Tarikh 11 Jun 2025.
Sekarang ni, macam-macam kedai kopi, kedai minuman, kedai teh, kedai aiskrim, buka di pelbagai lokasi, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Saya tak pernah cuba. Saya bukan peminat benda manis.
Tapi sekali-sekala, teringin juga bila tengok orang keluar masuk kedai. Ada satu deretan kedai di tempat saya selalu beli kopi ni, iaitu Zus cawangan Taman Lumut Indah. Di situ, ada WeDrink, Mixue, Aicha, Family Mart dan 7-Eleven Cafe. Kenapa dia orang ni suka duduk dekat-dekat yek? Pelik juga kita. Dah penuh parking kat situ.
Oleh itu, pada hari tersebut, saya pun masuk la ke Aicha, untuk mencuba.
![]() |
Saya sudah jilat baru ingat untuk ambil gambar. |
Saya beli Ai-Scream Cone Chocolate Mix Vanilla, harga RM2.50. Ejaan Ai-Scream tu, mengikut menu dia tau.
Sementara untuk suami pula, Ai-Scream Cone Chocolate. Sama dengan saya, lain sikit je, harga sama.
Cone dia ada bijan hitam. Satu kelainan.
Saya masuk seorang, beli dalam kedai. Dua-dua belah tangan pegang aiskrim. Lepas tu, takde tangan nak buka pintu. Pekerja tu keluar dari belakang kaunter, bukakan pintu untuk saya. Mekasih, ye.
Memang begitu. Kadang tu, penat juga. Beli kopi, kita kena ambilkan. Beli aiskrim pun, kena belikan. 😝
Pendapat saya, aiskrim dia sedap! 😋 Tinggi pula tu. Saya suka.
Tapi, saya tak boleh makan selalu. Jaga makan. Sekali-sekala, boleh.
Ok. Tu jer nak cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗
Persaingan tu duduk dekat2. Senang cust nak buat pilihan yang mana paling menarik hati. Hihi
ReplyDeleteHehe.. betul juga cakap Cie. Saya pernah nampak, ada seorang ni, masa saya beli, semua kedai dia masuk, satu kedai beli satu kopi. Jadi, banyak la kopi dia, lain-lain tempat beli. Nak buat perbandingan agaknya. Huhu.
DeleteDekat SG ni pun kedai eskrim ni dgn kopi zus tu sebelah². Mujur sy bukan peminat keduanya sbb parking mmg sentiasa full area situ
ReplyDeleteTudia, sama la dengan kat sini. Itu yang kena double park selalu. Nasib baik pick-up order Zus je, tunggu dah siap baru pi.
DeleteTaktaulah kalau cawangan rumah saya ni yg lain atau semuanya sama, tapi aicha ni lebih manis berbanding mixue. Baru2 ni ada try kedai aiskrim baru nama wedrink jugak, sama murah mcm aicha n mixue
ReplyDeleteLambakan kedai aiskrim dri china ni dah ada di serata tempat kan. Secara tak langsung bunuh perniagaan tempatan mcm mokti, tealive. Baru ni muncul pulak daily coffee dari china pulak dahh
Oh ye ke, Mazni? Akak no idea, sebab tak pernah try Mixue.
DeleteOoo... dari China ke? Betul la! Akak tak pernah terfikir dari sudut tu. Marilah kita sokong produk tempatan, lagi-lagi kedai kopi hipster dari orang kita, yek.
Sama lah kat sini. Deretan kedai semua dekat-dekat. Ada Zus, emart, Ai-CHA, Wakaka dan banyak lagi kedai-kedai muda-mudi pesen gini.
ReplyDeleteTadi baru tengok Ai-CHA dari jauh. Tak sempat nak singgah. Kalau sedap, boleh jugak beli aiskrim ni.
Boleh la, BK. Rasa dia lebih kurang macam ice-cream kedai kita boikot tu juga.
DeleteItulah tu, berlumba-lumba kedai kopi dan kedai aiskrim dibuka. Kedai-kedai aiskrim ni saya tak pernah cuba lagi. Lebih kepada kopi. Sesekali kita cuba rasa. Kalau sedap tu lain kali boleh repeat kalau teringin. Murah juga harga aiskrim ni. Baguslah pekerja tu prihatin dan membantu.
ReplyDeleteHa ah, Fizah, harga dia ok la, takde la mahal. Ye, bagus pekerja dia. Kalau pintu tu boleh Push, boleh kita tolak dengan badan sambil keluar. Ini Pull pula, tangan dua-dua belah tak free. Huhu.
