Pada petang Khamis lepas, saya pergi mengopi di Bundut Coffee, yang terletak di Manjung Point. Saya pergi bersama suami dan anak sulung, Amirul.
Rasa bersyukur dan nikmat, dapat luangkan masa dengan orang tersayang. Ye la, lebih-lebih lagi suami saya kini kerap kerja lebih masa. Sesekali kita kena ambil masa untuk slow down dari rutin harian, kan? πΈ
![]() |
Americano panas kosong, nachos dan sos keju, iced latte kosong dan iced chocolate. |
Tentang Bundut Coffee
Bundut Coffee ni, memang port mengopi yang best di kawasan Manjung. Lokasinya mudah diakses, parking pun senang. Suasana kedai, terbuka dan sangat santai. Sesuai untuk lepak dengan kawan atau bawa keluarga. Tempat duduk banyak guna kerusi yang orang bawa berkhemah tu. Tapi ada juga kerusi besi berserta meja untuk orang lebih besar dan keluarga.
Cara buat pesanan, pergi ke kaunter, nyatakan pesanan anda, buat bayaran, dia bagi buzzer. Bila sudah siap, ambil pesanan di kaunter. Sama untuk pesan makanan juga. Minuman dan makanan di kaunter berbeza. Ada juga menu berat, seperti nasi lemak, chilli pan mee, nasi putih ayam buttermilk, dan lain-lain lagi. Saya belum pernah cuba, setakat ni, saya cuma pesan makanan ringan saja.
![]() |
Americano panas dan roti bakar |
Menu yang kami cuba hari itu:
-
Americano panas (yang dalam paper cup tu, memang padu rasanya!)
-
Iced latte — lemak berkrim, kaw
-
Iced chocolate dengan topping coklat pekat (Amirul cakap sedap)
-
Nachos dengan cheese sauce — ringan, rangup, ngam untuk kudapan
Roti bakar - jangkit dari blogger SK. Kalau mengopi, harus ada roti bakar. π
Nugget - diberi sos cili dan mayonis sebagai sos pencicah.
![]() |
Set nugget bersama cili sos dan mayonis |
Ramai kata kopi tak elok, tapi sebenarnya kalau diambil secara sederhana, banyak juga kebaikan kopi, terutamanya untuk wanita seusia saya:
Nota: Penting minum secara sederhana — untuk saya, 1-2 cawan sehari dah cukup. Elakkan minum lewat malam supaya tidur tak terganggu.
Momen Berharga Bersama Keluarga
Petang tu, duduk bersama suami dan Amirul sambil mengopi dan makan di Bundut Coffee memang rasa sangat nikmat. Harap dapat ulang lagi sesi macam ni. Tengok gelagat orang lalu-lalang. Sembang tentang kerja suami, tentang studies Amirul.
Tips untuk Pembaca:
-
Kalau anda berada di Manjung atau kawasan sekitar, boleh cuba singgah Bundut Coffee.
-
Bawa sekali keluarga atau kawan — suasana mesra, menu menarik.
-
Untuk ibu-ibu macam saya, jangan takut nak minum kopi — ambil secara sederhana, banyak manfaat untuk kesihatan dan mood.
-
Jangan lupa nikmati saat-saat kecil seperti ini — sangat berharga.
![]() |
Bundut Coffee Manjung Point. Boleh duduk atas atau bawah. |
Bestnya dapat mengopi sekeluarga macam ni, lagi² ada roti bakar tu, baru afdhal, hahaha. Memang kalau dapat kopi, mood rasa ceria sepanjang hari.
ReplyDeleteHaha.. setuju! Betul, betul!
DeleteSekarang tidak minum kopi tapi minum yang Uwan punya kopi kadang-kadang tidak habis atau macam minggu lepas, saya ingat teh tarik rupanya nescafe, terpaksa minum.
ReplyDeleteKalau orang bagi, saya minum sahaja tapi bukan tiap-tiap hari minumπ
Hehe.. habiskan Uwan punya minuman ya.
DeleteBagusla tu. Tidak memilih. Jangan jadi macam saya, hari-hari kopi.
