Sunday, September 14, 2025

Jalan petang

 Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025

Jarang sekali pergi jalan di padang waktu petang. Biasanya, pergi waktu pagi. Pada hari itu, kami pergi lepas Asar. Jalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan.

Kasut baru briskwalk
Suami pakai kasut baru

Fuiyo... ALX ni, merchandise dari Al-Ikhsan Sports. Ofis suami tempah kasut sukan untuk semua staff. Wow... beruntung betul kerja dengan majikan yang ambil berat akan perihal kesihatan kakitangannya. Bahagian tapak kasut nampak tebal. Nampak selesa. Tanya suami, ok tak, pakai kasut baru buat jalan. Dia kata, ok sangat. 

Ramai juga orang riadah waktu petang. Bagus betul dia orang ni.

Berjalan selama 55 minit di waktu petang di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Sempat berjalan 55 minit pada petang itu, dengan jarak 4.59 km.

Langit mendung. Tak berapa panas. Rumput di padang pula, macam baru dipotong. Jalan petang, ada angin petang bertiup. Jadi, rasa nyaman dan selesa berjalan.

Bila saya sudah cuba buat beberapa jenis senaman ni, pada pendapat saya, senaman berjalan ni la yang paling senang. Pakai kasut sukan, dan boleh terus pergi. Cuma kita nak atau tak nak je.

Antara jalan petang atau jalan pagi, saya lebih suka keluar berjalan waktu pagi. Sebab dah biasa kot. Tapi saya selalu dalam dilema pagi-pagi, sama ada nak berkebun atau pergi berjalan. Biasanya kalau saya seorang dan suami pula bekerja, saya berkebun saja di rumah. Malas bebenor nak drive pergi ke padang. 

Selamat bercuti kepada semua pembaca sekalian. Semoga dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak. Stay safe bila driving.

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Berkebun pun banyak Kuar peluh kak Nur .mak Linda pun berkebun je kalau pagi² tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Kan, selalu tengok orang-orang tua berkebun, sihat-sihat belaka. Semoga mak Linda sihat-sihat sokmo.

      Delete
  2. Saya selalu berangan pencen nanti nak berkebun. Bangun pagi boleh merumput, keluarkan peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga impian kak Amie tercapai nanti, bila dah pencen. Aminn...

      Delete
  3. Syok la mendung dan tak panas... Yg tak sanggup tu panas dsampai peluh berjeruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau panas, kita jalan dalam shopping mall je la, uncle. Hehe..

      Delete
  4. Wahhh.. untungnya dapat majikan yg baik dan prihatin. Bukan murah jugak tu kan harga kasutnya. Cantik pun cantik. Baiklah, lepas ni sy akan rajin dan mungkin paksa diri untuk berjalan. Hishhh.. kenapa malas betul sy ni ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, SK, harga kasut. Ofis suami bagi, pakai je la.
      SK kan ada jalan tu, kat pasar pagi, jalan-jalan tengok barang. Hehe...

      Delete
  5. Pagi udara fresh sikit bagi Cie la.
    Kalau petang tu macam panas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, walau pun mendung, ada rasa bahang skit waktu petang.

      Delete
  6. Sy pun suka keluar berjalan waktu pagi, petang panas.
    Baguslah ofis suami Nur, mmg support healthy lifestyle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, PH. Itu la. Pertama kali dapat kasut sukan dari ofisnya. Alhamdulillah.

      Delete
  7. saya punya sepatu running tapi enggak pernah dibuat running
    entah masalah saya itu kemalasan yang susah untuk dikalahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kena tunggu seru itu datang, Mas. Sepatu running kalau tidak dipakai lama, boleh rosak. Boleh pakai keluar ke mana-mana, sepatunya.

      Delete
  8. Ntah kenapa walau dah niat nak briskwalk di luar , selaluuuuu saja seringnya tak jadi kalau saya kak 😅😅. Niat saja ... Ini salah satu alasan kenapa saya beli treadmill. Sebab tahu saya tak terlalu suka jalan sendiri kluar. Mesti ada temannya.

    Tapi ajak suami tak bisa, sebab dia tak suka briskwalk. Olahraga dia lain...

    Jadi paling betul buat saya memang treadmill. Tak ada alasan nak malas2an 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sama kita. Kalau sendiri, sukar untuk keluar jalan, especially waktu petang.

      Delete
  9. Aktiviti sihat, matapkan tisu kaki..saya sini hari2 jalan..ke sana sini..lastly penat ..Reban ayan jauh sebab itu nak jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga lokasinya jauh, jadi boleh sambil bersenam bila berjalan ya, cikgu.

      Delete
  10. Jalan waktu pagi, udara masih fresh. Cuaca pun best.

    Kasut baru husband tu mcm warna hatsune miku yg watak anime pulak. Bagusnya company tu bagi kat semua staff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin inspirasi dari itu kot. Akak tak tahu, watak anime tu. Alhamdulillah.

      Delete
  11. wah bagusnya majikan prihatin bab kesihatan .

    aktiviti sihat, jalan pagi best..kadang kalau petang panas sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Lydia, petang memang panas banding pagi.

      Delete
  12. Lapangnya kawasan. Mesti best dapat jalan-jalan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Satu loop padang ni, boleh dapat 2.2 km. Jadi, jalan satu loop padang je pun dah cukup dah.

      Delete
  13. Sesekali tukar angin petang pulak kan Kak Nur. Untunglah dapat kasut baru. Lagi bersemangat tu. Saya pun lebih suka waktu pagi lagi. Udara segar dan lebih sihat lagi.

    ReplyDelete
  14. Betul kalau sorang2 memang tak syok nak ber-brisk walk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kalau sorang-sorang, memang brisk walk dalam rumah je la, guna walking pad.

      Delete
  15. bagusnya..dpt kasut lagi.. tu yg buat tambah semangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, MA, Alhamdulillah. Kasut lama suami pun dah koyak. Ok sesangat.

      Delete
  16. Pagi masih sejuk dan boleh lama jalan. Saya pula risau keselamatan waktu pagi sebab pernah terserempak babi hutan. Petang dapat buat sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ai, bahaya tu NA, ada babi hutan. Kena jalan bawa kayu la, camtu.

      Delete
  17. Berjalan waktu pagi biasanya suasana lebih fresh dan tidak ramai orang. Kalau petang agak ramai orang bersenam sama. Untuk KBida yang memang lone ranger ni sudahnya tak keluar bersenam. Bertuah betul 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itu la, kadang lebih selesa bersenam di rumah je, sebab petang ramai orang.

      Delete
  18. SA ok je mana- mana boleh cuma jangan ajak SA jalan malam untuk riadah, risau kalau penat sangat nanti SA x leh tido.....hahahaha...

    ReplyDelete