Pada 6 Jun yang lepas, suami saya ada bawa balik satu plastik buah mempelam. Orang bagi, dari pokok di tempat kerja lama suami. Saya panggil buah mempelam. Korang panggil apa? Mangga, ya? Orang Kelantan panggil, pauh.
Suami saya suka beli buah potong yang ditimbang bila ada Food Fest. Lepas tu, boleh tambah serbuk asam atau kuah rojak. Satu bekas, memang kami boleh habiskan dalam satu masa, sambil nonton tv. π Saya sejenis yang suka juga makan buah, tapi malas nak mengupas. π
Hari tu, suami saya pun memulakan projek mempelam asam boi dia. Dia buat carian sendiri macamana cara nak buat. Banyak juga la buah mempelam dia bawa balik, lebih 5 biji. Besar-besar pula tu.
Bahan-bahan suami guna untuk buat mempelam asam boi:
- Mempelam dipotong
- Asam boi (saya panggil asam ko)
- Cili padi merah (ikut citarasa sendiri, nak pedas, letak lebih). Diketuk sikit.
- Air aiskrim soda. Letak sikit. Tujuan, bagi mempelam rangup.
Jadi, tak perlu masuk gula la. Sebab dapat gula dari air berkarbonat tu.
Banyak dah makan waktu uji rasa. Tak lama pun dapat simpan dalam peti ais. Sudah terliur. π€€
![]() |
Balang pertama homemade mempelam asam boi. |
Lepas habiskan balang pertama tu, kami macam sibuk sikit, lupa nak makan balang kedua yang disimpan dalam peti ais.
Selang dua tiga hari, barulah teringat untuk makan bersama.
![]() |
Makan lagi mempelam asam boi, guna lidi. Feeling ala-ala beli di kedai, padahal buat sendiri. |
Bila makan mempelam asam boi balang kedua ni, rasa dia lebih intense dan pedas. Maklumlah, sudah beberapa hari peram dalam peti ais. Lagi sedap! πTak boleh berhenti makan. Masam ada, pedas ada. Semua rasa cukup.
Itulah ceritanya. Bukan selalu orang sedekah mempelam ni. Alhamdulillah. Rejeki.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. π
Saya pun suka makan buah tapi malas kupas.
ReplyDeleteOoo bubuh ais krim soda boleh bagi buah rangup ye,
Boleh cuba ni. Tq for sharing.
Hehe.. sama pula kita.
DeleteHa ah, guna air aiskrim soda. Suami saya dapat resepi dari youtube.
Saya pun panggil mempelam jugak
ReplyDeleteUihhh sedap ni, selalu beli pelam kat traffic light tu tu, tapi mahal rm10.
Ohh kena letak air soda bagi rangup ek
Ha ah, akak pun ada beli juga, RM10, tak banyak pun.
DeleteAkak pun baru tahu, guna aiskrim soda.
Tu la tak sure apa beza mangga, mempelam, pauh. Banyak spesis mangga ni sebenarnya kan. Cie selalu juga buat jeruk asam boi gitu.
ReplyDeleteAsal mempelam muda, boleh je la ye, Cie.
Deletesama kami pnggil mempelam jugak hehe
ReplyDeleteKann, Ana, kan...
Deletesedap tu
ReplyDeleteBetul!
DeleteLinda selalu letak gula, cili, asam boi... Goncang2..dah sekata kena semua, terus ngap... Hahaha
ReplyDeleteHaha.. tak membuang masa, orang kata. π
Deletekalau suka, jadi ajer kan
ReplyDeleteBetul!
DeleteAduh, kecur air liur dibuatnya kak. Mujurlah baru makan buah potong dengan sos rojak dan serbuknya. Kadang panggil mempelam, kadang mangga. Dapat makan mangga asam boi ni memang payah nak berhenti makan. hihi..
ReplyDeleteHa ah, kan Fizah.
DeleteKalau dekat memang hulur bekas plastik satu hehe.
ReplyDeleteHehehe..
DeleteAla langsung ngences la. Udah la memang favourite makan mangga asam boi ni.
ReplyDeleteHehe.. sila, sila cari, KSarie.
Deleteuh sedapnya. kalau dapat pelam yang lemak buat macam ni memang sekejap je habis
ReplyDeleteBetul, tak boleh berhenti makan.
DeleteYa allah terliur SA dibuatnya..sedap tu...SA dulu selalu buat kedondong asam boi tu...bergenang la air liur teman ha....
ReplyDeleteAlamak, kedondong asam boi? Huhu.. telan ailio jap.
DeleteTak terpikir buat ini pakai air soda πππ. Nanti saya nak coba lah kak. Mangga di rumah mama LG banyak berbuah. Biasanya maniiiiis sangat. Tapi ntah kenapa tahun ini masam. Makanya harus dibuat manisan macam nih
ReplyDeleteMempelam asam boi ni kalau masam saya mmg tolak tepi huhuu... Tak blh makan masam2 ni π
ReplyDelete