Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025
Bahagian atas pokok kaktus tu, dah tercabut. Dipercayai, kerja menatang beruk. Tak nampak semasa kejadian. Cuma perasan semasa nak siram pokok.
![]() |
Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus. |
Ada bekas gigitan juga. Walaupun berduri, tapi mungkin beruk ingat, boleh makan kot. Itu yang dia gigit. Lepas tu, dia cabut.
Saya tak tahu sama ada badan kaktus tu, boleh tumbuh kepala baru ke tak, kalau saya biar saja begitu. Yang merah tu, saya dah buang. Sekarang tinggal badan kaktus sahaja.
Nampak sangat beruk kebulur. Dia ingat bahagian merah tu, buah epal kecil kot. Hai... entahlah. Benda ada duri pun dia boleh nak makan. Saya pernah share gambar semasa pokok ini masih sihat di entri ini 👉 Anak dan buah kaktus
Oh, saya baru tanya chatGPT. Boleh tumbuh. Nasib baik saya belum cabut lagi badan kaktus dari tanah. 😊
Orait. Jumpa lagi. 💗
beruk kembali mengganas ye
ReplyDeleteItu la pasal. Mungkin waktu saya tiada di rumah.
DeleteAlaaaaa...patah dah...awak kamu beruk...biasa ye....
ReplyDeleteMesti beruk dah lapor tahap gaban, itu yang kaktus pun dia nak makan.
DeleteBeruk cik nyeh ni apa saje kalau boleh di makannya. Kat kampung kelapa jadi lawas sebab yang muda-muda dia makan jadi mana nak datang yang tua kalau yang muda dah habis dia rembat. Sabor je lah
ReplyDeleteAnggap rejeki beruks je la, ye, kak. Niat sedekah.
Deleteala sayangnya kaktus tu.. dah la lambat dia nak membesar.. suka2 ati je dia ngap.. - -'
ReplyDeleteBetul, kaktus lambat membesar. Apa nak buat. Neighborhood sini memang banyak beruks.
DeleteAlaaa sayangnya. Betul pernah baca, kaktus tu boleh tumbuh balik.
ReplyDeleteItu la. Takpe. Nanti kita tunggu batang kaktus tu keluar baru. 😊
DeleteKaktus tahan lasak..nanti dia tumbuh balik..
ReplyDeleteYe, Linda. Harap-harap gitu la.
DeleteBetul sekali tu, masih bisa tumbuh
ReplyDeleteBaik, Encik. Jika ada perkembangan saya akan kongsikan di blog.
DeleteAllah…sabo jelah kan.
ReplyDeleteMoga kaktusnya cepat tumbuh semula bahagian merah cantik tu.
Betul, Ujie, sabor je la.
DeleteAminn... harap-harap begitu. Kalau tak tumbuh yang merah, tumbuh batang baru pun dah ok.
Dia ingat buah agaknya warna merah. Ishhh beruk ni memang beruk la.
ReplyDeleteHehe.. ada ngeye. Sabo je la.
DeleteAdoi la beruk. Mengundang panas hati je kelakuannya ye. Semoga ada rezeki tumbuh lagi kaktusnya ye
ReplyDeleteAminn.. harap-harap begitulah, KSarie. Memang camni la keadaannya di taman perumahan saya ni. Tempat laluan beruks.
DeleteKesianla pulak beruk lapar. Tapi sedih tgok pokok kita pulak terbelah badannya huhu. Harap boleh tumbuh balik
ReplyDeleteHarap-harap begitulah, Mazni. Beruk masuk taman perumahan, sebab di hutan sudah tiada makanan. Taman Paya Bakau pun tiada pengunjung yang datang bawa makanan macam dulu, sebab sudah dikenakan bayaran untuk masuk. Dulu, percuma je.
DeleteRakusnya beruk tu. Mesti lapar. Sampai pokok kaktus pun dimakannya.
ReplyDeleteItu la pasal. Boleh makan benda ada duri. Hairan sungguh.
DeleteAla..dan ketotlah tu..tak apa akan ada tunas baru
ReplyDeleteInsya-Allah. Kita tunggu dan lihat saja. Ada rejeki, ia tumbuh la. 😊
Deletealahai ....beruk ni kalau dah dtg, jahanam semua
ReplyDeleteItu la pasal.
DeleteAduinaaa....beruk oi!
ReplyDeleteTu la... huhu.. sabor je la.
DeleteAiiih tercabuuut pula yaa. Kasian juga si beruk, mulutnya pasti sakit terkena duri. Tapi semoga dengan begitu dia jadi kapok untuk datang lagi
ReplyDeleteYa la, Fanny. Pengajaran la untuk si beruk.
DeleteAduh, sedihnya tengok. Rasanya yang bahagian merah tu pun boleh hidup juga kan. Kalau tak silaplah. Harap tak diganggu lagilah dimasa akan datang. Nate beruk sungguh laaa...
ReplyDeleteYe, Fizah, bahagian merah tu pun boleh hidup. Akak tak tahu, selamat sudah dibuang. Huhu..
DeleteNasib baik boleh tumbuh balik yang merah itu.
ReplyDeleteTidak tahulah boleh marah beruk ke tidak sebab binatangkan.
Sudah tumbuh cabang baru dari badan kaktus, NA, tapi bukan warna merah. Dahan baru warna hijau. Hehe.. ok ler..
DeleteTak boleh marah beruk. Sebab beruk sini educated, kalau kita marah dia, nanti dia gigit kabel unifi. Pernah berlaku dulu, sekali. Huhu... ujian.
mesti masa mencuba nak makan yg merah tu monyet melatah "oh mak kau berduri"
ReplyDeleteHehe.. agaknya la, kan. Terus dia tui tui balik, campak atas tanah.
Delete