Tarikh: Khamis, 12 Jun 2025
Lepas pulang dari sarapan bersama suami, seperti biasa, saya siram pokok.
Hari sebelumnya, saya ada pergi nursery pokok bunga, beli pokok bunga ros dan bunga kertas. Balik rumah, pindahkan dari polibeg ke pasu lebih besar yang ada di rumah.
Saya dalam misi menambah pokok bunga jenis batang keras dan berduri.
Saya tak boleh buat apa-apa tentang kera liar yang ada kalanya datang rumah dan kacau pokok. Tapi, saya boleh ubah dari segi kurangkan kemusnahan yang berlaku, dengan tukar jenis tanaman saya.
![]() |
Pokok bunga ros baru beli hari sebelumnya. Bunga warna oren. |
Saya tak ada lagi bunga ros warna ini. Harga dia, RM25. Bunganya ada bau wangi. Lembut je.
![]() |
Ini bunga pada pokok yang sama, yang sudah kembang. |
Cantik tak? Heee... suka, suka! 😍 Sebab ada tone pada kelopak bunganya, macam lukisan pun ada.
Masa siram pokok, nampak ada cili sudah besar, jadi petik cili sikit.
![]() |
Kutipan cili hijau pada hari tersebut. |
Ada satu bekas cili hijau ini dalam peti ais. Banyak kali sudah guna, untuk masak berlada. Tak pedas langsung. Alhamdulillah.
Yang cili besar hijau ok pokoknya. Pokok cili besar merah, tak jadi. Banyak diserang hama putih di bawah daun.
![]() |
Bunga matahari kembang |
Ini adalah antara pokok terakhir la, yang saya tanam. Saya sudah tak tanam pokok bunga matahari lagi. Beruk suka bagi patah batang dia. Kalau yang jenis muda, baru naik dan lembut, memang hilang je, dikerjakan si beruks.
Ok. Itu je la perkembangan terbaru tentang aktiviti berkebun saya.
Jumpa lagi ye. 💗
mnjadik sungguh tanaman, especially bunga rose tu...kak mieja pernah gila tanam pokok rose tapi semuanya mati uhukkkkk...rose tak pandai jaga
ReplyDeleteBunga ros kena hari-hari siram, tu je. Kalau rajin, siram dengan air basuhan beras. Insya-Allah, ok.
DeleteCantiklah bunga rose dwitone. Nampak lain daripada biasa. Kalu tanam bunga ros berduri beruk tu tak usik ke Kak Nur? Bijak betul beruk ni ek. Sayang pokok matahari ada musuhnya. Cantik tu kalau dah kembang.
ReplyDeleteSetakat ni, pokok bunga ros akak semua selamat, tak pernah diusik beruk. Diusik orang, ada. Hehe..
DeleteLawa nya bunga ros tu.. Linda suka tau nak menanam nie.. Nanti kalau pindah tronoh, nak cuba juga lah.. Walaupun dalam pasu jaa
ReplyDeleteAkak pun tanam ros dalam pasu je, Linda. Seronok tengok bila keluar bunga.
DeleteAduhai! Kami tanam pokok bunga ros tak pernah kekal lama. Entah berapa kali beli pokok, tanam... mati saja.
ReplyDeleteHari-hari kena siram, kak Amie. Kena selalu trim juga, bunga yang dah layu, dipotong. Atau mungkin tanah tak sesuai, boleh jadi penyebab juga.
DeleteCantik bunga2 kak nur!
ReplyDeleteAlhamdulillah. 🥰
DeleteSejuk mata memandang tengok bunga2 mengembang.
ReplyDeleteKan, Cie. 😊
DeleteLawa betul bunga matahari tu.
ReplyDeleteKan, BK.
Deletecantiknyaaa subhanallah! sejukkkk mata tengok bunga-bunga cantik mekar!
ReplyDeleteKan, Ana. Alhamdulillah. 🥰
Deleteamboiiiii cili hijau pun pandai dia kata hello ye.
ReplyDeleteHehe...
DeleteCantiknya bunga ros.
ReplyDeleteHELLO cili api hehe alaaa terasa pedas nya.
Hehe.. Tak pedas sangat cilinya, Mulan.
DeleteKebunnya berhias bunga-bunga yang cantik, Mbak.
ReplyDeleteBunga ros dan bunga mataharinya membuat segar ketika mata memandang.
Salam,
Betul tu, Pak Asa. Alhamdulillah.
DeleteDoakan bunga matahari saya juga dapat kembang mcm tu..
ReplyDeleteSemoga bunga matahari Sueann juga kembang mekar seperti saya tanam. Aminn...
DeleteRajin pulak susun cili tu jadi perkataan ye...
ReplyDeleteLawanya bunga ros tu...bunga matahari pun tak kurang cantiknya.
Hehe.. sebab banyak sangat cilinya, PH.
DeleteAduhai cantiknya pokok rose tu...warna bunga dia cantik sangat2
ReplyDeleteItu la. Saya tengok kat nursery pokok bunga, terus berkenan, SA.
DeleteRumah saya ini ada monyet muka putih datang sebab ada buah ranbutan tengah keluar hasil. Niat sedekah sahaja, hehe. Kebetulan pokok rambutan ini depan tingkap bilik tidur saya.
ReplyDeleteSyabas sebab tidak putus asa berkebun.
Wah, rare spesies tu, monyet muka putih. Eh, bulu hitam dan ekor panjang ye? Bukan lotong ke tu?
DeleteTerima kasih, NA. Sebab saya memang suka tanam pokok dan bunga.
Lawanya bunga matahari. Cantik tone warna bunga ros tuh. Meriah kejadian cili padinya ye
ReplyDeleteAlhamdulillah, KSarie. 😊
Deletecantik semua tanaman kak tot.
ReplyDeleteAlhamdulillah, SS.
DeleteRare sangat warna dia, pakai gradasi pula ❤️❤️❤️❤️.
ReplyDeleteBetul, Fanny. Pokok bunga ros kahwin ni. Warna dia jarang jumpa.
Delete