Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025
Saya berdiri depan kaunter pesanan. Tak tahu nak order apa.
Adik Momoyo tu tanya, "Akak nak aiskrim ke, air?"
"Aiskrim."
Dia bagitahu ada sundae oreo.
Saya tambah lagi satu sundae, perisa peach.
![]() |
Tunggu order siap, sambil tengok keliling dalam kedai. |
Nak kata lama, tak juga. Agak baru juga Momoyo ini dibuka di Manjung.
Dari mana asalnya Momoyo ni?
Momoyo asal dari Indonesia. Ditubuhkan tahun 2022, dan specialize dalam teh. Di Indonesia saja, sudah ada 300 buah kedai Momoyo.
Bulan Oktober 2023, Momoyo pertama dibuka di Filipina.
Bulan Disember 2023, Momoyo pertama dibuka di Malaysia.
Saya buat carian google sikit. 😊
![]() |
Pukul 10 pagi, tiada pelanggan, kecuali saya. |
Di Momoyo, menu yang ada termasuklah pelbagai jenis aiskrim seperti sundae dan cone.
Teh pula, pelbagai perasa buah segar. Jumbo fruit tea pun ada. Dalam teh gelas besar, ada potongan buah segar.
Minuman kopi juga ada, tapi tidaklah banyak.
Pada hari itu, saya beli Oreo dan Peach Jelly Aiskrim Sundae.
![]() |
Total bayaran, RM10 |
Satu sundae cup harga RM5.
Kalau beli cone, RM2 satu.
Suasana dalam kedai, ceria. Waktu serahkan pesanan saya, adik Momoyo tu cakap,"Makan aiskrim Momoyo dengan gembira ya, kak", sambil tersenyum lebar.
Hehe.. baiklah.
![]() |
Siap! |
Comei je. Bawa balik, makan di rumah.
![]() |
Kenapa comei sangat packaging Momoyo ni? |
Saya makan share dengan suami perasa peach jelly. Sedap! 😋 Ada potongan jelly perasa peach dalam sundae.
Yang oreo, simpan dalam peti ais, bagi kat Sulaiman.
Alhamdulillah. Saja je, cuba beli, nak merasa.
Jumpa lagi, ye. 💗
Ahkak yang membaca pun terus rasa gembira melihat aiskrim comel. hehehe
ReplyDeleteItu la, ceria warna bekas aiskrimnya. Apatah lagi sambil makan, sambil tersenyum, kak. Hehe..
DeleteMurah juga harganya. Ingat berbelas-belas harga.
ReplyDeleteHa ah, berpatutan, kan. Sedap aiskrimnya.
DeleteNi la yang SA makan hari tu ngan Dania...Dania amik sundae, SA amik yang eskrem dengan cone..portion besar tak macam eskrem jenama M tu...eh..nanti pi ST Rosyam SA nak beli lagi la eskrem
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, SA. Syedap, kannn... 😋
DeleteOK..Ada 1 dekat dalam AEON AU2..Nnt bleh gi try =)
ReplyDeleteTry try, jangan tak try. 😁
DeleteSelain kanak2, kita pun kena rasa benda2 macam ni...comel...
ReplyDeleteBetul Sueann. Happy bila makan.
Deleteoh indonesia punya ke. saya ingat china
ReplyDeleteharga pun macam mixue dengan ai-cha je
Akak pun baru tahu, Mazni, dari Indonesia.
DeleteOh, ye ke.. akak tak tahu, sebab tak pernah beli Mixue. Ha ah, lebih kurang macam Ai-Cha, harganya.
Aik? Tak pernah jumpa pulak momoyo....
ReplyDeleteAda, uncle. Dah banyak buka branch serata Malaysia.
DeleteSinggah Momoyo hari tu. Tapi tak sempat beli apa-apa. 😅
ReplyDeleteOh, lain kali boleh try, ye.
Deleteala2 mixue nmpknya
ReplyDeleteOh ye ke.. tak tahu, sebab tak pernah masuk mixue.
DeleteSaya tak pernah coba malah 😅... Soalnya saya pikir akan sama seperti mixue, yg susu nya kuat sangat. Saya tak suka kalo susu strong terasa.
ReplyDeleteTapi kalo momoyo tak kuat susu nya, boleh lah nanti saya coba
Ini rasanya, macam sundae McD, Fanny. Lebih kurang. Boleh try nanti.
DeleteComel je pesanan dia ek. Ada buah sebenar tu yang best. Saya ingatkan momoyo ni dari Vietnam, Philipine atau Thailand. Rupanya dari Indonesia. Ada minuman juga, ingatkan aiskrim je. Okaylah kan untuk mencuba tu. Sekarang pun rasa dah banyak cawangannya.
ReplyDeleteOk, Fizah. Teh dengan potongan buah sebenar tu, lain kali boleh cuba.
DeleteFirst time tau pasal Momoyo ni. Adakah sama spesies dengan Mixue? Macam sedap nampak sundae peach tu. Nanti KSarie nak siasat di mana Momoyo terdekat.
ReplyDeleteLebih kurang kot, KSarie, mengikut komen Mamatisya di atas. Sedap, sambil makan aiskrim sambil mengunyah peach jelly.
Delete