Assalamualaikum, semua...
Saya kehabisan idea nak tulis apa di blog. Kehidupan saya tak ada yang menarik sangat. Rutin biasa saja. Ingatkan hari ni, tak mahu update apa-apa. Dari pagi, lepas masak untuk sarapan Sulaiman, saya mengait saja. Siram pokok di luar pun malas. On laptop pun malas. Telefon pun tak tengok.
Tapi lepas balas komen dan baca cerita di blog korang, semangat nak tulis tu, datang perlahan-lahan. Walaupun tak ada cerita. Entah, sekarang ni, saya macam dilanda mood swing. Tiada semangat untuk buat apa-apa.
Suami yang tolong siramkan pokok pagi tadi. Kalau tunggu saya, memang layu habis dah. 2-3 hari lepas, ada serangan beruk kat rumah. Habis pokok japanese rose yang digantung, jatuh atas tanah. Bertaburan pokok dan tanah atas rumput. Sedih saya tengok. Pokok bunga matahari pun, ada yang batangnya patah. Serius, saya memang sudah hilang semangat untuk bercucuk tanam disebabkan gangguan beruk ni di rumah. Penat pun satu.
Tapi untuk ceriakan suasana, saya kongsikan gambar bunga matahari yang baru kembang. Semalam tak perasan pula. Hari ni baru nampak pokoknya segar, sebab baru disiram oleh suami.
![]() |
Bunga matahari yang baru kembang. |
Dekat tepi pokok matahari tu, saya ada tanam beberapa pasu ulam raja. Senang je nak tanam ulam raja ni, cuma tabur saja benih dia atas tanah. Paling senang nak tumbuh, banding pokok lain.
Saya buat carian, macamana nak kembalikan semangat yang hilang. Saya kongsikan di sini, untuk info kita semua.
🌸Bersyukur. Berdoa dan ucapkan rasa syukur kerana masih hidup dan banyak diberi nikmat dan rezeki oleh Allah.
🌸Fokus pada hal-hal yang disukai. Alihkan fokus kepada perkara yang buat kita rasa bahagia. Antaranya, membaca, mengait, dengar muzik atau hobi yang lain.
🌸Istirehat dan jaga kesihatan mental. Rehat dari rutin harian.
🌸Fikir tentang kejayaan lalu. Ingat semula bila kita ada masalah dulu, camana kita dapat atasi. Ini dapat jadi sumber motivasi untuk terus maju.
🌸Berfikiran positif. Buang fikiran negatif, untuk lebih ceria dan bersemangat.
🌸Lakukan aktiviti yang menyeronokkan. Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang, bersenam, dan lain-lain.
🌸Beri diri sendiri masa. Me time. Take your time. Jangan rush.
🌸Cakap dengan famili atau kawan-kawan.
Korang buat apa bila rasa tak ada semangat?
Mungkin saya nak ambil masa sikit la, dalam dua tiga hari ni. Saya doakan, anda semua sihat-sihat sokmo, dipermudahkan segala urusan dan semuanya baik-baik saja.
Jumpa lagi, ye. 💗
cantiknya bunga matahari, sejuk tangan menanam:)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteMungkin kena keluar jalan-jalan. Nanti ada lah mood dan idea nak menulis tu. InshaAllah. Saya turut bersedih dengan apa yang jadi kak. Nak menghadap masalah beruk-beruk tu. Buat kita rasa down sangat. habis tanaman dikerjakan. Kenapalah masih tak ada pihak berkuasa yang ambil peduli kan. Takpe kak, ambil masa untuk berehat. Keluar jalan-jalan brisk walk kejap. Me time. Semoga yang baik baik semuanya.
ReplyDeleteAkak malas keluar jalan, sebab panas, Fizah.
DeleteAda kisah tak best tentang PBT sini, tapi akak tak bolehlah tulis. Biarlah rahsia. Tapi kitalah yang kena tanggung. Huhu..
Aminn... terima kasih, Fizah. Huggsss....
Cantik bunga matahari kembang mekar tu. Betul Nur, ada kala memang datang mood swing tu. Ke laut, ke gunung Everest semua nya lah. Pause je dulu. Pernah berbulan tak update, macam nak delete terus blog. Slow2 baca blog kawan2 lepas tu mesti datang mood. Pause je sekejap. Nur pun banyak aktiviti kan, brisk walk, tanam pokok, mengopi, masak dll seronok kami baca.
ReplyDeleteTerima kasih, Mulan. Rasa senang dan lega baca komen Mulan.🤗
DeleteSuami faham Tot sedang rasa down sebab serangan beruk, itu yang tolong siramkan pokok kesayangan isteri 😊
ReplyDeleteCantik ceria bunga matahari tu, happy tengok.
