tak pernah sekali pun saya tukar bateri jam. Saya pakai 24 jam pula tu, kecuali masa ambil wuduk dan mandi. Waktu tidur pun pakai, dapat detect heart rate. Masih berfungsi dengan baik, cuma talinya saja sudah kaput. Buat masa sekarang, saya nak bagi tangan free, tak mahu pakai apa-apa. Jadi, saya pakai free app sajalah. Sudah download aplikasi MapMyRun untuk rekod aktiviti riadah.
Sebenarnya, hari ni, saya sudah rekod guna aplikasi Strava. Tapi kat situ, ada ramai orang follow. Termasuk bekas kawan lama. Dah block, tapi sebab dia orang ni suka lari berjemaah dan upload gambar selfie ramai-ramai lepas lari, jadi termasuk juga muka orang tu dalam feed utama.
Hati ada rasa down bila tengok kawan-kawan lama boleh berlari, dan semakin laju pula tu. Sedangkan saya, sekarang ni, berjalan laju pun dah sakit lutut, inikan pula berlari. Tak mahu tengok. Oleh itu, saya uninstall Strava, dan cuba app MapMyRun pula. Semoga istiqomah berjalan untuk sihat setiap hari.
Alhamdulillah, Tuhan masih izinkan saya berjalan, beriadah menikmati udara pagi. Tak jalan lama pun pagi tadi, sebab perut berbunyi lapar, minta diisi. 😁
Sarapan
Tanpa membuang masa, jomlah kita pekena nasi lemak makcik bawah pokok.
Alhamdulillah, kenyang. Sup makcik ni, memang terbaik! Rasa lapang dada, hirup sup panas-panas bersama nasi lemak makcik yang sambalnya cukup rasa dan sedap! 😋
Lepas makan, balik rumah, siram pokok.
Panas cuaca di tempat saya ni. Kalau tak siram pokok, boleh layu waktu petang. Rumput panjang. Dua hari lepas, suami ada potong rumput guna mesin rumput yang ada di rumah ni. Tiba-tiba bau hangit. Lepas tu, terus tak berbunyi. Hahaha... dari hari tu mesin sudah keluar signal mahu rosak. Sekarang memang dah rosak terus.
Sudah beli baru di shopee. Ada sale pula tadi. Tuan kedai sedang buat live di shopee. Dapatlah beli mesin rumput baru dengan harga kurang RM100.
Lepas siram pokok, baca suratkhabar sekejap sebelum mandi. Suratkhabar beli di kedai Murugan, Lumut, beli akhbar Kosmo dan Harian Metro. Kome ada dengar tentang anak gajah yang kena langgar lori di Jalanraya Timur Barat tu, tak? Dalam paper, ada tunjuk gambar anak gajah yang mati tu. Sedih, kita tengok. Kesiannya, ya Allah. Suami pula ada tunjuk, video yang tunjuk mak dengan anak gajah, semasa anak gajah tu masih hidup. Yang anak dia sesat masuk kuarters jabatan perikanan tu, sedangkan mak gajah duduk luar, tunggu anak dia. Lepas tu, anak gajah tu cuba panjat tembok kuarters, tak sedar yang dia tu montel, nak panjat tembok juga. Comel sangat! Huuuu... dah tak de dah. 5 jam mak gajah tak bergerak tunggu anak dia bawah lori. Gambar mak gajah cuba tolak lori tu pun ada dalam suratkhabar. Aduh.... kesian tengok. Saya rasa, tak ada siapa la yang nak langgar haiwan ni dengan sengaja. Tak dapat apa pun, kalau langgar dia. Kenderaan kita juga yang rosak bila langgar gajah. Nama pun kemalangan. 😢 Hati-hati la kalau kome lalu Jalanraya Timur Barat tu, tau.
Kalau nak baca cerita kami encounter gajah semasa lalu jalan yang sama, klik sini untuk entrinya.
Makan tengahari
Hari cuti, jadi kita pun malas memasak. Lepas zohor, kami keluar makan tengahari di kedai Kak Wok.
