Tuesday, May 20, 2025

Happy birthday to me

Kredit foto Amal Kebajikan

 

Hari ni, bertambah lagi setahun usia, menjadi 47 tahun. Tua dah. 

Selain saya, blogger yang seusia dengan saya, tak silap, Suria Amanda dan Ujie. Kalau salah, minta maaf ye.

Pagi-pagi sudah ada mesej Whatsapp masuk. Ucapan selamat dari kedua kakak saya. Kok siap bagi video lagi.


Dalam video tu, ada klip masa badan saya berisi sikit. Haha.. tu dulu. Dulu-dulu saya pernah obese. Masuk dunia larian, perlahan-perlahan bmi jadi normal. Alhamdulillah. 

Usaha Kok buat video. Atam cakap, Kok dah jadi content creator sekarang. Itu yang apa-apa, hantar video je. 😁

Hafizan pun wish juga di whatsapp.

Hafizan edit gambar mama. 😂

Suami saya walaupun ada di rumah, dia tak wish pun. Bila anak ucap di whatsapp, barulah dia wish kita. Tahu... pakcik tu dok mikir kerja je. Manalah dia ada pikir kat kita ni. Nanti dia balik kerja nanti, tunggu ye... kita nak paw dia handbag baru. Muhahahaha....


Zus bagi 2 voucher, sempena harijadi. Dia suruh kita beli 2 kek. Muhahahaha....

Alhamdulillah, banyak rezeki dan nikmat Allah beri sepanjang 47 tahun ni. Bila tersasar sikit, Allah hantar orang tegur dengan cara yang paling halus. Dua tiga kali fikir, menyakitkan hati. Kena 10 kali fikir, baru meresap dalam diri, apa mesej tersirat. Processor lama, ambik masa nak proses sesuatu perkara. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan suami yang baik dan penyayang pada anak-anak, yang keluar rumah cari rezeki untuk saya dan anak-anak. 

Alhamdulillah juga, anak-anak dah besar, dah pandai fikir sendiri, cuma saya harap dia orang tak tinggal solat kat tempat dia orang duduk, walau di mana saja. 

Di usia sekarang ni, saya cuma nak hidup tenang je. Harap anak-anak berjaya dalam pelajaran, demi masa depan deme. Hari-hari Allah panjangkan usia sehari lagi, beri peluang pada kita untuk perbaiki salah kita, untuk lebih dekat padaNya. Itu je la yang saya nak. Semoga saya kuat melawan hasutan syaitonirrojim yang suka sangat pengaruh kita dengan hal duniawi ni. 

Takde plan apa nak sambut-sambut ni. Mungkin keluar mengopi je la kot, petang ni. Semalam satu hari kita tak minum kopi, ok. Hahaha.. jadi tak ada masalah sebenarnya kalau nak berhenti kopi ni. Nak atau tak nak je. Boleh sebenarnya. 

Baiklah. Semoga pembaca sekalian sihat-sihat saja dan semua urusan anda semua dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Alhamdulillah syukur Allah rezekikan usia sehingga sekarang. Semuga semua doa Allah makbulkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah, Nur. Tak jauhlah jarak umur kita, 3 tahun aje. Kita ingat Nur muda banyak dari kita, sebab kecik comel aje orangnya dan kuat lari pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SK. Oh, ye ke. Ok. Dah tak kuat lari, sakit lutuit.

      Delete
  3. happy birthday dear, semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin

    ReplyDelete
  4. Wah, happy 47th birthday, Tot! Memang power sebab berjaya turunkan BMI, lari lari macam pro, badan makin fit! Semoga tahun ni lebih banyak kopi, ketawa, dan rezeki bertambah. Keep calm and keep kopilah! ☕🎉

    Empat puluh tujuh tahun, sinar bertambah terang,
    Langkahmu mantap, harapan pun gemilang.
    Usia bertambah, jiwa makin dewasa,
    Selamat hari lahir, Tot, penuh bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, cikgu. Hehe.. aminn, atas doanya. Alhamdulillah.
      Mekasih cikgu, ada pantun la.. suka, suka. :D

      Delete
  5. Sanah helwah Nur 🎈🎈🎈
    Barakallahu fi umrik ya ukhti 😁
    Di usia kita ni, mmg harapkan sentiasa diberi kesihatan yg baik; nak terus berbakti kpd keluarga dan nak siapkan bekal utk je sana 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PH.
      Amin, YRA. Hugss...
      Betul tu. Semoga terus sihat untuk laksanakan perintah Allah.

      Delete
  6. Alhamdulillah... Happy birthday kak nur, betul tu.. ALLAH pinjamkan kita hari ke sehari supaya kita maken dekat dengan Nya.. Tapi, kdg2 tersasar juga...

    Semoga sihat2 selalu kak Nur..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Lahir. Moga sihat selalu. 😄

    ReplyDelete
  8. Belated Happy birthday Kak Nur. Semoga Allah makbulkan segala doa akak. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang membahagiakan dan dipermudah segala urusan akak. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Amin, YRA, atas segala doanya. Huggss...

      Delete
  9. Sanah helwah buat kak tot@kak nur! Semoga sentiasa diberkati dibawah rahmat Ilahi dan sihat selalu ^_^

    Meraikan hari kelahiran ni semakin simple, semakin bermakna rasa...mengopi sambil merenung memori semalam, kini dan akan datang memang suatu kenangan yang indah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SS. Amin, YRA.
      Betul tu. Benda simple-simple seperti mengopi, sudah cukup buat rasa bahagia, bagi akak.

      Delete
  10. happy birthday nur...hah dh dpt pau handbag dr suami tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mama Tisya. Tak dapat handbag. Dapat tudung je. Jadilah. Alhamdulillah. Hehe..

      Delete
  11. Selamat Hari Jadi kak nur!
    Moga Allah mewahkan rezeki akak seperti mengalirnya sungai yg deras, selebat hujan yg turun dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cuya. Amin, YRA. Cantik ayat Cuya guna. Terharu akak. Hugsss...

      Delete
  12. selamat ulangtahun kelahiran utk kak nur! moga Allah permudahkan urusan harian & beri kesihatan yg baik aminnnn

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday kak Nur 🎉🎉🎉🎂🎂. 47, just a number lah 😄. Yang penting kakak selalu sehat, rezeki tak putus dan tercapai nak hidup tenang...

    Yalaah kak, di usia 40++ pun saya cuma berharap hidup tenang dan cukup. Jauh dari orang2 toxic kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Fanny. Aminn.. YRA.
      Betul tu, Fanny. Hidup sederhana dengan gembira, tak mahu dekat orang-orang negatif ni.

      Delete
  14. Happy belated birthday “Kak Nur”. Ingatkan kita sebaya ahakss. Beza setahun usia kita tp anak bongsu ammi baru nak 11 tahun. Lama lagi kene keje cari rezeki utk anak2 nampak gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ammi. Beza setahun je, tak panggil kak pun takpe. 🙈 Semoga Ammi terus semangat bekerja, ya. 💪

      Delete
  15. Ye kita sebaya rupanya...47 tahun this year...3 tahun je lagi nak ke angka 5 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, SA. Sekejap je, dah tua. 😂

      Delete
  16. Happy belated birthday, Tot! Maaf lambat wish

    ReplyDelete