Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025
Budak Amirul (anak sulung) ada di rumah. Dia tengah cuti akhir semester. Bila dia ada, kami suami isteri tak boleh dating. Sebab dia selalu nak ikut, especially pergi mengopi. π Anak bertuah.
Mengopi di tempat mengopi kegemaran kami, iaitu 989 Kopi, pekan Lumut, Perak. Nak kata pagi tu, tak adalah pagi sangat. Mengopi lepas makan sarapan di rumah. Cuaca baik, tidak panas.
![]() |
Tiga cawan kopi, dan tiga pencuci mulut. |
Amirul order chocolate chips cookie. Mama order brownies dan red velvet soft cookie. Tak tau ada apa atas soft cookie tu. Marshmallow kot. Kongsi-kongsi makan seorang sedikit. Sekadar nak merasa.
Saya dan suami seperti biasa americano tanpa gula. Suami versi kopi ais, dan saya kopi panas. Amirul minum vanilla latte ais.
Alhamdulillah. Anak sulung balik, maka pok pek pok pek, mulut dok bercerita perihal anak dan yang berkaitan pelajarannya.
![]() |
Red velvet soft cookie, bahagi separuh. |
Ok rasanya. Tak adalah manis sangat. Secukup rasa. Pertama kali mencuba. Sekali-sekala.
Eh, saya tak cerita pun di blog, yang saya ada cuba berhenti minum kopi. Ada, tau. Saya dapat bertahan 9 hari tanpa kopi. Rekod paling lama lah, saya pernah buat, lebih seminggu. Lepas tu, saya dilanda kemurungan. Hahaha... memang saya akui, bagus bila berhenti minum kopi ni. Kulit kering di muka dan tapak kaki, semua hilang. Badan kita cukup air kan, berbanding jika minum kopi, kita selalu buang air kecil jadi banyak hilang air. Tapi peduli la semua itu! Biarlah muka ku kering pun, asalkan saya bersama kopi yang amat ku cintai! ☕π Jangan ikut perangai saya, ya. Tapi limit la, satu hari, satu cawan saja, sudah cukup. Alhamdulillah...
Budak Amirul ni pun, dah tak rupa budak dah. Saya perati je anak sulung saya ni. Muka pun dah bertukar macam orang dewasa. Dah bermisai, dah berjanggut. Masya-Allah, kenapalah anak ku ini membesar dengan begitu cepat..
![]() |
Hafizan dan Amirul masa kecil. |
![]() |
Anak mama dah besar. |
Seronok bila anak-anak sedang cuti, dan ada di rumah. Dapat cipta kenangan bersama. Walaupun tak pergi bercuti jauh-jauh, pergi mengopi sama-sama pun, dah cukup nikmat. Ada minggu Hafizan balik, contohnya masa long weekend merdeka hari tu, kami pergi menonton wayang satu famili. Alhamdulillah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. π
Anak jeles ler tu mak n pak asyik dating berdua je. hehehe
ReplyDeleteKann... hahaha...
DeleteLinda yang anak sulung baru tingkatan 1 pun dah terasa besar..sedih sorang², sebab memang dari dia 10bulan Linda dah kerja..macam berhutang banyak dengan dia...ππ
ReplyDeleteTakpe la, Linda. Itu la pengorbanan ibubapa, cari rejeki untuk anak-anak juga, nanti deme besor, sambung belajar lebih tinggi, lagi pakai duit banyak.
Deletekopi ni dah macam ketagihan jugak kan. kalau dah suka tu susah nak berenti xD 9 hari tu rekod yg agak lama, takpelah tak boleh stop pun. lebih baik minum je dari bermuram durja, ahakz
ReplyDeleteHehe... hari tu akak tak tahan, minum juga, Mazni. Kali ni, misi berhenti kopi masih berjalan, sudah 2 hari. Harap dapat bertahan. ππͺ
DeleteDulu saya hantu kopi tapi bila dapat migrain terpaksalah tinggaljan kopi. Sekali-sekala layan juga tapi lepas tu minum air kosong banyak-banyak.
ReplyDeleteSekali-sekala, takpe la, kan, kak.
DeleteMak mana yang tak seronok bila anaknya balik kan. Meriah rumah ada geng boleh kopi-kopi sesama. Saya pun rasa macam kejap je anak kak Nur membesar, rasa macam baru je cerita masuk U. Tahu-tahu dah akhir semester ye.
ReplyDeleteBest makan soft cookies tak manis, boleh makan habis tanpa rasa bersalah. Kalau manis tu nak habiskan pun payah. Kadang manis tu boleh buat sakit gigi.
Saya pernah cuba stop kopi bertahan 3 hari je kalau tak silap. Tak boleh tahan. hihi..Sekarang pun ada stok kopi minum pun sikit-sikit tak habis terus secawan tu. Janji dapat rasa-rasa kopi gitu.
Kalau minum kopi pun lepas tu minum air masak banyak-banyak. Kalau dah minum kopi dan minum air masak banyak rajin jugalah ke toilet pastu cover balik minum. Begitulah. hihi...
