Tarikh: Khamis, 12 Jun 2025
Suami off kerja. Jadi, marilah kita berjalan jauh sikit. Hajat saya, nak jalan-jalan cari nursery pokok bunga. Kami bertolak dari rumah lepas zohor.
Makan tengahari pun sudah, dari rumah. Bila naik kereta, mata agak layu je la, mengantuk. Waktu itu, kereta baru masuk kawasan Lekir. Saya buka google map. Cari kedai coffee near me, dan Punten and Coffee Cafe ini ada dalam senarai.
Ada dengar tentang cafe ini sebelum ini, dari group Manjung di mukabuku. Saya tahu yang cafe ni dekat kawasan sawah padi. Tapi, tak tahu lokasi di mana.
Suami saya agak skeptikal. Dia kata, google map tak update la, info salah la. Sebab lokasi cafe ini, dalam kilang padi. Maksud saya, laluan dia. Agak ke dalam juga la. Tapi, kita on adventure mode la ye. Kalau salah, dapat tengok sawah. Kalau betul, dapat beli kopi.
Kami memasuki Pusat Benih Padi Felcra Plantation. Tak jauh dari simpang menghala ke Seberang Perak dari jalan Lekir - Teluk Intan.
![]() |
Tadaaa... dah sampai! |
Panas bebenor cuaca tengahari tu. Comel je, kedai dia dalam kontena. Masa kami datang, macam dalam upgrading process cafe ini. Kerusi dan meja batu ada, berserta payung bagi setiap tempat.
Saya pun pergi pesan di kaunter dalam gambar di atas, 2 cawan americano kosong, satu ais, satu lagi panas. Dia bagi buzzer.
Sementara tunggu kopi kami siap, saya masuk kereta balik, duduk dalam aircond, you. Panas la, duduk kat tempat dia. Lain kali nak mai sini, mai petang-petang ye.
Dari dalam kereta, saya perhatikan, tandas juga ada disediakan. Bagus. Sawah padi hijau terbentang. Cantik sawah padi, tak macam sawah kat Bota tu, macam padi campur rumput. Sini, padi je. Rasanya sebab Felcra punya kot, jadi cantik padinya.
Oh, lupa nak cerita. Masa saya pesan tadi, saya perhatikan, ada makanan siap dalam tempat display dia. Tapi makanan orang muda la, ye. Contoh macam popcorn chicken, nugget dan fries, dan wrap pun ada. Saya pun antara nampak tak nampak, pandangan berbalam-balam, baru keluar kereta tengah panas dan melihat ke dalam cafe yang agak gelap. Menu tidak kelihatan. Dan sudah tentu, dia punya signature dish, Punten, juga ada.
Punten itu adalah makanan tradisional khas Jawa Timur. Beras dimasak dengan santan supaya lembik hasilnya, kemudian ditumbuk sampai halus sebelum dibentukkan menjadi Punten.
Dalam 5 minit kemudian, kopi kami pun siap. Harga 2 cawan americano kosong ialah RM10. Murah. Ini antara tempat beli kopi paling murah la, pada pendapat saya. Kopi dia pun sedap. Saya dah biasa minum americano, jadi, ada tempat, americano dia tak sedap, tau. Sini, ok kopi dia.
Sambil membawa kopi masing-masing, kami pun berjalan-jalan sekitar, explore kawasan. Ada je orang sedang mengopi juga. Saya rasa, pekerja yang sedang buat kerja situ juga. Boleh duduk di meja dan kerusi batu berpayung. Boleh juga duduk di wakaf yang disediakan.
![]() |
Mestilah ambil gambar berlatar belakang sawah padi menghijau. |
Saya tambah grafik kaktus dalam gambar di atas, sebab it was like berada di padang pasir dia punya panas hari tu. 😅
Kena cepat-cepat ambil gambar. Rasa terbakor pun ada, sebab saya dengan jubah hitamnya. Angin ada, tapi angin panas. Saya ada baca, petang-petang datang sini, mengopi sambil tengok sunset, best.
Tapi saya, susah sikit la, sebab rumah jauh. Datang singgah je.
![]() |
Lagi satu tempat disediakan untuk bergambar. I ❤ Bendang Seberang Perak. |
Cantik. Langit pun biru je. Sawah luas terbentang. Rasa macam nak nyanyi pula.
Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu, menyanyi laguku
Bagai hati yang pilu, yang merayu - Keindahan Alam by Flybaits, 2009.
Alaaa... kasi can la, orang nak layan perasaan ni, bukan selalu jumpa sawah padi.
![]() |
Abeku, jom selfie together! |
Tempat kami duduk tu, salah satu tempat boleh duduk mengopi, sambil tengok padi. Nice, kan. Nampak baru dan cantik, pondok yang disediakan.
Lepas ambil gambar, sebab angin panas bertiup, kami pun beredar dari situ.
Boleh la repeat lain kali ye. Cuba punten dia pula. Nanti mesti tempat ni semakin cantik.
Baik, saya kongsi maklumat cafe.
Punten N Coffee Cafe
Pusat Benih Padi Felcra Plantation Services, 36800 Seberang Perak, Perak.
Waktu operasi: 12 tengahari hingga 7 malam
Tutup setiap Isnin.