Rupanya banyak kebaikan bagi kesehatan pada kopi ya Mbak.
ReplyDeleteSaya peminum kopi juga. Tapi tak lebih dari 2 gelas per hari. Biasanya pagi dan petang saja saya minum kopi.
Kopi americano panas dan roti bakar itu sangat mengundang selera Mbak.
Salam jumpa dan salam perkenalan dari saya.
Salam,
Iya, Abah Asa.
DeleteBetul, memang enak makan roti bakar cicah kopi panas.
Salam kenal, Abah Asa.
Banyak tempat mengopi menarik dekat Manjung rupanya. Roti bakar macam menggoda. Mengopi dengan family tersayang best. Mengopi dengan kawan baik pun molek.
ReplyDeleteBetul, betul. Nikmat mengopi. Alhamdulillah.
DeleteKalau ke Manjung nanti boleh la try mengopi kat situ. Kakak Cie duk Manjung Point.
ReplyDeleteOh.. dekat dah tu.
DeleteSantai² minum kopi mmg asyik :)
ReplyDeleteLama tak ke Manjung, macam² ada ye skrg ni...
Ya, PH, banyak kedai kopi hipster. Saya pun belum cuba semua.
Deletesyok mengopi tu...kita tkleh minum kopi nanti tkleh tido
ReplyDeleteOoo.. gitu.
DeleteDah 2x nie lalu Manjung dan Lumut...tapi,kita lalu jalan luar je.. Tak masuk pekan Manjung.. Udah lupa jalan shortcut shortcut.. ππ
ReplyDeleteHa. Bundut Coffee ni, sebelah TF Manjung Point, kalau Linda nak try. Dekat Tealive.
DeleteKalau singgah Manjung bolehlah ke sini. Sekarang sistem order cafe mostly macam tu kan. order dan bayar, diberikan buzzer macam CBTL. Saya pun macam nak berjangkit dengan kak SK, order kopi dan roti bakar. hihi...
ReplyDeleteHehe... jangkit-menjangkit. Sebab tengok macam sedap kan, pekena roti bakar dan kopi.
DeleteAna sejenis manusia yg jd ssh nk lelap mata bila minum kopi hehe
ReplyDeleteOh, gitu. Boleh geng dengan Mama Tisya ni.
DeleteAdik ipar duduk Manjung area Venice tu. Boleh singgah kalau ke sana.
ReplyDeleteLaa.. saya pun duduk area Venice juga. Kalau singgah, roger la. π
DeleteKaaaak, kakak memang tinggal di perak yaaa. Adalah yg saya nak tanya2 nanti , sebab ada planning nak ke perak THN ini π. Tp kalau dah confirm barulah saya hubungi utk tanya kakak yaa.
ReplyDeleteSaya pun kemarin2 dah bisa lepas dari kopi, eh ntah kenapa skr jadi addict lagi hahahaha. Memang susah nampaknya. Tp saya cukup 1 gelas sehari kak. Tak mau lebih
Iya, Fanny. Boleh, dekat page Contact blog akak ni, ada alamat email. Email saja, ya, Fanny, kalau ke Perak. Akak di Lumut, Perak.
DeleteBaguslah tu, Fanny. Satu gelas kopi sehari sudah cukup, kan.
Buat roti bakar lepas tu letak atasnya telur separuh masak 2 biji. Taburkan black peper dgn kicap sikit. Letak kaya hah jadi lah roti titap. Pekerna kopi o kaw-kaw. Yummy. erkkkk eh belum makan dah kenyang. hehehehehe
ReplyDeleteHahaha.. memang nikmat, kan. π
DeleteKopi + roti bakar..memang gandingan yang serasi kalau mengopi..lagi best dengan family, spend time sama-sama..borak-borak dan gelak ketawa...kalau ada telur separuh masak dan kopok lekor goreng pun sedap ni Nur
ReplyDeleteHa ah kan, keropok lekor. Lain kali boleh order time mengopi. Hehe..
DeleteSambil hirup kopi, kunyah nachos… tenang-tenang layan rasa.
ReplyDeleteBetul. Alhamdulillah.
Delete