Sunday, August 24, 2025

Ambil darah

 Tarikh: 31 Julai 2025

Temujanji ambil darah di hospital. Biasanya, saya pergi pukul 2 petang. Tapi kali ini, sebab kena puasa, jadi saya pergi waktu pagi. Doktor suruh check kolesterol juga, selain bacaan hormon T4 dan TSH untuk tiroid.

Apa itu hormon T4 dan TSH
Apa itu T4 dan TSH

Kena tinggalkan IC di kaunter daftar ambil darah. Dulu, tak perlu. 

Nombor giliran temujanji ambil darah Hospital Manjung.
Nombor giliran temujanji ambil darah.

Sampai di hospital pukul 7.51 pagi. Dapat nombor 53. 

Orang ramai yang menunggu giliran ambil darah.
Orang ramai yang menunggu giliran ambil darah.

Tak ada tempat duduk. Semua kerusi penuh. Berdiri sekejap. Lepas tu, saya duduk di depan farmasi. Cari kerusi yang boleh nampak nombor yang dipanggil, walaupun dari jauh. 

Pukul 9 lebih baru siap urusan ambil darah. Ok la. Laju juga untuk sampai giliran. Ambil darahnya sekejap je. Sekali panggil, 3 nombor yang masuk dalam.

Little did I know yang resultnya adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan saya. Nanti saya cerita bila sampai waktu, ya. Sobs.. sobs.. 😢

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog saya ini. Jaga diri. 

Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Datang sebelum 8am pun dah no 50+. Ramai betul orang ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital sini memang ramai sokmo. Belum cerita bab parking lagi. Huhu..

      Delete
  2. Allahu... Semoga tiada yg memudaratkan dan baik² sahaja ya, Tot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... kurang baik sikit result darah saya, SK.

      Delete
  3. Semoga yang baik² aja Nur ye... Umur² kita ni macam² la datangnya ujian. Stay positive ya 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PH. Aminn...
      Betul, satu satu, Tuhan tarik nikmat balik. Saya akan cuba. Insya-Allah. 🤗

      Delete
  4. Semoga baik2 saja ya,..ambil langkah kawal pemakanan dan kurang kan ambil gula..mybe membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik. Saya cuba. Insya-Allah. Terima kasih atas saranan.

      Delete
  5. Hospital and Klinik tengah enhance system pendaftaran...saya pergi klinik hari tu pun diorg tengah berperang dengan system baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu.. ye. Kena banyak-banyak bersabor la kita.

      Delete
  6. semoga yg baik2 je ye. insyallah.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan semuanya untuk Tot. Semoga kekal sihat ye.

    ReplyDelete
  8. Semoga yg baik2 je utk kak nur dan tak terlalu serious sakitnya

    ReplyDelete
  9. Last week uncle pun ambik darah juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi rutin ye, uncle. Ambil darah ni.

      Delete
  10. Jadi kuatir baca tulisan terakhirnya. Doa saya semoga tak terlalu parah apapun hasilnya ya kak 🤗🤗

    ReplyDelete
  11. Datang pagi-pagi pun dah ramai, nombornya pun dah banyak. Memang kena sabar banyak kalau urusan temujanji ni. Kadang ada yang tengahari baru siap. Kira laju jugalah tu.
    Semoga tak ada yang serious tu kak Nur dan baik-baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah. Urusan hospital ambil masa juga.
      Aminn.. terima kasih, Fizah.

      Delete
  12. Saya baru juga ambil darah bulan 6.
    Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga kesedihan Nur digantikan sesuatu yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, NA. 🤗
      Semoga result darah NA pun baik-baik saja.

      Delete
  13. ammi pun kalau appt ambil darah pergi pagi tapi kalau appt jumpa doctor ammi prefer pergi petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita. Appoinment doktor saya pun biasanya petang.

      Delete
  14. Suspen jugak sebab dah miss tahun lepas. Cuma buat sendiri di rumah. Take care Nur, Insyaa Allah ok semua nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kesihatan Mulan baik-baik saja.
      Terima kasih. Insya-Allah. 🤗

      Delete