Semalam petang, lepas Asar, saya dan suami pergi ke Aeon. Selalu sangat lalu depan Madam Croffle ni. Tapi, tak pernah singgah. Semalam saja lah, sempena harijadi saya, cuba sesuatu yang baru.
Apa itu croffle?
Croffle tu, adalah gabungan croissant dan waffle. Ia menggunakan doh croissant tapi dimasak dalam acuan waffle. Jadi luar croffle ada rasa rangup dan dalamnya, tekstur yang lembut.
Kedai Madam Croffle terletak di tingkat bawah mall ni. Bila datang sini, teringat Hafizan pernah cakap, dia punya crush kerja kat sini, dulu. Tapi dah takde dah, sudah masuk U.
Tak tahu apa benda yang nak dipesan. Tak tahu apa yang sedap. Pakai order je la apa yang nampak.
Ambil masa juga nak siapkan pesanan kami. Dia terima pesanan, barulah dia buat. Jadi, segarlah croffle tu. Baru dimasak dan disediakan mengikut apa yang dipesan.
Pesan croffle sandwich - Tuna Mayo, satu.
Yang ini, rasa macam makan sandwich subway pun ada. Cukup rasa tuna. Sedap, di tekak kami.
Yang ini pula, Tiramisu Croffle.
Sebelum tu, kami sudah beli kopi. Jadi, kami duduk situ, menikmati croffle sambil minum kopi masing-masing. Sedapnya! 😋 Rasa nikmat pula, sebab dah lama tak makan benda manis.
Dia bagi sekali sarung tangan plastik untuk makan tiramisu croffle ni. Sebab memang comot makan ni. Aiskrim dia cair waktu makan. Sambil pejam-pejam mata gitu.
Budak-budak pekerja tu, senyum je, tengok dua orang tua ni menikmati croffle. Meja makan di depan ruangan dia orang bekerja je. Agaknya, dia dengar kami dok bercakap, camana nak makan ni.
Ok la harga dia. Lain kali, boleh datang lagi, cuba menu lain pula.
Sekian pengalaman pertama kali makan di Madam Croffle.
Jumpa lagi, ye. 💗
Happy Birthday...
ReplyDeleteTerima kasih, Sueann. :)
DeleteHihi.. kelakar la. Ialah, tu dessert lama yg telah dihipster-kan. Sy pun rasa nikmatnya makan benda manis dan sejuk, hahaha.
ReplyDeleteKann... SK. Rasa melayang ke syorga gitew. Saya tak tahu sangat makanan orang muda sekarang ni. Ni baru nak mencuba.
DeleteCroffle ni dah bermacam-macam intinya ye. Yang saya jumpa versi manis-manis je macam salted caramel, matcha gitu. Nampak menarik croffle sandwich - Tuna Mayo rasa macam subway tu. Bolehlah ganti Subway yang diboikot tu kan.
ReplyDeleteBetul, betul! Ada juga croffle manis, ada juga croffle savoury, yang pedas pun ada, Fizah.
DeleteKat Lipis ni croffle dorg buat macam waffle jugak sapu filling kat atas je. Takde pulak inti macam tuna ke apa.
ReplyDeleteOoo... kat Madam Croffle ni, lain sikit. Boleh la try kalau jumpa ye, Cie.
DeleteCuya belum pernah cuba croffle ni
ReplyDeleteTak nampak dijual area kawasan Cuya.
Mungkin kena pergi bandar
Agaknya la, kan. Kedai dia duduk dalam mall je ni.
DeleteSiap ada sarung tangan plastik lagi. Teringat kat anak saya, suka makan durian, tapi makan durian guna sarung tangan plastik, sebab tak nak tangan berbau durian. Hihi.
ReplyDeleteWah, kecil-kecil sudah very hygenic gitew. Pandai dia. :)
DeleteAla sweet la couple ni hihi...
ReplyDeleteBagus disediakan sarung tangan plastikkan, kalau tisu je comot juga kena aiskrim tu
Shuweet ke? Malu aaa...
DeleteHa ah. Sebab tak diberi sudu atau garfu, bagus juga dia bagi sarung tangan plastik. :D
Terbuka Hafizan bagitahu pasal crush ya. Kalau saya diam-diam sahaja untuk pengetahuan diri sendiri.
ReplyDeleteOh croffle boleh jadi manis atau masin!
Hafizan suka bercerita. Bagus juga sebab dia terbuka, jadi kita boleh nasihat apa patut. Croffle yang pedas pun ada, NA.
Deleteoh ada juga croffle sandwich ye..ingt yg manis2 je...kt aeon area opis ni tk sempat try dh tutup kioks nya
ReplyDeleteAda, boleh pilih filling apa nak letak.
DeleteHa ah, saya perasan, kat sini pun customer kurang.
sweetnya mkn bdua menikmati kopi hehe
ReplyDeleteHehe.. sekali-sekala. (ye la tu)
DeleteHAPPY BIRTHDAY 🎈🎂🎈🎂🎈 Nanti makan croffle lagi 😍
ReplyDeleteMekasih, Mulan. Haha... lain kali la pulak.
DeleteSweet memories untuk sambutan birthday kak tot kali ni. SS baca pun tersenyum sorang. Mesti cute je kan nak menghabiskan croffle tu.
ReplyDeleteCute versi orang tua. Alhamdulillah. Sekali-sekala, teringin, SS, nak cuba makanan tak pernah try.
DeleteNah saya suka kalo isi croffle tak manis, tapi gurih atau savoury. Pasti saya pesan yg itu 👍. Dah lama tak makan croffle. Dulu baru2 muncul antrian dia dah kayak ular naga 🤣
ReplyDeleteHaha.. akak lambat sikit baru nak mencuba, Fanny.
DeleteAmmi kalau order subway pun mmg selalu ambil tuna dannnn tak pernah makan kat luar sbb gerenti comot. Kita order grab mkn kat ofis je…puas betul dpt makan nganga mulut besar2 hahaha
ReplyDeleteHahaha.. sandwichnya pun besar, kan. Lama dah tak makan.
DeleteHappy belated birthday Tot...
ReplyDeleteThank you, SA. 🤗
DeleteTiramisu croffle tu nampak sedap ..yummy
ReplyDeleteMemang sedap, CCL. Sambil pejam mata, gitew, menikmati.
Delete