Makan nasi ayam cincang. Saya minta nasi separuh. Tersembunyi di bawah lauk, ada potongan timun dan sambal belacan. Lauk ayam goreng yang dicincang dan kuah gulai, ada kopeh-kopeh (bahagian tulang-tulang ayam seperti leher dan kaki). Pedas sambal belacan dia, tapi sedap. Lama dah tak makan nasi Kak Wok ni. Dulu kalau beli, mesti bungkus je. Sebab kalau makan situ, kita berpeluh sebab pedas nasi dan sambal tu, dan kedai dia pun agak panas. Makan tengahari buta pula.
Alhamdulillah.
Mengopi
Lepas makan tengahari, suami cakap, ada masa lagi, sebelum dia masuk kerja shif petang. Dia ajak mengopi. Kami pun singgah Richiamo.
Kami minum americano, saya kopi panas, sementara suami minum kopi ais. Tanpa gula. Ambil juga salted egg yolk croissant dan donut biasa.
Last meal of the day, Insya-Allah.
Saat saya menaip entri ni, suami pun sudah selamat pergi kerja.
Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat yang diberi olehNya.
Kita dapat makan sedap-sedap, sedangkan orang Palestin tu, buat roti pun guna tepung ada ulat. Dia tapis banyak kali. Lepas tu, teringat saya ada tepung gandum dalam peti ais, beli masa bulan puasa. Nak buat kuih raya, tapi tak buat-buat. Kalau dekat, boleh kita bagi kat dia orang, kan. Ini, kita hulur bantuan pun, belum tentu sampai, sebab kapal bawa bantuan pun kena bom. Laluan darat pula disekat.
Macam-macam.
Semoga Allah meringankan beban saudara-saudara kita di sana. Juga kepada semua pembaca yang saat ini sedang berduka atau ditimpa ujian, semoga tabah dan kuat untuk mengharunginya. Aminnn...
Jumpa lagi, ye. 💗
Penuh aktiviti hari cuti wesak ye. Cie takde ke mana pun hari cuti berehat je.
ReplyDeleteAktiviti makan di luar je, Cie. Hihi.. hari malas memasak.
DeleteCuti yg dipenuhi pelbagai aktiviti gini yg best. Paling penting boleh gantung kuali :D
ReplyDeleteSy tak boleh la baca pasal gajah tu. Baca headline je, tak mampu nak tengok video or full story. Sedih sangatttt 😭
Hehe.. memang syok, hari cuti tak yah masak, PH. :D
DeleteItu la. Saya pun hari ni, buka fb, banyak cerita gajah lagi. Dan satu berita sedih lagi, nahas anggota FRU di Perak. Allahuakbar...
saya pagi tadi gi hiking je. harini ayah dgn abang saya yg dah bertahun tak hiking pun join sekali hehe
ReplyDeleteteringin sangat nak ada jam garmin, tapi hargnya kerass. kalau tukar tali yg original tu mahal ke? tak ngam pula tukar tali kat kedai biasa2 ye
Bagus tu, hiking berjemaah. :D
DeleteTak tahu la, sebab tak pernah terjadi, tali jam kena tukar ni. Belum survey harga lagi. Akak pun jam second-hand orang sedekah, Mazni. Nak beli sendiri memang tak mampu.
OOoo.. uncle pun pernah singgah richiamo... not bad kan?
ReplyDeleteOrait sesangat, kopinya uncle. Tempat pun nice!
DeleteKak Wok mana ni? Dulu suka makan nasi tu. Tapi lepas lauk ayam makin sikit, terus tak pergi dah. 😌
ReplyDeleteNi, kedai kat Manjung. Sebenarnya, bukan Kak Wok original. Imitate. Hehe. Memang, lauk ayam dah tak banyak macam dulu. Apa nak buat, harga barang semua naik kan.
DeleteYa susah kadang-kadang nak blok seseorang. Kadang-kadang mengganggu dalam fikiran.
ReplyDeleteMemang perasan cuaca panas sangat, banyak lepak dalam bilik tidur sebab hendak sejukkan badan.
Itu la. Kena jaga perasaan sendiri. Terpaksa la ambil langkah yang sewajarnya. Huhu.
