Assalamualaikum, semua.. harap pembaca sekalian sihat-sihat belaka hari ini.
Entri hari ni, saya nak kongsikan tentang aktiviti briskwalk pada pagi Jumaat, 17 Oktober 2025 yang lepas. Semalam, cerita berjalan petang. Kali ini, waktu pagi pula.
Saya dan suami pergi jalan di Padang Astaka, Sitiawan, lagi, macam hari sebelumnya, selepas anak bongsu, Sulaiman, pergi sekolah. Sulaiman pergi sekolah naik motor. Dia sudah ada lesen masa Tingkatan 4. Senang sikit dengan budak Sulaiman ni, sebab dia berdikari. Walaupun ada hari hujan, saya offer nak menghantar ke sekolah naik kereta, Sulaiman tetap naik motor, pakai baju hujan. Jarak ke sekolah tak jauh pun, lebih kurang 1 kilometer saja. Itu la, lain anak, lain perangai.
Berbalik kepada cerita briskwalk.
![]()  | 
| Gambar 7.26 pagi | 
![]()  | 
| Rumah tinggal tepi padang. | 
![]()  | 
| 1 jam 20 minit briskwalk, jarak 6.37 km. | 
![]()  | 
| Astaka, Sitiawan. | 




Apt yang paling tinggi tu, dulu² Linda duduk situ..masa kerja dekat Manjung..bila angin kuat, bunyi macam bunyi bas
ReplyDeleteKalau betul lah..hahaha..yang hala teluk batik tu ke kak?
DeleteNi apartment yang depan Aeon tu, Linda. Apartment yang Linda duduk tu, yang on the way ke pekan Lumut tu ke? Ke, yang atas Bukit Maju tu?
DeleteOoo..dekat traffic light tu eh kak?.. haaaa..Linda duduk kat bukit Maju tu..tak igt nama tempat kak..hihihi
DeleteHa ah, dalam gambar tu, apartment tinggi paling baru la. Yang Linda duduk di Bukit Maju tu, apartment lama. Linda cakap, bila angin kuat, bunyi macam bunyi bas ya. Ada orang pernah cakap kat akak, duduk tingkat atas, boleh rasa bergoyang je. Seram, kita mendengornya.
DeleteOrang kata, anak ketiga ni sama ada dua aje, lebih matang dari anak sebelumnya atau lebih manja. Bestnya dapat brisk walk selalu.
ReplyDeleteBetul, setuju apa SK cakap.
DeleteAlhamdulillah. Time ada masa, boleh la pergi. Kalau ada urusan, tak sempat juga, SK.
kak nur nampak kurus cantik la..
ReplyDeleteAla Afzan ni. Afzan dah makan? 😊
DeleteEhhh...sama pulak entri kita! Riadah pagi pada 17hb lalu.
ReplyDeleteYa, kena rajinkan diri demi kesihatan sendiri.
Waiya, sehati sejiwa kita, Ujie.
DeleteYeh... mari kita, jom. 💪
cantik2 gambar nya... tenang je rasa kan
ReplyDeleteBetul, Alhamdulillah. Terima kasih, Yuslina.
DeleteHampir tak perasan Nur berdiri dekat tulisan tu hihi... Sy pun kadang malas nak keluar brisk walk, tapi bila keluar dan berpeluh tu rasanya puashati sangat.
ReplyDeleteAlamak, kita blend in dengan persekitaran. Hik hik!
DeleteBetul, betul! The after effect tu, memang rasa puas hati lawan rasa malas tu, kan.
Lama tak ke Lumut. Last masa ke Pangkor dulu je. Lama tak pergi rumah kakak Cie kat Manjung Point belakang AEON.
ReplyDeleteNanti cuti-cuti bolehlah datang, Cie. Manjung Point tu, banyak kedai makan dan kopi.
DeleteWow..Good job dpt 10k steps
ReplyDeleteMekasih, Nieza. Alhamdulillah.
DeleteSelalu nak contohi Nur, rajin keluarkan peluh. Tapi tak jadi juga. Ada jew alasan.
ReplyDeleteHujung minggu boleh jalan-jalan, kak Amie, ajak Firdaus kalau free. 😊
DeleteCantik sekali awan tu..jauh berjalan luas pandangan banyak pengetahuan..
ReplyDeleteCantik kan, Cikgu.
DeleteMudah-mudahan ya, Cikgu. Aminn...
Rumah tinggal tu ... takde geng seekers ke buat shooting situ?
ReplyDeleteDulu ada geng seekers datang, BK, tapi bukan tengok rumah tepi padang tu, tapi ada satu rumah on the way to pekan Lumut. Very the scarry, ok. Huhu...
DeleteRumah tinggal tu, jangan lah brisk walk waktu petang nak Maghrib..
ReplyDeleteOh, itu sudah tentu. Serammm...
DeleteTak jauh memang kalau 1 km only yaaa... Anak lelaki kadang memang lebih mandiri kak.
ReplyDeleteSetuju, rutin olahraga sekarang, kita nikmati hasilnya saat tua. Saya pun rutin angkat beban sebab tak nak menyusahkan orang lain nanti. Supaya kaki tetap kuat, tetap bisa jalan jauh.
Ya, Fanny, tak jauh pun rumah dengan sekolah.
DeleteSemoga konsisten ya Fanny, angkat bebannya. 💪
Adik saya yang bongsu berdikari juga. Agaknya tidak mahu digelar anak manja.
ReplyDeleteYe la agaknya yek, NA.
Delete