DeleteDi tempat saya juga banyak aneka penjual es krim
ReplyDeleteSaking banyaknya saya sendiri tidak bisa menghitungnya
Mungkin lagi tren ya
Saya suka banget dengan es krim
Itu la. Selain kopi, Encik juga suka es krim ya. Hehe..
Deleteapa jenis aiskrim mesti sedap pada akak hehehehhe
ReplyDeleteHehe.. betul juga, tu.
Deleteice cream cone biasanya putih, kenapa bisa ini warnanya coklat haha
ReplyDeleteSebab perasa coklat, Encik.
DeleteAih....es krim nya nampak sedap dan menyegarkan Mbak.
ReplyDeleteSaya suka es krim, tapi sekarang jarang makan, suka terasa ngilu pada gigi.
Salam,
Saya juga, Pak. Tapi sejak pakai ubat gigi khas untuk gigi sensitif, tiada masalah lagi untuk makan es krim. Alhamdulillah.
DeleteBetul lah Nur makin banyak macam2 kedai aiskrim, coffee, ayam gepuk dll. Yang lama belum try, yang baru dah muncul.
ReplyDeleteItu la, kan.
DeleteLepas ni bangla naik basikal jual aiskrim tak leh nak survive dah.. sebab dah banyak persaingan dan airskirm ni semua murah dan lagi sedap huhuuu
ReplyDeleteAiskrim yang bangla jual tu, mahal, sebab nak cover kos minyak dia agaknya. Lagi pun, dia bawa motor laju sangat. Baru nak panggil, aiskrim, dia dah pergi, tak sempat nak beli. Hehe..
DeleteKami dirumah ni pun bukan penggemar manisan kecuali anak dara. Bila dia cuti mcm barulah luak coklat kat rumah
ReplyDeletePatut anak dara sweet, ada lesung pipit. Suka benda manis rupanya. 😊
DeleteAiCha semakin mencanak naik dh skrg kan, makin byk branch, tp sy x try lagi
ReplyDeleteItu la, saya pun baru try sekali. Kakmim lambat lagi la kot, sebab cut sugar, ye. 😊
DeleteSebab isteri yang kalut nak merasa, suami tukang bawa kereta je... Hihihi...
ReplyDeleteAicha pun linda tk try lagi... Mixue tu pun bru minggu lepas.. Adik yg beli.. Hahaha.. Akak nya nie tau beli coolblog je
Coolblog kat sini, dah makin pupus, Linda, tinggal dua cawangan je lagi, dalam Billion dan Lotus.
Deleteskali tgk mcm mixue..ada tgk gk org share aicha ni
ReplyDeleteHa, warna sama, kan, merah juga.
Deletememang boleh makan sekali sekala...kalau dilarang terus susah juga kerana hati akan tidak tenteram untuk mengidam nanti
ReplyDeleteIya, Encik, sekali-sekala boleh la.
DeleteAda lagu mula-mula dengar macam sebut Aisha rupanya Ai-cha. Nampak 1 kedai masa jalan menuju ke perhentian bas. Murah juga harganya. Bolehlah cuba. Insya Allah.
ReplyDeleteLagu apa tu? Lagu Aisyah tu, saya tahu la. "Aisyah, jangan ragu-ragu dengan cinta ini." Ha, camtu la lirik dia, sikit. 🤭
DeleteTry la, NA. Tak cuba, tak tahu.
Kedai kopi sekarang tumbuh bagai cendawan...x sempat nak cuba wujud lagi kedai baru
ReplyDeleteItu la pasal.
DeleteWahhhhh.....aiskrim memang molek benar dimakan di kala cuaca panas lit-lit ni. Nanti nak siasat di mana outlet Aicha terdekat
ReplyDeleteSila, sila, KSarie.
DeleteSaya suka eskrim, tp kalo rasa susunya kuat sangat, memang tak bisa 😄. Krn itu mixue saya tak suka, sebab terlalu milky rasanya . Aicha ini kalo tak salah ingat, ada di JKT. Nanti dicek lagi. Blm coba...
ReplyDeleteSamalah kita kak, manis2 bukan fav saya. Sesekali saja bolehlah. Es krim pun walau saya suka, tp makannya hanya sesekali. Terkadang pun dalam sebulan belum tentu makan 😂
Betul la tu. Sama kita. Akak sendiri, tak boleh selalu makan aiskrim. Kalau makan, esok atau lusa, mesti naik jerawat. Hehe.
Delete