Saturday, May 17, 2025

Gambar makanan saja

 Assalamualaikum, semua...

Entri kali ini, saya nak kongsikan gambar makanan saja. 😁


Pada 13 Mei, saya masak lauk di atas. Ayam masak campak-campak saja. Nak kata ayam masak merah, bukan. Ayam kari pun bukan. Tapi sedap juga. Habis juga, buat lauk, Alhamdulillah.


Ini adalah nasi berlauk. Sarapan saya, di hari yang sama, di Pasar Komuniti dan Karavan, Manjung. 


Ini pula adalah gambar nasi ulam. Sedap rasa nasi ulam dia, ada ikan kering dan timun. Saya beli ni, di Pasar Terpanjang Kuala Kangsar, pada hari Ahad, 11 Mei. Saja, jalan-jalan cari makan dengan suami.

Ini pertama kali kami sampai sini. Ada macam-macam barang jualan seperti ikan segar, sayur, buah, pakaian, makanan, dan lain-lain. Ikan sungai pun ada dijual, masih hidup. Ulam-ulaman kampung, kuih tradisional Perak, ikan pekasam, sangat menarik, pada pendapat saya. 

Satu lagi tempat bagus untuk dituju di hujung minggu, bila suami tak kerja. Hari Sabtu, kami selalu pergi Pasar Pagi Bota. Hari Ahad pula, ada pasar terpanjang Kuala Kangsar ni. Dulu, pasar ini lokasinya di tepi sungai Perak, tapi sudah pindah ke Persiaran Prima, Kuala Kangsar. Boleh google je, senang nak sampai. 

Selain makanan untuk kami satu famili, saya terbeli tudung sampai 3 helai, dan baju 2 helai. Huhu.. murah-murah je, tudung sehelai RM10-RM15. Cantik pula. Rugi la tak sambar. Datang jauh-jauh. 😁

Jarak lebih 1 kilometer jalan-jalan di pasar ni. 

Gambar seterusnya...


Gambar pergi mengopi semasa 10 Mei lepas. Tempat feveret kami, 989 Kopi. Selain americano, pesan croissant dan double chocolate muffin. Dapat claim biskut chocolate chips, dari kad stamp kedai.

Alhamdulillah. Sangat suka mengopi, rasa nikmat sangat. 😍


Yang ini, gambar pada 7 Mei, pergi mengopi di tempat yang sama. Seminggu at least sekali, ada la kami mai sini. Kali ni, saya minum hazelnut latte panas dan suami pula latte no sugar. Ambil sepotong red velvet cake. 


Ini, sarapan pada 7 Mei, buat telur separuh masak. Biasa, memang guna alat ni di rumah kalau nak buat telur separuh masak. Didihkan air sampai betul-betul mendidih menggelegak tu, dan tuanglah ke dalam bekas ini,  yang telah di letak 4 biji telur.

Di bekas warna putih tu, ada garisan. Kita masukkan je air panas ikut garisan pada bekas putih tu. Kalau 3 biji telur, isikan air panas hingga paras garisan ketiga. Saya guna 4 biji telur, jadi saya isikan sampai atas sekali, garisan keempat. 

Hasilnya, telur cantik, suka keras sikit bahagian kuning tu.


Selain telur separuh masak di atas, saya goreng mi juga. Guna mi gardenia.

Alhamdulillah, atas rezeki kurniaan Allah. 

Baiklah. Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. Teringat arwah mak dulu rajin buat nasi ulam bila bulan puasa. Jadi menu wajib mesti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ulam memang sedap, kan, Cie. Lagi² air tangan mak.

      Delete
  2. Hazelnut latte kegemaran saya. Teringin pula!

    ReplyDelete
  3. Jauh betul tu jalan2 cari makan... Semoga bila linda dh pencen nanti, sihat2 juga untuk berjalan2 dengan suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Time tu anak pun dah besor, bukan nak ikut pun. Mana² pi, berdua je.

