Friday, May 16, 2025

Kedai berhantu

 Dah lama nak pergi. Tapi, asyik tertangguh hajat. Ada saja urusan lain yang menghalang. Kedai apa yang berhantu, selain dari kedai Eco? 🙈

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

jawapannya, kedai emas! 

Ceritanya macam ni. Ada satu gelang saya ni, sudah putus dia punya safety lock. Lock utama masih berfungsi. Tapi lock kedua tu, yang lebih halus, sudah terjuntai, putus di dua tempat. Halus bebenor ring yang menghubungkan cangkuk S yang boleh cangkuk pada bulatan akhir tu. Saya bawa bersama small pieces yang putus tu. Jadi, cuma perlu sambungkan sahaja.

Pagi ini, saya pun pergi kedai emas, bersama suami. Sudah sedia maklum, kedai emas tu memang ada tukang emas. Sebab dulu saya pernah pergi dengan kawan, dan kawan saya pernah repair gelang dia di situ juga. 

Sampai kedai, tukang emas check gelang. Dia kata, ada 2 tempat kena sambung semula. Satu tempat, upah RM80. Dua tempat kena sambung, jadi RM160. Ok. Dia pergi repair. Kita boleh nampak dia buat kerja di belakang. Ada tempat khas kita nampak dia buat kerja di meja, ada alat macam welder guna tu, keluar api, untuk pateri emas tu. 

Sementara tunggu siap dibaiki, saya tengok-tengok la gelang. Pandai orang kedai emas ni. Dia tengok kita interested tengok-tengok, dia tanya kita, nak tengok ke? Boleh je! Tengok je, bukan beli. Saya teringin nak ada gelang sebiji, gelang simple and plain, macam gelang saya pernah ada dulu. Banyak barang kemas sudah dijual, untuk menampung belanja masa saya belajar. Juga, buat menampung belanja hospital arwah mama buat kemo. Itu gunanya ada emas. Jadi, kita boleh guna masa darurat.

Saya juga bawa koleksi emas yang saya ada. Ada beberapa barang kemas yang saya tidak lagi pakai, iaitu rantai nama saya, loket bentuk hati yang suami bagi sebagai mas kahwin, dan sepasang subang paku bulat.

Saya cuba 3 gelang tadi. Saya tanya ada tak design seperti yang saya nak. Ada! Dia bawa keluar tupperware isi gelang yang design lama, bawa dari belakang kedai. Hahaha... Gelang pertama, harga RM2,500. Gelang kedua, harga RM5K. Gelang satu lagi, harga RM9K. 

Di tangan saya, dah pakai gelang harga dua ribu setengah tu. So, suami minta orang kedai, nilaikan harga trade-in 3 barang kemas yang saya tidak lagi pakai. 

Rantai nama saya, loket hati dan subang paku bulat.

Rantai nama tu, orang kedai tu cakap, ini emas lama, 30-40 tahun dulu. Pandainya dia. Memang betul, pun!

Saya pakai rantai nama. Gambar tahun 1981. Umur saya 3 tahun.

Saya dah tak boleh pakai rantai tu. Pendek. Rimas. Sayang juga nak let go. Sebab rantai sekarang, nama dia tak de design macam tu. Design emas dulu, lain tau, tak sama macam design emas baru sekarang. Tapi kena belajar untuk lepaskan benda yang tak lagi dipakai. Those were the days, yang memorinya akan terpahat dalam fikiran selama-lamanya. Tak akan luntur. Kena belajar untuk lepaskan harta dunia, sikit-sikit. Babai, yati! Terima kasih, stay dengan aku selama 44 tahun. Arwah opah belikan. 

Loket bentuk hati pula, rantainya ada di al-Rahnu. Saya tak pakai pun. Sebenarnya, sejenis kurang suka pakai barang kemas, lagi-lagi rantai. 

Subang paku bulat pula, tidak lagi boleh dipakai. Sebelum pergi umrah beberapa bulan lepas, saya ambil keputusan untuk biar lubang telinga tutup. Tidak bawa atau pakai apa-apa barang berharga.

Hukum emas yang tidak dipakai

Jadi, total harga trade-in ketiga-tiga barang kemas saya campur upah repair gelang, kedai kena bayar saya RM50. 

Datang kedai emas untuk repair gelang. 

Balik kedai emas, dapat 2 gelang.

Dan extra RM50, boleh beli kopi. 😁

Suami kata, memang kedai berhantu! 👻

Alhamdulillah. 

Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. Setuju! memang berhantu.
    Sebab tu uncle selalu elak jalan dengan aunty depan kedai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... bahaya kan, uncle, kedai emas ni.

      Delete
  2. Harga pun berhantu sekarang ni mahai sangat. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Harga trade-in hari tu pun lebih tinggi dari harga beli, Alhamdulillah, tak rugi beli emas ni.

      Delete
  3. Hahahahaa itulah, emas ini sahabat wanita 😄👍. Saya pun suka, tp dlm bentuk gold bar. Kalo perhiasan tak suka. Saya hanya pakai cincin nikah. Semua perhiasan emas, termasuk mas kawin saat nikah, saya jual lalu beli gold bar utk tambah asset.

    ReplyDelete
  4. Kedai sekarang banyak berhantu...bukan kedai emas saja..bila terkena pasti tak lena kalau tak dapat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tidur malam terbayang-bayang ye, Encik Hanafi, kalau tak dapat. :D

      Delete
  5. Letgo emas yang 30-40 tahun dulu memang berbaloi... Cuma nya kenangan tu terpahat dalam memori je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Linda.. nak pakai pun dah tak muat. Buat apa lagi disimpan, kecuali kenangan indah. Chewah.

      Delete
  6. Let go jugak 2 gelang lama. Malas simpan sebab tak pakai, anak solehah pun tak minat. Tapi tak banyak pun ada. Leceh sebab dulu pindah randah. Ni pun satu cincin hilang, terus tak ada mood nak beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tu, somewhere misplaced tak, cincin.

      Delete
  7. Risau kalau kedai emas nii jadi kedai berhantu .hehehehe ... Nipis poket .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jarang pergi. Tapi bila dah masuk, memang bahaya! Muhahaha...

      Delete
  8. Kalau tak masuk, mesti akan dipanggil-panggil jugak nanti. 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, selagi hajat tak kesampaian, memang akan terbayang-bayang. :D

      Delete
  9. Kedai berhantu yang mahal bikin rabak poket. Tapi barang kemas memang cantik-cantik biasanya. Buat hati terpesona

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya setuju. Lagi-lagi kalau dah cuba, melekat terus. Hihi..

      Delete
  10. Last year mak pegi trade in gelang emas dri zaman dia muda dulu. Sentimental value tau gelang tu, tpi sebab sizenya tak muat. Lebih baikla tukar dgn yg lain. Tambah sikit gram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, paham sesangat. Sayang nak lepaskan, sebab ada kenangan. Tapi dah tak boleh pakai, baiklah trade-in benda lain yang kita boleh pakai.

      Delete
  11. Hantu dia kuat kat sini kak. Selagi tak beli, selagi tu dia taknak lepaskan kita. hahaha..kadang teracun juga membeli tu. Rantai saya baru putus ni, nak sambung balik ke nak beli baru. hihi...
    Dulu pernah juga jual emas lama mak bagi. Lain emasnya, berat. Itulah rasa sayang tapi dah patah nak buat macamana kan. Dia punya lebihan pun hilang kemana. Dari tak guna, kenalah jual dan beli baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. paham, paham. Kalau boleh sambung, sambung je. Kalau kos nak menyambung pun boleh dapat emas baru, amik je emas baru. :D
      Itu la. Baik jual je, emas yang kita tak pakai lagi. Beli baru yang kita pakai setiap hari. Hihi...

      Delete
  12. Memang kuat betul kak nur. Kadang kalau boleh jangan diikut langkah kaki tu. hahahaha tapi bila termasuk perghhh lain semacam aura dia. Bukan iman je kena kuat, poket pun kena tebal hehehehe

    Betul tu, SS pulak jenis takut nak pakai barang kemas selepas kes tercicir banyak kali. Trauma rasa macam gitu je buang-buang emas. Jadi beli yang ngam-ngam untuk hiasan seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak poket tak tebal. Cuma ada simpanan barang lama. Tak keluar satu sen pun, SS. Tercicir tu, makna barang tu tak mahu duduk dengan kita. Akak pun pernah tercicir satu gelang, nak nangis tiada guna, tiada rezeki. Itu yang kena secure barang kemas, contoh akak beli gelang, beli yang ada 2 kancing. Kalau longgar satu, kita boleh rasa, dan gelang masih melekat, tidak tercicior.

      Delete
  13. betul kedai emas salah 1 jugak berhantu hehe

    ReplyDelete