Tuesday, December 9, 2025

ChubbyBara

 Assalamualaikum, semua...

Bagi pembeli kopi Zus, sekarang tengah musim si ChubbyBara ni. Kisah pada 1 Disember yang lepas. Seperti biasa, saya beli kopi americano. Dapat cup sleeve yang panjang ini, tapi dia bagi begitu je. Eh, betul ke, cup sleeve fungsi dia? Saya pun tak tahu la. Saya letak pada cawan kopi, sebab macam payah nak pegang kalau tak letak pada cawan kopi kita. Nak sumbat dalam handbag pun macam panjang.

Chubbybara pada cawan kopi
Ha, gulung dia, letak pada cawan kopi.

Montel menatang ini. Cup sleeve paling besar pernah dapat, Zus bagi. Sudah dapat banyak, cup sleeve ini. Dekat rumah pun ada dua keping. Betul juga cakap BK, rupa si ChubbyBara ni, macam unta kemurungan. 

ChubbyBara pada cawan kopi
Pusing cawan kopi menghala ke sini pula

Bila pusing cawan kopi pun, masih nampak chubbyBara yang gemuk dan kemurungan itu. Macam dia mengintai di balik cawan. Saya dan suami lepak minum kopi di food court Aeon Mall Seri Manjung. Kami sudah makan di rumah, tapi suami nak juga benda ringan nak makan. 

Garlic bread di food court Aeon Mall Seri Manjung
Dia pergi kat tempat western food dan order garlic bread.

Atas garlic bread itu, garlic dicincang halus dan diletak atas roti. Butter tak rasa, rasanya dia tak letak pun, letak bawang putih sahaja. Nasib baik sebab bawang putih baik untuk turunkan kolesterol. Makan juga. Rasanya, dulu tak adalah begini rupa garlic bread dia. Nak jimat kos kot.

Mushroom soup food court Aeon Mall Seri Manjung
Cicah mushroom soup

Mushroom sup segar dan panas dari dalam tin rasanya. Ok je. Alhamdulillah.

Banyak merchandise menarik bagi yang suka mengumpul bila ada promosi Zus ini. Tapi saya tak dapat join la untuk ChubbyBara Series ini, sebab minuman dia semua manis. Saya kurang minat minuman chocolate, walaupun ramai cakap yang Finally Pistachio Chocolate itu sedap. Di bawah Chocolate ChubbyBara Series ini juga, ada kek chocolate kunafa, yang kandungan dia sama macam minuman itu, iaitu chocolate dan pistachio. Haa... yang minat, boleh la beli. Saya tak boleh, tengah stop benda manis-manis ni. Masih setia dengan americano tanpa gula itu. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. πŸ’—

32 comments:

  1. Linda tak join kot si chubbybara ni..macam tak reti minum airnya..kalau kacang tu makan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, Linda. Kacang pistachio tu kalau makan, tak boleh berhenti, kan.

      Delete
  2. wah, garlic bread lama sungguh tak ngap.. nampak gaya kena pi cari nanti..

    ReplyDelete
  3. Garlic Bread cicah mushroom soup memang sedap.

    ReplyDelete
  4. Akak lagi ler tak reti nak layan benda viral ni semua. Tetap setia kopi o serta yang sewaktu dengannya. Chubby bara tu dah le kemurungan sempat ngendap pulak orang nak mengopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi o pun sedap, kak.
      Haha.. betul kak Notie cakap. 😁

      Delete
  5. Nak join the trend tapi abg Cuya tak balik kalau tk boleh ajak dia pergi Zus sebab dia je selalu beli zus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bila dia balik, mesti dia belanja Cuya, kan.

      Delete
  6. Cie dapat 3 panjang sleeve tu. Tak guna pun dia bagi camtu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. nak guna pada cawan pun besor sangat.

      Delete
  7. Baru nampak cup holder Chubbybara Zus di meja officemate tadi.. Comel dan creative :-)

    ReplyDelete
  8. Tooosss kita kak. Americano sudah yg tersedaaaap πŸ˜„πŸ˜„πŸ™Œ. Saya jarang tergoda dengan minuman manis2 ini. Kalopun nak rasa, palingan icip punya suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat Fanny, boleh tahan godaan minuman manis. Akak kadang terbeli juga hazelnut latte, teringin.

      Delete
  9. kita minum kopi Zus jenis sachet je..cup sleeve..baru tahu masa baca entry BK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya blum cuba lagi kopi zus dalam sachet tu, kak. Bagus juga, buat kat rumah je.

      Delete
  10. Alaa comelnya cup holder chubby bara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, comel sebab menatang ni chubby montel. 😁

      Delete
  11. Macam-macam promosi Zus ya. Kreatif juga rupa Chubbybara.
    Saya tidak ikut perkembangan juga atas faktor minum kopi sihat atau air coklat buat sendiri. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, NA. Saya pun tak rasa nak cuba. Buat sendiri minuman di rumah pun ok, kan.

      Delete
  12. SA dah bercerai dengan Zus...lama dah x beli...hahaha...semua gara2 point SA hilang macam tu aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point terkumpul tu boleh expired, SA, kalau tak redeem dalam masa ditetapkan.

      Delete
  13. ammi ni asyik masuk cart tapi tak keluar2. masa nak check out tu macam eh nak ke tak , nak ke tak...sudahnya masuk bin jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bagus juga masuk bin, jimat skit duit, Ammi. πŸ‘

      Delete
  14. Banyak merchandise yang comel, unik dan menarik dari Zus Coffee rupanya ye. Sure ramai yang jadi collectors ye. Setakat ni KSarie suka minum Spanish Latte di Zus Coffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya yang sulung tu suka spanish latte zus. Boleh gang dengan KSarie. 😁

      Delete
  15. Disebalik Cubby Bara tu..ada kopi pula kan ..kopi ni memang ramai penggemarnya ..aura semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cikgu. Lepas pekena kopi, tambah semangat nak buat kerja. 😊

      Delete
  16. Replies
    1. Ha ah. Tapi kami makan je. Entah, kualiti makanan di stall western itu makin menurun.

      Delete