Thursday, August 28, 2025

Jalan pagi Sabtu, nasi goreng dan luahan hati sikit

Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2025

Rasa pelik, sebab biasanya hari Sabtu kalau suami tak kerja, kami akan pergi Pasar Pagi Bota. Ni, pergi jalan di Padang Astaka pula. Tukar angin.

Data aktiviti berjalan dari aplikasi jam Garmin
Berjalan selama 1 jam 28 minit, dengan jarak 7.07 kilometer.

Cuaca sangat panas! Tapi agak berangin. Ada bau jerebu juga. Tapi ramai orang berjalan di padang. Nak kentut pun tak senang. Ada je orang di belakang. Ye la, kalau nak buang angin, haruslah toleh ke belakang dulu, check line clear ke idok. Malu la nak lepas camtu je. 🙈 Bagus aktiviti berjalan ni, sebab boleh keluar angin dari badan.

Balik dari aktiviti berjalan, saya siram pokok.

Sarapan nasi lemak bilis campur sambal paru. Beli sebungkus je, sebab portion nasi banyak. Share dengan suami.

Suami masak nasi goreng untuk makan tengahari.

Nasi goreng suami masak
Nasi goreng suami masak.

Nasi goreng ada sayur! Letak carrot dan kacang buncis! Ada cendawan dan fishcake juga. 😋

Biasa masak kosong je. Kali ni, letak sayur. Kalau anak tak mahu makan, terpulanglah. Masaklah sendiri. Kadang tu, bosan juga sebab ikut selera anak. Kali ni, ikut selera orang tua pula. Kalau tak mahu makan sayur, ketepikanlah. 

Nanti saya akan blogwalking slow-slow ye, blog kawan-kawan. Agak sibuk sikit semenjak dua menjak ni.

Nak tahu tak, si LHDN hantar surat, suruh submit dokumen tahun 2023. Jadi, saya dan suami selongkar la semua dokumen berdasarkan senarai yang dikehendaki. Ini pertama kali la LHDN suruh submit dokumen. Ada, letak dalam satu tempat, tapi kena check ikut tahun yang dia nak la. Lepas tu, dia bagi limit file yang di-upload tak boleh lebih 15 MB. So, dah kena edit-mengedit dokumen soft copy. Kerja siapa? Kerja saya la. Saya kan secretary merangkap Menteri Kewangan keluarga. Aduh... itu pun tak cukup juga dokumen. Dah cakap melalui telefon dengan pegawai yang bertanggungjawab. Dia suruh email file yang tak boleh attach di sistem. Benda yang remeh temeh tau, benda yang kita selalu tak simpan. Contoh, dokumen rawatan doktor. Kalau kome selalu check hospital kerajaan, resit RM5 tu je la, atau RM1, yang ada. Keputusan darah pun, mana doktor bagi result kat kita. Semua masuk dalam fail pesakit yang hospital simpan. Tahun 2023? Mak mentua saya pun dah meninggal la (yang untuk penjagaan dan rawatan orang tua). Tiap-tahun tahun bayaran cukai yang suami bayar, semakin meningkat. Suami kerja biasa biasa je, non executive. Kami juga penerima dermasiswa dan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Tapi jumlah cukai yang suami bayar yang paling latest nak tahu berapa? 4 ribu plus. Banyak tu!!!!!! Jumlah bagi pada kerajaan lagi banyak la, dari bantuan yang diterima. Macam menyakitkan hati la, cakap pasal ni. Sorry la, saya termengadu di sini. Kerja overtime semata-mata nak bagi pada kerajaan. Menyedihkan. 

Hah. Ok. Lega. Dah cakap.

Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. Kerja swasta nie, sebenarnya ikot gaji bulanan tak perlu bayar..tapi, disebabkan bonus, OT yang dapat.. menjadikan banyak, terus jadi golongan yang dicukai..mcm kakak Linda lah..kalau kategori Linda pula, Segala macam bantuan tak dapat,sebab bulanan dah lebih syarat..tp,cukai tak kena..sebab kerajaan kan..gaji setahun masih tak cukup min UTK dikenakan cukai .takde OT, takde bonus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. begitu. Ye la, pendapatan masing-masing tak sama.

      Delete
  2. Sesekali tukar angin, suasana berbeza. Hihi..terhibur saya dengan kentut tu. Bagus tu keluar angin, kena tengok line clear ke tak dulu baru boleh melepas. Kang tak pasal orang belakang dapat gas beracun.
    Hidup ni semakin keras. Urusan macam ni memang melecehkan. Nak itu ini. Lagilah yang dah bertahun tu kena selongkar balik. Untung juga dapat bantuan. Kalau tak dapat bantuan, kita bayar kat dia saja je lah. Lagi haruuu...Bertabahlah kita sebagai rakyat Marhaen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la. Segan juga nak kentut di khalayak ramai. Kena tengok takde orang belakang barulah boleh. Hehe..
      Sama je, Fizah. Dia bagi bantuan, dia ambil balik dalam bentuk cukai. Duit tu rolling kat situ je. Pi mai pi mai tang tu. Ye la, betul cakap Fizah. Bertabahlah kita.

