🌸 Tarikh: Isnin, 1 September 2025 🌸
Assalamualaikum semua... harap hari anda semua ceria-ceria selalu, seperti bunga-bunga dalam entri kali ini. Walaupun ada sesetengah tempat hujan.
![]()  | 
| Gambar diambil pada 28 Ogos 2025 | 
Bunga mawar atau rose. Warnanya orange atau pic. Saya google, warna ini melambangkan semangat dan tenaga. Wah... 💪 Pokok ini sejenis bunga mawar taman (Garden rose). Kelopak bunga tersusun rapat dalam bentuk berlapis, ciri-ciri khas bunga mawar. Saiz bunganya agak besar sikit, dari bunga ros kampung.
![]()  | 
| Bunga yang sama, mengembang lagi, selepas 4 hari. | 
![]()  | 
| Bunga ros jepun | 
Juga dikenali sebagai bunga pukul sepuluh, kerana ia biasanya mekar pada waktu pagi. Pokok bunga ini, tahan lasak juga dan mudah ditanam. Sesuai untuk landskap atau ditanam dalam pasu.
![]()  | 
| Pokok ini, saya gantung dekat dahan pokok sakura malaysia. | 
Saya nak kena pergi kedai Eco, beli lagi pasu gantung macam di atas. Sebab ada beberapa pokok ros jepun ni, saya tanam dalam pasu je atas tanah, sudah terkeluar-keluar, panjang-panjang sudah. Oh, hari tu, pergi nursery di Seri Manjung, orang tu cakap, mulai Oktober, harga tanah naik. Ayoyo...
Semoga dipermudahkan urusan anda semua hari ini. Dengarnya, ada influenza outbreak. Jaga diri buat anak-anak sekolah dan jangan lupa facemask.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗




Waalaikummussalam Nur... garden rose cantik kembangnya
ReplyDeleteCantik, kan... Alhamdulillah, seronok tengok. 🥰
Deletegambar kedua tu cantik. macam ada shades of oren dgn pink
ReplyDeleteHa ah, Mazni. Warna dia berubah, mula dari baru jadi putik bunga, sampai kembang. Kalau tengok sebelum dia layu, dia tukar jadi putih, umpama warna dia luntur.
DeleteCantiknya bunga...Lurve =D
ReplyDeleteKannn.. cantik kejadian Allah. 🥰
DeleteCantik halaman rumah Tot diserikan lagi dengan bunga ros yang mekar berkembang. Yang pic tu bawah dia macam kemerahan ek.
ReplyDeleteMekasih, SK. Ha ah, kelopak dia bertukar warna bila kembang penuh dan nak layu. Mula-mula kembang orange, pastu ada tone pink, pastu ada merah sikit di bawah.
DeleteBunga ros jepun tu kalau berkembang pukul 10 memang cantik. Kita orang gantung kat pagar je. Sebab senang kena matahari lagi dia berkembang
ReplyDeleteWah, mesti cantik pagar kak Notie, ada bunga ros jepun kembang.
DeleteLawa pokok mawar tu. Segar-bugar tengok daunnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sihat pokok, kena rajin siram air basuhan beras, BK.
DeleteCantik semua bunga pokoknya. Nak try jugak gantung tapi area ni, angin kuat tak boleh bawak bincang. Takut melayang dengan pasu nya.
ReplyDeleteTerima kasih, Mulan. Wah, ye ke.. best juga angin kuat. Rumah saya jarang sekali angin kuat. Kalau jatuh pun, besar kemungkinan cik nyet yang buat.
DeleteAnak Linda MMG pakai facemask..kikiki.tp NIE,demam juga..Allah nk uji
ReplyDeleteYe la, kan. Kita dah ambil langkah jaga-jaga pun, terkena juga. Ujian.
DeleteWarna bunga Ros ini memang beda makna semuanya. Saya sukaaaa lihat aneka warnanya. Apalagi yg rare. Macam black rose, yg kalau tak salah ada di UK.
ReplyDeleteYa Allah lagi musim influenza yaa di sana.. semoga cepat sembuh yg terkena , rutin minum vitamin utk imun tubuh juga
Itu jarang nampak, black rose. Akak ingatkan, dia dye warna kelopak bunga tu. Ada rupanya, black rose.
DeleteBetul tu, Fanny. Semoga kita semua dijauhkan lah.
Ok ai is jeles..cubaan tanam rose dan rose jepun x pernah berjaya...
ReplyDeleteCuba lagi, SA. Jangan putus asa. Oh, selagi ada budak bulu di rumah, susah la sikit. 😁
DeleteTot ada pernah kongsikan ke gambar seluruh kebun Tot sebelum ni? Teringin nak tengok. Bunga ros jadi betul di tangan Tot ni ye. Seronok betul tengok orang yang rasi dengan gardening ni
ReplyDeleteSaya tak pernah share gambar kebun sepenuhnya. Sebab tanah sekangkang kera jer. Lagi satu, tanaman saya berubah-ubah, dan jangka hayat tanaman pendek. Saya tanam pula dalam pasu, di kiri dan kanan rumah, sebelah tembok divider antara rumah saya dan jiran sebelah. Kalau KSarie nak explore, boleh klik tag Gardening di menu kanan blog ini. Video pun ada, kat situ.
DeleteAlhamdulillah, rezeki Allah juga. Bunga ros kembang lama. Dapat terapi setiap hari, hati pun tenang. 🥰
I am so impressed dgn org yg rajin bercucuk tanam ni
ReplyDeleteAmmi pun boleh juga, kalau ada minat. 😊
Delete