Tuesday, August 26, 2025

Langit pagi

Tarikh: Jumaat, 1 Ogos 2025

Pergi morning walk di Padang Astaka, Sitiawan. Padang kering. Rumput warna coklat. Cuaca panas.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan.
Ambil gambar langit, semasa pusingan pertama.

Berjalan satu pusingan padang ini, boleh dapat lebih kurang 2 kilometer. Padang yang luas, saujana mata memandang.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan.
Langit, semasa pusingan kedua.

Semakin berkurang orang selepas pusingan kedua. Sebab bahang matahari mula terasa.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan.
Langit, semasa pusingan ketiga.

Mata pun tak boleh buka, sebab silau, masa ambil gambar. Dari matahari terbit di ufuk timur hingga matahari mula meninggi. Berjalan tu, bukan hanya dapat bersenam untuk sihat. Tapi fikiran pun jadi lebih tenang dan jelas, sebab keluar rumah, dapat tengok gelagat orang ramai bersenam, dapat tengok pokok dan langit. Tengok kejadian Allah.

Awan mendung di langit semasa berjalan di Padang Astaka, Sitiawan.
Ada awan mendung di langit.

Walaupun ada awan mendung, tapi tak hujan pun pada hari itu. Cer tengok rumput dalam gambar di atas. Takde pun yang warna hijau.

Langit mendung semasa berjalan di Padang Astaka, Sitiawan.
Langit sewaktu nak balik.

Siapa macam saya, suka ambil gambar langit? 😊

Rekod aktiviti berjalan pagi dari aplikasi Garmin Connect.
1 jam 10 minit berjalan pagi, dengan jarak 6.03 kilometer.

Saya lupa diri. Pergi slowjog. Balik rumah, sakit lutut. Tapi ok je. Susah nak mengawal diri dari slowjog. Mula-mula memang berjalan. Tapi bila badan sudah panas, automatik rasa nak pergi lebih laju. Ada kaitan ke dengan lahir pada tahun kuda? Pantang berada di padang rumput yang luas, terasa ingin berlari. Hehe.. tak la. Mana boleh percaya benda-benda macam tu. 

Berjalan dan slowjog. Aktiviti senaman paling senang nak buat. Tapi disebabkan faktor cuaca, boleh jadi malas kita dibuatnya. Kalau atas treadmill sambil tengok movie, rasa macam lama benor nak siap. Jalan di luar, tak terasa walaupun lebih 1 jam. 

Ok. Sekian cerita morning walk saya. 

Jumpa lagi, ye. 💗

32 comments:

  1. cantik view langit pagi...slow jog sakit lutut ye..maybe sbb dh biasa lari laju ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Saya memang ada masalah lutut. Bagi orang lain, mungkin tak apa-apa slowjog, lagi-lagi kalau teknik betul. Satu lagi, padang sini tak rata, mudah terpeleot, macam lari trail.

      Delete
  2. Sy suka ambil gambar langut juga macam Tot. Kadang, sy post di ig, letak background lagu jiwanya karat, heheh. Betullah, kalau berjalan di padang yg luas rasa tenang, tengok rumput, tengok langit, tengok orang. Mungkin faktor jugak tu lahir tahun kuda suka berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. layannn, kan SK. Nanti nak follow SK la, kat IG. 😁

      Delete
  3. MasyaAllah cantik matahari pagi.
    Luas padangnya, satu pusingan boleh dapat 2km.
    Berbeza dengan saya ni, langsung tak pernah rasa nak slow jog. Asik laa jalan santai 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Ujie.. 😍
      Hehe.. saya slowjog sebab langkah kecik, steps jadi banyak, jadi cepat siap dan boleh balik. 😁

      Delete
  4. Lagi seronok berjalan di luar. Tak terasa lama. Betul, tenang rasa menikmati permandangan luar dan tengok gelagat orang. Kalau panas tu tak sanggup juga nak tahan. Jangan kak Nur, brisk walk juga. Lutut nak pakai lama tu. Saya pun suka ambil gambar langit. Lagi-lagi kalau awan kepuk-kepuk jenis altocumulus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. baiklah, Fizah. Lain kali, akak slow-slow je.
      Cantik yek, ambil gambar langit ada awan. Lagi-lagi Fizah pakai iphone, gambar lebih cantik dan jelas.