DeleteSama. Kat rumah pun, asyik pasang aircond je.
Baca blog Nur hari ni, ada cerita makanan, ada cerita jalan2, seronok. Tapi, sedih baca pasal anak gajah tu. Suami kita pun tak berhenti cakap pasal gajah.
ReplyDeleteKan. Hari ni di fb pun masih ada cerita gajah lalu di newsfeed. Tambah lagi satu berita sedih, tentang nahas anggota FRU tu.
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin.
ReplyDeleteCuti Wesak, ajak anak2 vacuum rumah, cuci kain di kedai dobi, gantung frame gambar dll hehe.
Wah, cuti yang produktif tu. Terbaik!
Deletelama tk briskwalk tp kita biasa briskwalk indoor je atas treadmill
ReplyDeleteBagus juga tu, kurang panas, riadah dalam rumah.
DeleteCerita gajah ni mmg buat ammi rasa hiba. Itulah yg dilalui tiap ibu yg hilang anak sbb oernah tgk arwah mama yg sangat rasa “kehilangan” lepas arwah adik meninggal.
ReplyDeleteAmmi tak pernah guna strava dan skrg sejak pakai apple ammi record steps, BW kat situ jelah. Lagipun takat ammi BW 3 minggu tak sekali takyahlah beriya sgtkan
Sedihnya... memang ujian paling perit, untuk terima kehilangan orang tersayang. Sobs, sobs...
DeleteIphone lagi canggih. Ada apple watch ke, Ammi? Senang nak sync steps.
Sa lepak rumah 3 hari..sabtu melayan PZ tantrum x sihat, petang sambut mothers day konon, ahad lepak rumah, pi pasar dan pi kubur dan Isnin pun lepak rumah pi kubur sebelah petang
ReplyDeleteBanyak aktiviti SA, walaupun lepak rumah je long weekend.
Deleteana pun tak p mana hari Wesak sbb jemmm sana sini.. mmg rasa sayu sebak psl kisah anak gajah kena langgar tu sbb mak dia tak beganjak sikit pun drpd situ :(
ReplyDeleteSedihkan.. banyak hari dah ni, tak habis-habis lagi citer gajah di fb.
DeletePas long weekend Waisak, Krn public holiday 12-13 may, jadi saya dan suami dan berangkat ke solo dari hari Sabtu. Awalnya malah nak dari kamis 🤣. Tp si kakak ada ujian pula di sekolah.
ReplyDeleteSaya tak bisa lihat cerita anak gajah itu kak, menangis langsung 😭😭😭. Inj pun dah sedih lagi teringat dia dan ibunya yg sedih . Gajah nih kan punya ingatan sangat kuat, dan mereka penyayang terhadap anak2nya. Ya Allah tak sanggub saya bayangkan perasaan induk gajah itu 😭😭😭
Oh, pergi bercuti long weekend.
DeleteSedih, kan. Semoga ibu gajah lebih tenang sekarang.
Wesak Day haritu pun CCL cuti .. tak kemana pun rehat kat rumah ..
ReplyDeleteRehat kat rumah rasa nikmat sangat kan, CCL.
DeletePadat jadual cuti wesak dia. Best banyak aktiviti. Tot dulu geng hiking dan lari ye? KSarie geng tidur rasanya. Terpleot betul dengan aktiviti luar ni. Haish
ReplyDeleteYe, KSarie. Adalah sikit, join event lari.
DeleteSaya nak join KSarie, masuk geng tidur la. Dengan pengkhususan, tidur dalam kereta. Asal masuk kereta, tidur. Asal tidur, dalam kereta. Pergi pasar pun, sempat tidur dalam kereta. Huhuhu...
Cuti wesak ss tengah jalani hari team building. Penat dia macam beria je, padahal takde buat apa jugak. Just jalan di kawasan situ. Nasi kak wok tu nampak selera betullah kak tot.
ReplyDeleteBagus ada program macam tu, SS. Barulah tambah semangat nak bekerja dalam kumpulan, di pejabat.
DeleteMemang sedap, nasi Kak Wok tu. Sambal dia paling sedap!