Saya kalau tak ada mood nak berblog, saya rehat dulu beberapa hari atau seminggu. Lepas tu mulakan dengan blogwalking. Bila rasa seronok baca cerita kawan-kawan, barulah timbul rasa nak mencoret sesuatu.
Idea berblog? Aktiviti harian kita itulah modal menulis.
Semoga semangatnya kembali pulih ya 💪🏼
Hehe.. Alhamdulillah...
DeleteSaya pun suka tengok bunga matahari.
Betul juga. Aktiviti harian, sebagai rekod kita juga kan. Jika nak imbas kembali sebagai kenangan atau rujukan.
Aminn... terima kasih, Ujie. 🤗
Samalah tengah takde semangat. Harapkan baca blog kawan-kawan.
ReplyDeleteBaru-baru ini saya mulakan jalan laju waktu petang walaupun cuaca panas.
Nur rehat berblog kejap je tau.
Masya-Allah, kuat NA. Saya pagi pun malas keluar, sebab panas, NA.
DeleteDah kembali dah ni, slow-slow. Tulis ikut suka hati. 🤗
Tips untuk tiada idea ...senang saja. Baca saja blog kawan-kawan. Mereka banyak cerita untuk dikongsikan
ReplyDeleteSetuju dengan cadangan Encik Hanafi. Terima kasih, ye.
DeleteKadang2 linda pun takde mood update blog... Tu yang bila ada mood, kita pulun tulis.. Tak payah publish dulu.. Hihihi...
ReplyDeleteDak beruk lah nie yang buat akak hilang semangat...
Ooo... buat draft dulu, ye. Ok.
DeleteIya la, Linda. Tapi ada masalah lain juga, yang buat akak down hari tu. Tapi dah ok sekarang. Alhamdulillah.
Manusia dengan masalah.. Memang berkawan baik kak.. Hihihi.. Insya-Allah, semoga kita dapat tangani masalah kita dengan baik2 je
DeleteAminn... mudah-mudahan ye, Linda. 🤲
DeleteTiba2 teringat lagu semangat yang hilang xpdc
ReplyDeleteHahaha... kena hayati lirik lagu tu. Sudah lupa, lagu lama.
DeleteSubhanallah..cantik bunga matahari tu.
ReplyDeleteTips nak kembali kan semangat..betul dah tu yg dlm list tu.. appreciate diri sendiri, me time, mensyukuri segala nikmat & ujian yg Allah berikan..
In sya Allah, you will be okay..
Buat perkara yg boleh happykan diri kita .. sure ada kan? Moga yg baik2 saja ...😘
Aminnn... terima kasih, MA. 🤗
DeleteSuka baca komen MA.
Aiiih macam mana mengatasi serangan beruk ini yaa. Memang nampaknya harus ada campur tangan dari pihak terkait .
ReplyDeleteSaya pernah merasa mood swing parah, apalagi Gemini macam saya memang lah mood naik turun 🤣🤣.
Tapi biasanya saat sedang down, saya tak nak buka media sosial kak. Kalo blog mungkin msh mau, Krn ini memang passion saya. Tp media sosial saya tutup. Pernah tak sentuh 3 bulan, saya uninstall. Lepas tuh pasang lagi, baru muncul semangat.
Cara lain memang coba melakukan hobi, atau sekedar nonton Drakor, baca novel.. atau ke kafe yg makanannya sedap. Pasti mood langsung membaik 😄
Malas nak cakap tentang pihak berkuasa tempatan, Fanny. Buat sakit hati saja.
DeleteAkak pun sudah uninstall semua media sosial dari telefon. Semuanya, kecuali blog. Aman sikit dunia.
Terima kasih, Fanny, atas cadangannya.
Kalau x semangat nk kerja, mmg ambik cuti je la, sibukkan diri dgn perkara yg bkn rutin atau layan netflix kdrama... hehehe... ok update makan apa lps ni ye...
ReplyDeleteBaiklah, kakmim.
