Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025
Pagi sebelum subuh, saya buat roti goreng inti sardin. Saya sudah lama tak beli roti gardenia. Hari tu, teringin, jadi saya beli la. Tapi sibuk, tak sempat makan. Tarikh luput roti esoknya. Itu yang seru angin rajin nak gelek roti. Angin rajin tahap sederhana. Kalau angin rajin tahap melampau, dia jadi karipap sardin. Entah bila angin melampau tu nak datang, tak tahulah. Mungkin tahun hadapan.
![]() |
Situasi ketika menggelek roti |
Bahan-bahan yang digunakan selain kepingan roti, ada sardin yang saya campur bawang dan cili padi sikit, dan bancuhan tepung gandum sebagai gam untuk melekat sisi roti supaya tidak terbuka waktu menggoreng.
![]() |
Tadaaa... sudah syiap! |
Buatnya ambil masa. Nak makannya, sekejap saja sudah licin. Hahaha..
Bila hari sudah terang, saya keluar rumah untuk siram pokok. Kemudian, saya ke dapur, masak lauk untuk tengahari.
![]() |
Ayam goreng kunyit. |
Letak kacang panjang. Masak satu lauk je hari tu. Alhamdulillah. π
![]() |
Salad telur rebus |
Tambah salad telur rebus bersama tomato.
Sekian.
Jumpa lagi, ye. π
sedap2 menunya tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. π
DeleteCie selalu gam pakai air je roti tu π. Anak2 Cie suka roti sardin yang celup tepung lepas tu goreng. Yang tu lagi sedap.
ReplyDeleteOh, tak terbuka ye, guna air je. Ha, saya buat ni versi malas. Tak celup tepung, tapi masih rangup, goreng lama sikit bagi garing.
DeletePunyalah sibuk sampai lupa nak makan roti. Tu ada orang cadangkan agar gardenia jual roti 4 keping jer, hahah. Bila nak rajin melampau tu, teringin nak tengok karipap sardin dia.
ReplyDeleteHaha, setuju juga, kalau ada 4 keping, senang sikit nak habis. π
DeleteInsya-Allah, nanti saya seru angin rajin tahap melampau tu datang segera. Hehe..
Uncle suka telur kuning macam tu... tak dry.... Yummeh!
ReplyDeleteSama aaa... π
DeleteAda juga roti nak expired ni, kalau rajin bole buat roti sardin gak. kalau tak rajin, french toast je la hihi...
ReplyDeleteSedap juga, PH, french toast. Yummy!
DeleteHaishhhhh sedap-sedap belaka ni. Kalau tak rajin pun molek kejadian menunya. Kalau ksarie tak rajin samada ayuh grabfood atau paksa diri tidur sambil pedih perutπ
ReplyDeleteTidur sambil pedih perut tu, saya tak sanggup. π
DeleteSenang masak ayam goreng kunyit terus letak sayur. Takyah masak sayur lain π
ReplyDeleteHehe... betul!
DeleteRoti sardin home made. Kelim guna apa tu?
ReplyDeleteTekan dengan garfu je, BK.
DeleteMasak apa ja ..sendiri di dapur semuanya sedap..air tangan yang hebat untuk family..tahniah rajin masak..anak-anak suka
ReplyDeleteTerima kasih, Encik. Alhamdulillah.
DeleteSalad telur rebus tu menu diet terbaik.
ReplyDeleteKan, kak Amie, dan senang nak buat juga.
DeleteItu juga yg saya malas bikin cemilan. Buatnya lamaaaa, habisnya cepat π€£π€£. Makanya lebih suka beli terkadang π
ReplyDeleteHaha.. kadang kurang masa ya, Fanny, mahu membuat snek begini.
DeleteRajin pun ada tahap-tahap dia kan. Kalau rajin tu beria betul kita buat. Kalau masak ayam goreng kunyit, saya pun tak masak lauk lain dah. Cukuplah satu lauk tu je.
ReplyDeleteHehe.. Kan, Fizah, lengkap ayam goreng kunyit. Protein dan sayur.
DeleteKalau saya letak sambal sardin pada roti tapi tidak goreng, terus makan. Haha lagi malas cara saya.
ReplyDeleteOklah itu Nur rajin gelek roti.
Ok juga tu, NA, jadi sandwich sardin. Lain kali nak buat ni je. Lebih sihat, tak guna minyak.
Deletesapu roti tu dengan butter pastu bakar je dalam oven. nanti jadilah dia biskut
ReplyDeleteHehe.. betul juga. Biskut kering, kan.
Delete