      Delete
  3. Saya pun nak nangis bab cukai ni.
    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. meh la kita nangis sama-sama, kak.
      Ye la, percaya dengan rezeki dari Allah ye. Allahuakbar.

      Delete
  4. Jadi kerja pula nak kena email bagai.. sabar jerlah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi elok juga la boleh email. Kalau kena hadir ke pejabat LHDN lagi payah. Huhu..

      Delete
  5. Paling renyah dan malas nak hadap bab cukai² ni. Kadang rasa tak adil pun ye. Semoga dipermudahkan ke Nur & suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... terima kasih, PH. Saya setuju, bab tak adil tu. Banyak dia ambil. Sedih. Huhu..

      Delete
  6. banyaknya benda nk kena korek bab2 cukai ni. kadang2 ada resit yg dh terbuang jugak jenuhh
    kesian pada rakyat marhaen yg pendapatannya biasa2 je, tpi bab cukai banyak betul nk kena bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Mazni. Banyak dia ambil. Penat suami akak kerja, tapi lagi banyak OT, lagi banyak dia potong. Kalau tak, boleh buat belanja anak-anak di asrama.

      Delete
  7. Banyak kerja kena buat tu. Harap dapat selesai tanpa ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sudah selesai. BK. Dokumen dikehendaki semua sudah submit.

      Delete
  8. Semoga ada jalannya buat Nur dan husband selesaikan hal cukai tu. Memang sakit hati la kalau apa yg kita bayar lagi banyak dari apa yg kita dapat. Sy yg baca pun terkejut dan geram ni. Nanti Nur jalan banyak-banyak, kentut banyak², semoga lega kepala dok fikir pasal cukai tu.

    Nasi goreng nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sudah settle, SK. Hehe... idea yang bernas tu. Bila lepas jalan-jalan, rasa lega sikit dan lupa masalah.
      Sedap, saya rasa nasi goreng suami masak lebih sedap dari saya masak. Huhu...

      Delete
  9. akhir thn lps (2024) staff LHDN Kota Bharu pun minta sy emel dokumen2 sbg eviden penolakan cukai thn 2023 tu spt resit beli laptop, buku, penyata takaful dll. Sy letak dlm folder google drive n beri link kpd dia utk semak. Syukurlah dia x hubungi sy lagi slps bagi link tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ye, Abe Kie. Urusan selesai selepas hantar dokumen.
      Saya tak mahu share link google drive kat orang, padahal boleh je set privasi pada folder kita, kan.

      Delete
  10. Sabar sahajalah kalau berurusan dengan orang kerajaan.
    Innalillahiwainnailaihirajiun banyak kena cukai. Allah sebaik penolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Betul, percaya dengan rezeki dariNya. Banyak lagi orang lain lebih susah dari kita.

      Delete
  11. Cantik warna nasi goreng tu warna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, segala jenis sayur dalam peti ais, dicampak masuk.

      Delete
  12. Kena buat 1 folder kat drive supaya senang nak cari semula resit2. Kena scan & simpan. Banyak sangat bayar tu macam tak tolak pelepasan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resit-resit semua kertas. Malas nak scan banyak-banyak. Buat dokumen yang dalam senarai dia nak je. Dah tolak pelepasan dah. Still banyak macam tu. Itu pun kami tak pergi bercuti pun. Simpan duit untuk belanja anak-anak asrama. Ya Allah, tabahkanlah hatiku. Aminn...

      Delete
  13. SA dh pernah kena audit sebab nya SA declare rumah pertama...SA kan beli rumah, since that kena la..gigil uiii cari resit...mana yang ada je la bagi...SA pi serahkan sendiri...diorang nak dari tahun 2010..SA kena masa tu tahun 2013 rasanya..ke 2015...lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. SA pun pernah kena, ye. Sabor je la, kan.

      Delete
  14. Hahahahaha lari di saat banyak orang di belakang memang tak best lah 😄. Takut kalo tiba2 tak bisa menahan angin hahahaha.

    Kita sama kak, saya kalo masak pasti jadi tidak pedas, sebab anak sulung tak suka pedes. So, sambal jadi terpisah.

    Tapi ada masa saya tak nak masak yg ikut diaaaa saja. Akhirnya saya masak juga yg pedas sesuai selera. Tapi untuk anak sulung, saya pesankan makan saja. Sesekali 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun, akak tahan kentut 2-3 kali juga, Fanny, sebab line tak clear.
      Iya la, sekali-sekala, masak ikut selera kita la pula, kan. Biar anak belajar makan.

      Delete
  15. sebab tu ammi lebih suka bayar zakat pendapatan dan kemudian kita tolak masa pengiraan cukai sebagai rebet. rasanya kurang sikit nak mengeluh walaupun keluar banyak sebab itu memang yang dituntut.

    tang resit tu, ammi pun suka je tak simpan resit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun ada potong zakat setiap bulan dari gaji, tapi still kena income tax banyak gak, Ammi.

      Delete