DeleteTapi dia belum habis belajar, Fizah. Ada lagi 3 sem. Lama bebenor.
DeleteHehe... baguslah Fizah, minum banyak air masak selepas mengopi. Akak jenis malas minum air masak, sebab malas pi toilet banyak kali. Itu yang dehidrated tu.
Anak dara SA dah 21 tahun dh 25hb ni nanti. Sekejap aje dah besar...tp best la sebab SA ada geng shopping, geng gossipping
ReplyDeleteBagus la, SA, Alhamdulillah, untung ada anak dara seorang, boleh buat geng.
DeleteBagus anak bujang awak masih nak ikut mak pak keluar. Senanglah nak borak-borak.
ReplyDeleteSaya pulak hampir setiap hari minum green tea Ahmad Tea tanpa gula, memang jadi kerap buang air jugak. Tapi takpelah kot, lebih elok berbanding saya minum minuman manis.
Dia seorang yang suka ikut. Lagi dua orang, tak pernah nak ikut.
DeleteSaya pun dah ikut Ujie, minum Ahmad green tea kosong. π
Bagus dah tu ada usaha berhenti. Dulu saya addicted betul dengan NescafΓ© susu. Tak senang duduk kalau tak minum sehari. Tapi bila kolestrol naik mencanak, terus insaf. Sekarang sekadar minum kopi O tanpa gula hari-hari. π
ReplyDeleteOrait tu, minum kopi kosong. Semoga bacaan kolesterol BK semakin ok ya.
DeleteHuyyooo...Nona not coffee addicted..Tapi minum je bila ada masa teringin..huhu..Moga kita sihat selaluu yeee
ReplyDeleteBagus la, not addicted to coffee. Aminn...
Deletejarang ank laki nk follow mak ayah keluar...cookies tu jenis chewy mmg best..kalo pencinta kopi nk stop sure kemurungan tu..tkpe slow2 kurangkn
ReplyDeleteInsya-Allah, saya cuba.
Deleteuntongnya dia mahu berkepit keluar sama ππ§‘ ...kalau anak-anak mieja semua malas nk ngekor
ReplyDeleteHehe.. entah, yang sulung ni sebab duduk jauh kot, jarang jumpa, itu yang bila balik rumah je, suka mengekor.
Deletedah besar anak bujang mama itu., hehe
ReplyDeleteHa ah, Wak.
DeleteX leh mak and ayah nak p dating...hari lain boleh lagi...9 hari lama jugak..mana boleh berhenti terus..x per slow2...
ReplyDeleteYe, Sueann, slow-slow, cuba.
Deletesekali pandang rupa macam Naqiu pulak anak sulung Nur ni.
ReplyDeletetp memang anak sulung lebih clingy agaknya eh jika dibanding dengan yg lain..kalau kat rumah ni pun sama. Ingatkan sebab dia pompuan...rupanya yg disana pun sama.
Eh, ye ke... Hehe..
DeleteHa ah. Sebenarnya, anak sulung lebih manja dari anak bongsu. Si bongsu lebih berdikari.
Bagus juga kalau anak masih mau ikut orangtuanya kemana2 kak. Banyak yg tak nak soalnya
ReplyDeleteMasalah kopi, saya pernah tak minum 5 hari kalo tak salah, lalu memang tak tahan π. Apalagi di rumah saya banyak jenis biji kopi . Jadi susahlah nak berhenti total. Lihat saja, dah teringin. Cuma dari dulu saya selaku minum 1 gelas saja. Tak nak lebih . Dan air putih selalu banyak. Jadi ya sudahlah, tetep minum saja π€
Hehe... besar ujian berhenti kopi Fanny ya, sebab banyak jenis biji kopi di rumah. Asalkan happy, ok je.
Deletekalau tak mampu tinggalkan kopi...usahakan untuk kurangkan pengambilan saja....jangan susah-susahkan diri
ReplyDeleteBaik, Encik Hanafi.
DeleteMA paling lama pernah cuba stop kopi...seminggu kot, memang mood swing giler2 la..tambah sakit kepala lagi...lepas tu, memang x try dah... MA minum kopi memang no sugar..plus memang minum air putih extra2 la sama
ReplyDeletebetul...hero MA pun dah 20 tahun next year, dia pun ckp..no more belas2 dah...
Lama juga tu, MA, seminggu. Ha ah, sakit kepala tu, bila stop caffein, kan.
DeleteWah, sekejap je anak-anak membesar. Dah 20 tahun next year ye, Lan.
Haha sayapun suka ikut Mak dan Abah keluar minum tapi kitorang makan gerai biasa-biasa tepi jalan.
ReplyDeleteTakpelah, ada orang boleh berhenti minum kopi ada tidak. Saya minum kopi sihat itu 2 kali seminggu.
Rezeki anak-anaknya masih hendak ikut pergi ke mana-mana meneman emak ayahnya. Boleh ke kita makan dan minum je apa kita nak kan sebab memang akan kesedihan kalau terpaksa berpisah dengan makanan/minuman yang menjadi ala-ala our comfort food
ReplyDelete