Monday, May 5, 2025

Shopping guna Sumbangan Asas Rahmah

 Assalamualaikum...

Bulan lepas pi Lotus, ada tertera info tentang Sumbangan Asas Rahmah ni. Ada QR code sekali, untuk check kelayakan dapat atau tak. Suami saya pun check. Dapat, wei... Alhamdulillah.

Resit bayor guna Sumbangan Asas Rahmah 

Sumbangan ini disalurkan secara bulanan, mulai bulan April. Tapi bukan semua barang ye. Ada senarai barang-barang dapur terpilih.

Jenama barang yang boleh bayor guna sumbangan.

Macam bawang, serai, halia, barang basah yang kena timbang tu, tak boleh.

Masa di cashier, kena beri mykad pada dia, dan cashier boleh check-kan baki sumbangan ada berapa ringgit lagi tinggal.

Pakcik yang sebelum kami, baki dia tinggal RM19 saja, ngam-ngam dia pandai pilih beras harga RM19.

Kami pula, bukan semua barang ambil yang tersenarai, jadi sebahagian besar bayar guna wang sumbangan, dan bakinya kami bayar guna cash sendiri.

Orang-orang tua belaka yang beratur tunggu giliran tadi kat supermarket. Semua sabar menunggu sebab semua sedia maklum kan, bukan semua produk boleh guna. 

Bak kata pakcik belakang kami tadi, "Orang dah bagi, kita terima je la". Ye ye, rezeki jangan ditolak.

Kome google la sendiri, nak check kelayakan dan senarai barang yang boleh dibeli. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Madani. 

Jumpa lagi, ye. 😊

28 comments:

  1. alhamdulillah...rezeki tu, dapat juga lah meringan kan sikit beban

    ReplyDelete
  2. Oh, kiranya bolehlah bayar Cash dan sumbangan di kaunter yg sama. Alhamdulillah, betullah kata tu, rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Kira asing, bayar 2 kali, sekali guna mykad, sekali lagi guna duit sendiri. Cashier tu tahu, apa barang boleh, dan mana yang tak boleh. Lagi pun ada lorong cashier khas untuk Sumbangan Asas Rahmah ni. Yang nak cepat, sila ikut lorong ekspress. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah...Betul tu..Rezeki jgn ditolak...=D..Oh ya..hadiah dh smp..Thx ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Parcel selamat sampai. Mekasih, Nieza, bagitahu. Sama-sama. :)

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak.. moga siapa yg layak tahulah mereka layak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itu la, kena cakna akan bantuan sebegini, dan check status masing-masing, layak atau tak.

      Delete
  5. Baguslah dah guna.
    Betul itu, orang beri kita ambil dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan Insya-Allah, akan guna lagi, sebab dia akan kreditkan seratus setiap bulan, sampai bulan Disember. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Ringan sedikit perbelanjaan kan kak tot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul. Membantu sangat. Jimat sikit duit dapur.

      Delete
  7. Oh tktau pulak ada ni. Mana2 pasaraya mcm econsave atau lotus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Econsave dan Lotus ada. Akak pergi TF. Selain tu, Mydin, Giant, the Store, Pacific, 99 Speedmart pun ada. Akak baru google. Hihi. Tempat yang ada tayang logo MyKasih.

      Delete
  8. SA x pernah dapat...tp PZ dpt sebulan RM50..masalahnya x semua kedai yg boleh redeem kan..kalau kat Seremban rasanya Econsave dan ST Rosyam...next kena bawak PZ la..dia x claim lagi tu dari January..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bantuan lain, SA. Sumbangan Asas Rahmah MyKasih ni, baru mula bulan lepas, April. Banyak pasaraya yang daftar, antaranya Lotus, Econsave, Mydin, Giant, dll. yang ada logo MyKasih.

      Delete
  9. Minggu lepas KSarie musykil kenapa beratur panjang dekat kaunter pembayaran di Econsave. Mujur buka mulut tanya adik manis yang beratur depan KSarie kenapa ramai bebeno manusia hari itu. Bila dikhabarkan pasal bantuan iSARA ke apa ye barulah KSarie tau. Maka KSarie keluar dari barisan kaunter khas iSARA itu untuk ke kaunter biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau tunggu situ, lama lah siap. :D

      Delete
  10. Alhamdulillah .. walaupun amaun tak banyak mana ..at least dapat juga beli brg keperluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, CCL. Membantu juga. Alhamdulillah.

      Delete
  11. Oh ic.... Sama macam di sini juga. Kalo yg anak2 yg sesuai kriteria kelayakan, biasanya dpt uang utk beli peralatan sekolah.

    Tp yg dewasa macam di atas. Bisa beli keperluan dapur. Tp hanya barang tertentu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, lebih kurang sama saja di Indonesia pun, ada rupanya bantuan sebegini.

      Delete