      Delete
  5. Apabila awan mendung, langit pun hilang serinya.
    Saya pun suka ambil gambar langit.
    Oooo... slowjog boleh buat sakit lutut rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna teknik betul, takde masalah, kak. Cuma saya yang memang ada masalah lutut.

      Delete
  6. Wah tidak kebayang betapa silaunya
    Kamera hape saya belum mendukung
    Kalau ada rezeki mau beli hape baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, Encik, jika mampu..
      Saya punya handphone pun biasa-biasa saja.

      Delete
  7. Kalau uncle dah guna alasan 'cuaca panas' tu untuk duduk rumah... hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun agak malas, berperang dengan perasaan sendiri juga untuk morning walk bila cuaca panas, uncle.

      Delete
  8. tengok dari gambar kamera nampak malap je, tapi sebenarnya terikk
    briskwalk kat luar lagi best berbanding atas treadmill. dapat hirup udara dan dapat cahaya matahari tu yg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cahaya matahari pagi, untuk vitamin D, kan.

      Delete
  9. Suka tengok langit tapi ambil gambar tidak rajin.
    Betul sebab cuaca panas kadang-kadang tidak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama la kita. Nanti terbakor muka. Chewah..

      Delete
  10. Bestnya dapat brisk walk sambil sedut udara segar. Tengok keindahan alam.

    ReplyDelete
  11. itulah, teringin nak beli walkpad, tapi risau sia2.. hahaha...
    linda konon nak buat pagi, tapi kalut nak masak, nak bersiap pergi kerja, niat pula lepas balik kerja, nk solat, terus tukar baju...tapi, bila dapat legakan badan dengan berbaring, terus terlupakan niat nak BW tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sia-sia punya Linda. Sambil tengok movie pun boleh jalan setempat.
      Hehe.. akak rasa, waktu petang elok kot untuk Linda, sebab Linda kerja. Kalu pagi, takut kelam kabut nak pi kerja. Tak pun, hujung minggu kan boleh, ajak suami, sambil dating sekali. 😁

      Delete
    2. Suami menjak2 pencen nie...takmo Kuar eksasis kak..hahaha...dia naik tangga turun
      Tangga je...

      Delete
  12. diluar setiap tapak ada pandangan yang berbeza, kalau kat threadmill ko jalan 1000 tapak pun situ je tak kemana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Dalam rumah, boring juga kadang-kadang, takde pemandangan. Itu yang terpaksa pasang movie.

      Delete
  13. Subhanallah memang cantik langit pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... cantik kejadian Allah. Ralit tengok langit pagi-pagi.

      Delete
  14. Saya lagi masuk fase agak bosan dengan treadmill. Tapi tak bisa stop, harus tetap workout . Memang dari dulu saya lebih suka olahraga beban daripada cardio. Tp cardio walau bagaimanapun Penting untuk melatih otot jantung dan paru.

    Kalo jogging di luar, memang lebih tidak berasa, waktu macam cepat, tapi masalahnya, saya yg tak suka kluar hahahah . Harus pakai tudung, baju panjang. Gerah . Sementara di rumah saya bisa pakai workout bra dan celana pendek. Sebab habis treadmill saya lanjut dengan yoga dan beban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terus gigih ya, Fanny, bersenam untuk kesihatan.
      Iya la, bersenam di rumah, bebas pakai apa saja, tiada yang nampak, kan.

      Delete
  15. Cantik sunrise pagi di sitiawan nih kann.. hehehe

    ReplyDelete