DeleteKita orang hari tu balik kg jenuh le main acah2 dgn encik beruk. Dia bawak rombongan anak beranak cari makan. Habis wayar letrik rumah di gayutnya. Kadang geram macam nak racun lepas tu akak jgn nanti viral ko macam dulu tak pasal anak orang pulak yang mati jadi tak jadi le. Halau je. Yg geram tu kadang dia berdendam tak dapat makan kena halau eh senyap-senyap dia naik keter kita. Habis calar balar serta comot di kerjakannya. Kali ni musim buah entah dapat rasa ke tidak. Dia dah aim je kat belakang rumah tu. Mood kalau swing nak menulis selalunya pi rumah member. Buat apa yang kita suka macam baca novel ke jalan-jalan ke tak pun pulun citer cina citer korea. Nanti mood balik le tu. Kalau tak balik tu emmm kena seru mood tu balik. hehehehehe
ReplyDeleteKera memang binatang pendendam. Tak boleh marah dia. Sebab pernah terjadi, dia gigit kabel unifi sampai putus. Yang hairan, dia boleh tahu kabel unifi rumah kita mana satu untuk digigit. 😅
DeleteSaya tak ada member yang boleh lepak rumah. Sedih tak, hidup saya? Huhu... sahabat saya, suami saya seorang saja, dan anak-anak.
Semoga baik² utk Nur ye...
ReplyDeleteKalau rasa perlu take a break, just do it. Pause sekejap. PH hari tu seminggu puasa dari up status WA dan tengok status orang rasa relieved la kejap sbb tak perlu ambik tahu hal orang 😅
Aminn... terima kasih, PH. 🤗
DeleteSetuju. Lagi kurang kita tahu, lagi bagus rasanya.
bila tkde mood tu bole pegi bercuti tkpn me time mkn menu fav..smoga semangat kembali semula
ReplyDeleteAminn... terima kasih, mama tisya. 🤗
DeleteKesiannya tanaman, habis rosak angkara beruk. Mungkin kena pasang dawai tajam tu kat pagar supaya tak masuk. Ke yg tu pun dia boleh lepas juga?
ReplyDeleteTapi comel sunflower tu!
Atas bumbung rumah pun, kera boleh sampai, Mazni. Apatah lagi pagar.
DeleteSunflower memang cantik. Sejuk hati tengok.
Kena ada yang beri semangat baharu
ReplyDeleteDah ok, Wak. Bila boleh solat, automatik jadi ok. Hari tu, saya uzur, itu yang kena sampuk setan kejap.
Deletesy suka sangat bunga matahari, sy pernah terbaca bunga matahari senang nak tanam dan jaga... nak try tanam tp risau pula tak jadi...
ReplyDeleteTanam je. Kalau tak cuba, tak tahu. 😊
DeleteAllahuakbar bila ada gangguan beruk & habis dia musnahkan bunga2 / brg lain mmg hati jadi down.. moga dipermudahkan urusan akak & moga terus kuat taw!
ReplyDeleteAminn... terima kasih, Ana. 🤗
Deletesy suka mendengar lagu 'semangat yang hilang' dari kumpulan XPDC utk mengembalikan semangat yang hilang itu!
ReplyDeleteLayan rock juga, Abe Kie ni. Hehe..
DeleteKehilangan idea tu biasa Nur..tapi bila sampai je idea memang mencurah-curah idea keluar x boleh tunggu2 dh...minggu ni SA malas nak cari content
ReplyDeleteSA memang hebat! Satu hari, 2-3 entri keluar. Tabik spring saya.👍
DeleteKalau tak ada mood dan hilang semangat, memang rasa lesu dan kosong je kan… Tapi normal sangat untuk rasa macam tu sekali-sekala. Kadang-kadang badan dan jiwa cuma minta rehat.
ReplyDeleteSetuju, CCL. Lumrah dalam kehidupan. Ada ups and down.
DeleteCantik bunga matahari tu.
ReplyDeleteKalau saya kurang atau hilang semangat biasanya saya rehatkan diri dengan makan tidur saja.
Hehe.. best juga tu, kak Amie. Ber-Isteri rehat, bak kata Wak Warisan Petani. 😁
DeleteCantiknya bunga matahari tuh. Gangguan beruk/kera liar ni memang isu sejagat di Malaysia yang tidak berkesudahan kan?. KSarie faham rasa frust Tot bila beruk merosakkan tanaman yang Tot tanam dan jaga dengan penuh kasih sayang. Semoga dipermudahkan semua urusannya ye Tot. KSarie kalau mood ke laut dalam tuh kadang-kadang memang terpleot terus tidak boleh bawa bincang. Kadang-kadang terbaring di katil overthinking. Terima kasih Tot atas tips yang dikongsikan
ReplyDeleteKan... KSarie.
DeleteBetul. Tak tahu nak buat apa dah. Kena adapt je la, dengan kera-kera ni. Amin... terima kasih, KSarie. 🤗
Itu la. Lumrah hidup. Tapi terima dan teruskan juga. Manusia mana yang tidak diuji, kan.