      Delete
  4. Fuhh baca entri ni terus rasa macam tengah jalan-jalan makan angin sambil kunyah nasi ulam 😍 Dari ayam campak-campak sampai tudung sambar 3 helai tu, semua onz! Yang penting, perut kenyang, hati senang, dan dompet… hmm, takpa la, janji happy! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah. Enjoy cara masing², cikgu.

      Delete
  5. Nak beli la bekas telur separuh masaa kole ni kadang tak masak elok. Agaknya ada tak Apam Kuala di Pasar Terpanjang Kuala dan Pasar Bota tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila, Mulan. Rasa, macam pernah nampak di Mr. DIY.
      Ada, apam kuala. Saya beli, hari tu. Apam Kuala dia stack on top of each other. Apam Bota, dia single, dan makan dengan kelapa parut.

      Delete
  6. Semua hidangan menyelerakan ..lagi² nasi ulam tu .. last CCL makan masa bulan puasa haritu . Dulu ada arwah tok , dia selalu buatkan nasi ulam ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang² tua memang rajin buat nasi ulam ni, kan, CCL.

      Delete
  7. Kalau guna bekas tu, berapa lama masa telur tu siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah time la pulak. Bila air dalam bekas dah kering, semua turun ke bawah, makna telur dah ready. Rasanya, tak lebih 20 minit, camtu, kalo 4 biji.

      Delete
  8. Tempat rebus telur separuh masak tu nampak cambest je. Nanti nak cari juga lah.. Senang nak prepare telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Dan menjadi pula tu. Tak payah nak buat timer.

      Delete
  9. Sedapnya nasi ulam. Lama tak makan. Kena masukkan dalam bucketlist nampaknya Pasar Pagi Bota dan Pasar Terpanjang Kuala Kangsar. Desserts di 989 Kopi nampak menggiurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok jalan² di Pasar Pagi Bota dan Pasar Terpanjang Kuale. Macam² ada. Dessert kedai kopi tu memang terbaik! 😋 Ha, lagi satu, dia ada scones juga.

      Delete
  10. Yg tmpt rebus telur separuh masak tu, berapa lama nak tau bila boleh angkat? Saya tk pernah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lubang dalam bekas putih tu. Telur ready to eat, bila air dalam bekas putih sudah kering. Air menggelegak yang kita masukkan dalam bekas putih awal tadi, turun ke dalam bekas kuning di bawahnya, melalui lubang halus di dasar bekas putih.

      Delete
  11. Tak pernah makan nasi ulam. Eh macam bagus je alat rebus telur tu. Senang kerja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, Fizah. Sedap, tau. Kaya dengan pelbagai ulam, boleh buat awet muda gitew.
      Ha ah. Senang. Bila air rebusan telur sudah kering, makna telur sudah siap!

      Delete
  12. Semua menu kak nur ni memang menyelerakan. Suka jugak simpan snap gambar makanan. Kadang bila hujung tahun tengok rasa macam alhamdulillah masih berpeluang merasa aneka jenis makanan. Nikmat rasa yang tak terhitung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SS. Banyak rezeki Allah beri pada kita, dapat peluang rasa macam-macam makanan. Alhamdulillah.

      Delete
  13. Nasi ulam, saya penasaran sebenernya rasa nasi ulam di sana sama atau tidak dengan di sini. Tp saya jarang juga makan nasi ulam. Susah nak ketemu 😄.

    Oh iya kakak di perak juga yaaa .. THN depan saya dah buat plan nak ke perak . Harap2 jadilah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Sini pun jarang jumpa orang jual nasi ulam. Nak buat sendiri, susah nak cari bahan-bahan ulamannya.
      Perak tu besar, Fanny. Lokasi akak di Manjung. Kalau nak ke Pulau Pangkor, inform sajalah. Boleh ketemu. :D

      Delete