Jumpa lagi, ye. 💗
Menariknya cafe ni. Selain kopi sedap dan murah, dapat tengok permandangan yang semahal ini. Ada pula tu tempat rehat dan bergambarnya. Kalau saya mesti dah terbeli punten tu. hihi...
ReplyDeleteHa ah, akak pun tak pernah makan punten tu, Fizah. Tapi perut dah kenyang, baru lepas lunch.
DeleteKalau padi dah menguning mesti lagi cantik viewnya. indah alam dalam renungan, muda mudi berpandangan. Bersiaran di taman sana penuh hati dengan irama...... dendang remaja (A romzi)
ReplyDeletePeh, orang lama ni.. 😁
DeleteSuka gak vibes cafe hipster siap ada sawah padi ni...emukau pandangan kan
ReplyDeleteItu la. Rasa tenang tengok sawah padi.
DeleteLaluan balik nie kalau dari tronoh nak ke sabak bernam.. Suami tak gemo lalu kot kg gajah...
ReplyDeletePernah tengok lah cafe nie, tapi tak pernah singgah lagi... Anak2 belum fasa nak duduk, makan simple2.. Deme nak yang duduk makan nasi ayam.. Hahaha...
Hehe.. makan nasi ayam lebih kenyang ye, Linda.
DeleteTgk gambar pun dh tau panas sgt cuaca time tu.. agaknya kalau di kontena tu mst lg panas bahangnya kan
ReplyDeleteHa ah. Itu yang tingkap kontena tu, dia buka sebelah je. Sebelah lagi, dia tutup, sebab panas kot.
DeleteBest jugak tu mengopi sambil tengok view sawah padi. Kalau sebelah petang mesti best angin sepoi2 je.
ReplyDeleteItu la. Kena repeat datang lagi kot, Insya-Allah.
DeletePunten ni ke yg makan cicah dgn sambal bilis hijau tu? Tak ingat baca kat blog mana, tpi last weeklah ada orang tulis pasal punten ni
ReplyDeleteKak nur memang sejenis tak makan fast food, processed food ye? Bagusnyaaaa
Blog Anamizu ada cerita tentang Punten juga.
DeleteTengah usaha, Mazni, tapi kadang terbabas juga. Huhu..
Selamat mengopi
ReplyDeleteMekasih, Wak.
DeleteRajin Nur bergambar tongah paneh tu 😅
ReplyDeleteHaha, nak gambar kenangan punya pasal, PH.
DeleteSeronok dapat jalan sekitar tengok sawah padi.
ReplyDeleteBetul, NA. Alhamdulillah.
Deletecantik view posing nmpk sawah padi tp tula cuaca panas kena cpt2 bergambar..pernah mkn juga punten kwn opis bawa
ReplyDeleteHa, pernah merasa, ye. Saya ada beberapa kali jumpa, tapi tak pernah cuba lagi.
Deletesaya paling tak tahan panas....mungkin pergi petang ok kot
ReplyDeleteTepek sunblock banyak-banyak, encik. Hehe..
DeleteUdara sedang panas disana ya Mbak.
ReplyDeleteTapi pemandangan sekitar Punten cukup indah juga, jadi terhibur sedikit.
Btw. Mbak, Punten itu kalau bahasa Sunda (jawa barat) artinya "Maaf", tapi yang diceritakan disini makanan khas jawa timur ya.
Salam,
Iya, Pak. Begitu maksudnya, dalam bahasa Sunda. Terima kasih, atas perkongsian, Pak Asa.
DeleteMengopi with a view begitu ye. Lawa sawah padinya. Panas lit-lit memang tak lalu nak buka mata pun ye. Tapi gambar-gambar masa panas ni sokmo cantik-cantik sebab pencahayaan semulajadi begitu. Boleh masukkan tempat mengopi ni dalam bucketlist
ReplyDeleteBetul juga tu, lighting sangat cantik. Sila, sila, KSarie, kot terlalu di kawasan sini.
DeleteSubhanallah cantik betul latar suasanan begini. Tenang je rasa kalau dapat jejak ni.
ReplyDeleteP/s: kak tot ada hubungan dengan kak ida rahayu yang pemain suara ejen ali tu ke?
Tak ada, SS. Ooo.. muka sama, ye?
DeleteBackground sawah padi, cantiknya especially model tu sweet nya.
ReplyDeleteCantik kan, hijau je, luas saujana memandang.
DeleteAlaa... malu syaya...
Sebagai anak separa jawa…punten adalah kesukaan saya. Ada tempat yg americanonya alahaiiii macam kopi o jalang gitu
ReplyDeleteWow, next time haruslah dicuba ni, punten.
DeleteHa ah, kureng la, rasa dia.
Huhuhu. Cantik view bendang tu. Rumah saya tepi bendang. Tapi malas pulak nak pergi bergambar. 😅
ReplyDeleteHaha... orang dah biasa tengok bendang, macam tu ler. Kita ni, jarang-jarang dapat tengok.
DeleteSaya terbayang para pekerja dalam kontena, tak kepanasan kah mereka.. pernah waktu itu makan di cafe yg serupa macam nih, memang tak boleh siang2. Panasnya menyengat 😂😂. Kopi dah pasti harus ais 😅
ReplyDeleteMemang panas, Fanny. Itu yang ditutup lagi satu tingkap tu. Kipas angin juga terpasang beberapa biji. Cari rezeki, Fanny, pengorbanan yang harus dilalui.
Delete