Wednesday, July 30, 2025

Nak merasa juga CU Mart

 Tarikh: 8 Julai 2025

Bila suami off kerja, ada peluang untuk jalan jauh sikit. Takde lah jauh sangat. Masih negeri yang sama. Tapi, dia punya persiapan tu, macam la nak berjalan sampai ke KL nun. 

Pada hari tersebut, nak pergi jalan ke Taiping. Nak ke Taiping dari Manjung, mengikut Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lebih kurang 90 kilometer. Tapi kami spesies yang kurang suka ikut lebuhraya, lebih suka ikut jalan kampung. Memandu pun tidak lah laju, kelajuan sederhana saja, sambil menikmati pemandangan bukit bukau, tengok rumah orang kampung, pokok-pokok di dusun tepi jalan, dan sebagainya. 

Sebelum keluar Manjung, singgah dulu ke CU Mart, nak beli kudap-kudapan, boleh makan dalam kereta, di waktu mengantuk. 🙈 Hehe.. janganlah gelak. Itu baru nak pergi Taiping kan, belum lagi pergi KL atau balik kampung Kelantan, bayangkanlah makanan apa kami beli masa dalam perjalanan. Eh, suka aaa... hidup untuk dinikmati. 

CU Mart adalah kedai serbaneka yang dibuka 24 jam. Selain barang keperluan, ada makanan juga, macam Family Mart dan 7-Eleven Cafe.


CU Mart Manjung, menunggu makanan siap.
Lepas pesan makanan, tunggu sekejap di kerusi yang disediakan.

Pernah beli untuk anak-anak. Tapi, tak pernah merasa. Ini kali, mahu cuba juga. Kalau anak tahu ni, mau kena gelak dek deme. Bukan main lagi mama, nak makan real food only, tengok-tengok kita pun bantai makanan ringan. Hahaha... senyap-senyap, ok. Kome jangan bagitahu kat Hafizan, tau. 😉

Saya pesan corn sausage dan sotong goreng. 


Jumlah harga, RM15

Tak lama pun tunggu makanan siap, sebab pagi-pagi, cuma saya seorang pelanggan dalam mart.


Siap, corn sausage dan sotong goreng.

Saya lupa ambil gambar sotong goreng atau fried squid tu. Lebih kurang macam sotong celup tepung yang dipesan di kedai tomyam. Tapi, potongan sotongnya, besar. Sotong ada 4 potongan sahaja. Empat ketul. Saya makan dua, suami makan dua. Tahu dah, kalau sotong goreng, kena makan panas-panas. Kalau tunggu lama, mesti liat. Itu la, gambar pun lupa ambil. Teruja punya pasal, tengok potongan sotong besar.

Corn sausage ingat, untuk ambil gambar.

Corn Sausage CU Mart
Corn sausage CU Mart

Besar. Nasib baik beli satu sahaja. Atas corn sausage, ada sos cili dan keju. 

Ok. Alhamdulillah, dapat merasa.

Itu je la cerita. Jumpa lagi, ye. 💗

26 comments:

  1. Replies
    1. Cer try masuk, macam-macam ada, Encik. 😁

      Delete
  2. Corn sausage tu anak saya suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, budak-budak memang suka yek, menu camni.

      Delete
  3. Tahniah! Saya belum pernah rasa lagi sosej gini kat CU. Selalu beli jajan je dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jajan pun, ada macam-macam ye, BK. Ralit tengok barang dalam tu.

      Delete
  4. Kat area rumah SA ada CU Mart ni tapi Dania je yang selalu pergi situ...SA macam biasa la malas nak lepak lama- lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, budak-budak muda suka masuk tempat macam ni, kan.

      Delete
  5. oh mcm corndog la ye ...CU mart ni bdk2 mmg suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Kalau kita, memang panggil corndog. Nama dalam menu, corn sausage.

      Delete
  6. Suka makan dalam kereta ya. Saya macam kurang suka sebab tidak selesa, berlengas rasa.
    Tidak ingat CU Mart ke Family Mart, adik beli corn dogs juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sediakan la wet tissue dan dry tissue dalam kereta, NA. Plain water pun perlu. Kereta kami dah macam rumah dah. Tikar pun ada, kot nak berhenti piknik makan di luar. 😁Family Mart pun ada juga corndog. Lebih kurang juga rupanya.

      Delete
  7. Apa salahnya sekali-sekala makan macam ni, kan. Lagilah sambil jalan² ikut jalan kampung tu, menikmati keindahan alam sambil meraikan isi perit, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... betul, betul. Hidup untuk dinikmati. Kita enjoy! 😁

      Delete
  8. Dekat bangunan endocrine HPJ ada CU Mart tu. Tapi kenapa ye kiter tak pergi terjah. Bila dah tenguk ni emm kena terjah le. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Kak. Banyak benda dalam tu, macam-macam jenis ada.

      Delete
  9. kita tak bagitau hafizan, tapi takut hafizan baca blog mama dia ni hahaha
    cu mart ni best mcm family mart jugak. saya pernah makan rose tteokbokki dia, sedap. corn dog tk pernah rasa lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Hafizan tak tahu link blog mama dia. Cuba la search, tak jumpa punya. Haha..
      Akak tak reti makan menu korea tu, tteokbokki. Sebab pernah rasa sos korea, pedas yang amat.

      Delete
  10. Adik beradik family mart x c u mart ni? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la, kan, kakmim. Sebab lebih kurang juga barang-barang dia. Harga je, berbeza.

      Delete
  11. Okay baiklah, saya tak bagitahu Hafizan. Sesekali mak mak pun nak rasa makanan generasi sekarang kan. Saya tak pernah masuk lagi Cu ni. Sekarang dah banyak convenience store macam ni. Tak tahu dah nak masuk yang mana satu. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. iya la, orang tua pun teringin juga, makan.
      Betul la, Fizah. Akak tengok mana yang takde ramai orang, itu la yang akak masuk. 😁

      Delete
  12. Hahahaha sesekali tak apa kak. Pasti ada cheating day kan 😄. Corn dog nih saya sukaaaaa. Apalagi makan saat masih panas. Kejunya muluuuur, sedap 😍👍

    ReplyDelete
  13. Rasanya CU Mart tak ada di LD. Kena balik Malaya dulu ni baru boleh jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada la tu, rezeki bila kak Amie balik Malaya, boleh jumpa CU Mart.

      Delete