Tarikh: 23 Julai 2025
Ada hari memang tak rasa macam nak makan nasi, kan. Jadi, masak menu lain. Hari itu, saya beli Sos Pasta Carbonara Ayam-nara, 2 tin. Jumpa di kedai runcit dekat rumah. Pertama kali jumpa, jadi ingat nak cuba lah masak guna sos pasta ni.
![]() |
Kimball Sos Pasta Carbonara Ayam-nara |
Saya baru balik dari pick-up kopi dari Zus. Turut kelihatan dalam gambar di atas, bluetooth speaker saya. Memasak sambil mengopi dan layan lagu jiwang dari spotify. Pasang lagu kuat-kuat. Bila sibuk dengar lagu sambil memasak spagetti, otak tak berapa aktif fikir benda lain, sing along lagu je. Itu salah satu cara saya elak fikir yang bukan-bukan.
When the speaker is loud, I can't hear myself thinking - Otak fokus pada bunyi yang lebih kuat, jadi lebih payah untuk proses pemikiran yang kurang kuat.
Macam seorang guru yang sedang bercakap dalam kelas yang bising. Bunyi bising kelas bercakap menghalang kita dari mendengar apa yang guru sedang bercakap di hadapan.
Dulu, masa Tingkatan 2, subjek Kemahiran Hidup, cikgu nama Mrs. Pillay, dia selalu cakap,"Kita bercakap di depan, dia jerit-jerit di belakang." Cikgu marah, tapi saya tergelak, sebab dia cakap melayu pelat. π Kenangan betul.
Baiklah. Sambung cerita spagetti.
![]() |
Tadaaa... jadi tak? |
Saya tumis dulu bawang putih, bawang merah, dan cili padi sikit. Masuk cendawan butang, kemudian masukkan sos pasta. Biar seketika, kemudian barulah saya masukkan spagetti yang sudah direbus.
Saya jarang-jarang masak spagetti carbonara ni. Biasa kalau saya masak spagetti, saya goreng macam masak mi goreng. Jadi, spagetti goreng. Kali ni, guna sos carbonara dan campur cendawan butang sikit. Rasanya, ok. Kalau anak-anak boleh makan, oraitlah. Lulus. π
Ok. Jumpa lagi, ye. π
sedapppp....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. π
DeleteNampak sedap.. Saya pun suka dengar lagu di dapur :)
ReplyDeleteKan.. bantu fokus untuk masak.
Deletetak pernah jumpa lagi ayam nara ni. Kalau jumpa nanti nak beli jugalah. anak anak saya memang suka sangat dengan pasta..
ReplyDeleteYe, sama ngan anak-anak saya pun. Cepat habis kalau masak spagetti.
DeleteBetul. Saya suka pasang radio masa masak untuk elak fikir benda yang tak perlu.
ReplyDeleteKann...
DeleteHari itu buat carbonara tomyam, letak susu sejat.
ReplyDeleteAyam-nara itu saya ingat jenama cap Ayam. Hehe.
Nama sos pasta tu, NA. Mesti sedap, NA masak carbonara tomyam.
DeleteMesti enjoy masak-masak sambil dengar lagu dan nyanyi. Bagus jugalah cara macam tu dari berfikir benda lain. Kang fikiran melayang entah kemana, tangan kemana pulak. hihi...
ReplyDeleteSejak masak carbonara guna susu full cream atau cooking cream/whipped cream saya tak beli dah sos carbonara ni. Tumis bawang putih, bawang holland dengan butter. Add black pepper, potongan ayam, cendawan butang. Tuang susu, tambah slice cheese, serbuk perasa dan garam sikit baru tambah pasta. Nak lagi sedap campurkan mushroom serbuk tu. Kalau campur mushroom soup tak perlu dah campur garam nanti masin.
Hehe.. kann...bunyi sangat creamy cara Fizah masak carbonara. Nanti lain kali, boleh try cara Fizah. Timasih atas perkongsian, ye.
DeleteBest buat kerja di dapur sambil buka radio. Kalau tersiar lagu kenangan lalu, senyum sendiri.
ReplyDeleteItu la pasal. Menggamit memori, gitew.
DeleteCie paling jarang guna instant sauce ni. Selalu buat je guna susu. Jadi je tu kita masak dia kan. Asal tekak kita telan sedap ok la tu.
ReplyDeleteYe la, Cie. Guna apa yang ada.
Deleteantara menu kesukaan saya tu...spageti
ReplyDeleteOh ye ke... hehe..
DeleteProduk baru kot, tak jumpa lagi ayam-nara ni ...
ReplyDeleteSaya pun kebetulan terjumpa, PH. Itu yang nak try.
DeleteTengok entry ni SA teringat yang SA pun ada 2 tin sos pasta Bolognese traditional..x masak lagi...aduhhhhhh.....konon2 nak bawak untuk bekal pi opis..sudahnya x buat apa pun..
ReplyDeleteHehe.. sila check tarikh luput sos pasta tu, SA.
Deletearitu husband bli juga ayam nara ni
ReplyDeleteHa.. senang nak masak, masuk je dalam kuali. Hehe...
DeleteLagu ni memang memainkan peranan besar dalam hidup ramai orang kan? Sure asyik memasak sambil dengar lagu. Boleh buat mini konsert sekali begitu kanπNampak kacak spagethi carbonara tuh.
ReplyDeleteBetul tu. Ye la. Takde orang nampak pun. Kita sorang je kat rumah. Belasah saja, walaupun suara bak panggil hujan gitew. Mekasih, KSarie.
DeleteSedappp π
ReplyDeleteAlhamdulillah. π
DeleteSebenarnya, carbonara yg benar itu pakai kuning telur dan keju saja ☺️. Kalau pakai cream, susu, itu namanya Alfredo. Tapi mungkin orang2 terlanjur menyebutnya carbonara jadi kebawa luas. Saya tahu dari chef Italy yg dulu teman mama mertua saya. π.
ReplyDeleteBut it's ok... Alfredo sauce begini saya suka, carbonara yg pakai kuning telur dan keju pun saya suka
Begitu. Terima kasih, atas perkongsian, Fanny. Wah, info dari chef Italy lagi.
DeleteMusykil bagaimana masak guna kuning telur dan keju. Boleh dicuba bila rajin.