Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025
Jarang sekali pergi jalan di padang waktu petang. Biasanya, pergi waktu pagi. Pada hari itu, kami pergi lepas Asar. Jalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
Suami pakai kasut baru |
Fuiyo... ALX ni, merchandise dari Al-Ikhsan Sports. Ofis suami tempah kasut sukan untuk semua staff. Wow... beruntung betul kerja dengan majikan yang ambil berat akan perihal kesihatan kakitangannya. Bahagian tapak kasut nampak tebal. Nampak selesa. Tanya suami, ok tak, pakai kasut baru buat jalan. Dia kata, ok sangat.
Ramai juga orang riadah waktu petang. Bagus betul dia orang ni.
![]() |
Sempat berjalan 55 minit pada petang itu, dengan jarak 4.59 km. |
Langit mendung. Tak berapa panas. Rumput di padang pula, macam baru dipotong. Jalan petang, ada angin petang bertiup. Jadi, rasa nyaman dan selesa berjalan.
Bila saya sudah cuba buat beberapa jenis senaman ni, pada pendapat saya, senaman berjalan ni la yang paling senang. Pakai kasut sukan, dan boleh terus pergi. Cuma kita nak atau tak nak je.
Antara jalan petang atau jalan pagi, saya lebih suka keluar berjalan waktu pagi. Sebab dah biasa kot. Tapi saya selalu dalam dilema pagi-pagi, sama ada nak berkebun atau pergi berjalan. Biasanya kalau saya seorang dan suami pula bekerja, saya berkebun saja di rumah. Malas bebenor nak drive pergi ke padang.
Selamat bercuti kepada semua pembaca sekalian. Semoga dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak. Stay safe bila driving.
Jumpa lagi, ye. 💗
Berkebun pun banyak Kuar peluh kak Nur .mak Linda pun berkebun je kalau pagi² tu.
ReplyDeleteBetul, betul. Kan, selalu tengok orang-orang tua berkebun, sihat-sihat belaka. Semoga mak Linda sihat-sihat sokmo.
DeleteSaya selalu berangan pencen nanti nak berkebun. Bangun pagi boleh merumput, keluarkan peluh
ReplyDeleteSemoga impian kak Amie tercapai nanti, bila dah pencen. Aminn...
DeleteSyok la mendung dan tak panas... Yg tak sanggup tu panas dsampai peluh berjeruk!
ReplyDeleteKalau panas, kita jalan dalam shopping mall je la, uncle. Hehe..
DeleteWahhh.. untungnya dapat majikan yg baik dan prihatin. Bukan murah jugak tu kan harga kasutnya. Cantik pun cantik. Baiklah, lepas ni sy akan rajin dan mungkin paksa diri untuk berjalan. Hishhh.. kenapa malas betul sy ni ek.
ReplyDeleteTak pasti, SK, harga kasut. Ofis suami bagi, pakai je la.
DeleteSK kan ada jalan tu, kat pasar pagi, jalan-jalan tengok barang. Hehe...
Pagi udara fresh sikit bagi Cie la.
ReplyDeleteKalau petang tu macam panas sikit.
Betul, walau pun mendung, ada rasa bahang skit waktu petang.
DeleteSy pun suka keluar berjalan waktu pagi, petang panas.
ReplyDeleteBaguslah ofis suami Nur, mmg support healthy lifestyle
Kan, PH. Itu la. Pertama kali dapat kasut sukan dari ofisnya. Alhamdulillah.
Deletesaya punya sepatu running tapi enggak pernah dibuat running
ReplyDeleteentah masalah saya itu kemalasan yang susah untuk dikalahkan
Haha, kena tunggu seru itu datang, Mas. Sepatu running kalau tidak dipakai lama, boleh rosak. Boleh pakai keluar ke mana-mana, sepatunya.
DeleteNtah kenapa walau dah niat nak briskwalk di luar , selaluuuuu saja seringnya tak jadi kalau saya kak 😅😅. Niat saja ... Ini salah satu alasan kenapa saya beli treadmill. Sebab tahu saya tak terlalu suka jalan sendiri kluar. Mesti ada temannya.
ReplyDeleteTapi ajak suami tak bisa, sebab dia tak suka briskwalk. Olahraga dia lain...
Jadi paling betul buat saya memang treadmill. Tak ada alasan nak malas2an ðŸ¤
Haha.. sama kita. Kalau sendiri, sukar untuk keluar jalan, especially waktu petang.
DeleteAktiviti sihat, matapkan tisu kaki..saya sini hari2 jalan..ke sana sini..lastly penat ..Reban ayan jauh sebab itu nak jalan.
ReplyDeleteBagus juga lokasinya jauh, jadi boleh sambil bersenam bila berjalan ya, cikgu.
DeleteJalan waktu pagi, udara masih fresh. Cuaca pun best.
ReplyDeleteKasut baru husband tu mcm warna hatsune miku yg watak anime pulak. Bagusnya company tu bagi kat semua staff
Mungkin inspirasi dari itu kot. Akak tak tahu, watak anime tu. Alhamdulillah.
Deletewah bagusnya majikan prihatin bab kesihatan .
ReplyDeleteaktiviti sihat, jalan pagi best..kadang kalau petang panas sangat
Betul, Lydia, petang memang panas banding pagi.
DeleteLapangnya kawasan. Mesti best dapat jalan-jalan situ.
ReplyDeleteHa ah. Satu loop padang ni, boleh dapat 2.2 km. Jadi, jalan satu loop padang je pun dah cukup dah.
DeleteSesekali tukar angin petang pulak kan Kak Nur. Untunglah dapat kasut baru. Lagi bersemangat tu. Saya pun lebih suka waktu pagi lagi. Udara segar dan lebih sihat lagi.
ReplyDeleteKan, sama kita.
DeleteBetul kalau sorang2 memang tak syok nak ber-brisk walk.
ReplyDeletebagusnya..dpt kasut lagi.. tu yg buat tambah semangat tu
ReplyDeletePagi masih sejuk dan boleh lama jalan. Saya pula risau keselamatan waktu pagi sebab pernah terserempak babi hutan. Petang dapat buat sekejap.
ReplyDeleteBerjalan waktu pagi biasanya suasana lebih fresh dan tidak ramai orang. Kalau petang agak ramai orang bersenam sama. Untuk KBida yang memang lone ranger ni sudahnya tak keluar bersenam. Bertuah betul 😅
ReplyDeleteSA ok je mana- mana boleh cuma jangan ajak SA jalan malam untuk riadah, risau kalau penat sangat nanti SA x leh tido.....hahahaha...
ReplyDelete