💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛
Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊
Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...
Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok!
![]()  | 
| Salad telur rebus. | 
Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula.
![]()  | 
| Kari ayam. | 
Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar.
![]()  | 
| Sambal lada Kelantan. | 
Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah letak sebiji saja.
Saya makan lauk saja. Tak makan nasi. Suami tengok saya, geleng-geleng kepala. 🙈 Sudah tinggal tulang, dia kata. Niat saya, mahu makan sihat. Supaya ujian darah akan datang, keputusan baik-baik saja. Bukan harus dibuat sehari dua. Harus jadi amalan sehari-hari. Bila kita stop sugar, dan stop tepung (ok, tepung saya masih struggle nak buat, sebab saya suka kuih dan roti) automatik berat turun. Berat semasa 55 kg. Banyak pakaian dah rasa longgar.
Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.
Ceria-ceria selalu.
Jumpa lagi, ye. 💗



Hari2 masak takde idea kan. Masak jela apa yang terlintas di fikiran.
ReplyDeleteBetul tu, Cie. Kita masak yang simple je, asal anak-anak tak lapar, ok dah.
Deletemcm lama plak x masak kari ayam..sedapnya makan dgn roti jala..emmm
ReplyDeleteMA dah cakap, terbayang-bayang saya, roti jala cicah kari ayam. Peh!
DeleteAkak lagi ringan drpd Cuya 😂
ReplyDeleteCuya patut jaga makan lebih strict, sebab muda2 dah berisi. Moga dapat kurus aamin
Semoga Cuya dapat berat idaman Cuya. Aminn.... 🤗🤲
Delete55kg? Kalau sy berat macam tu, silap² ada kulit aje, Tot. Tulang hilang, hahaha.
ReplyDeleteHehe... takde la, SK.
DeleteDah kurus sangat tu...saya kalo berat turun jadi 60++ pun dah boleh hep2 hooray...saya kadang2 tengah kupas bawang baru ada idea nak masak...
ReplyDeleteHehe.. semoga Sueann dapat berat yang diidamkan. Aminn...
DeleteGitu... macam-macam gaya, kita. Saya kena buka peti ais juga, baru boleh nampak.
Simple but nice =)
ReplyDeleteAlhamdulillah, Nieza. 😊
DeleteBerhenti terus ke makan nasi?
ReplyDeleteTak, Eyma. Kat rumah, boleh la. Kalau keluar, susah sikit. Hehe...
DeleteBerat zaman muda belia Sy dulu ni Nur. Skrg mimpi je la 🤭
ReplyDeleteSy suka sambal lada tu.
Hehe.. PH pun bole juga. Kan selalu briskwalk dan naik bukit. 😊💪
DeleteKita geng, cili padi letak sebiji je hehe.
ReplyDeleteHehe.. high five sikit. 🖐️
Deletesemua sedap, makan salad pun kenyang pada kakmieja 😍😍
ReplyDeleteYe, saya setuju. Dan lebih sihat juga kan kak.
DeleteSetakat ni dah berapa lama kak nur stop gula n tepung tu? Seiring dgn senaman tak?
ReplyDeleteSaya pun mcm nk start diet la sebab berat dah naik :(
Dah lama, Mazni. Cuma tak konsisten setiap hari. Dalam seminggu, mesti ada cheat day juga. Sebelum ni ada buat strength training. Sekarang brisk walk je. Mazni kecik je, akak tengok. Juat nice. Tak perlu la diet. Akak jaga makan sebab result blood test yang sekali tu je, tak elok.
DeleteYe la kari ayam tu nampak macam asam pedas...SA nak start semula makan salad ni...
ReplyDeleteWah... Semoga berjaya turun berat semula, SA. 💪
Deletepernah juga 55kg masa anak 3...tapi, sekarang jauh tersasar.. hahaha..tu yang kena pelan2 cut sugar
ReplyDeleteSemoga berjaya, Linda. 💪
DeleteWah Nur dah dapat bawah 60 kg.
ReplyDeleteSusah sedikit potong gula tapi cuba kurang makan.
Alhamdulillah, NA. Kita cuba ya, NA.
Deletenampak sedapppppp
ReplyDeleteSedap, Lydia. Alhamdulillah.
DeleteMenu sihat takpe makan macam tu je. Salad kan.
ReplyDeleteYa, BK.
DeleteFuh menu salad telur tu.. best kalau dpt amalkan... kari ayam pun sedapp.. the kids suka :D
ReplyDeleteKena tukar-tukar sayur, Encik. Kalau hari-hari salad, bosan juga.
DeleteKari ayam semua orang suka, kan. Makan dengan nasi boleh, cicah roti pun boleh.
Oh kari mamak itu tak pakai santan ya kak? Saya pikir pakai. Tapi sedaap ya walau tanpa santan 👍👍👍. Tapi saya pun dah menghindari santan juga. Kalopun masak kari yg pakai santan, saya tukar ke Fibre creme. Atau susu. Sama sedapnya.
ReplyDeleteTapi kalo bisa memang menu2 yg lebih sehat dan tinggi protein lah 👍
Iya, Fanny. Kari mamak biasanya tanpa santan.
DeleteAkak setuju dengan Fanny. Bagus kan, lebihkan protein dan fiber dalam diet harian.
Ada telur, mesti saya tambah nasi sekali..suka makan telur...hehehe sedap
ReplyDeleteKan.. cikgu. 😊
Delete