Thursday, December 11, 2025

Laksa johor dan kacang pool

 Assalamualaikum, semua...

Cerita saya dan suami bersarapan di Kluang Road Cafe, Seri Manjung, pada 3 Disember 2025 yang lepas. Kalau google cafe ini, akan keluar Permanently closed. Memang cafe ini sudah tutup di lokasi lama, dan berpindah ke sebelah Restoran Walid Ummi. Nak buat bayaran pun di Restoran Walid Ummi. Perusahaan keluarga, saya rasa. Lama sudah kami tak datang sini.

Kluang Road Cafe ini banyak menyajikan makanan dari Johor seperti lontong darat, nasi ambeng, mee bandung muor, kacang pool daging dan laksa johor. Juga banyak lagi menu lain seperti roti bakar, roti goyang Kluang Baru, mi kari, soto ayam dan lain-lain.

Bila suami saya tak kerja, memang biasanya saya tak IF. Lagi-lagi kalau ada urusan di luar. 

Laksa johor
Laksa johor

Kalau sarapan sini, mestilah pesan laksa johor. Terbaik, laksa johor dia. ๐Ÿ‘๐Ÿ˜‹

Gambar semasa menggaul laksa johor
Gambar semasa suami gaul laksa johor dia.

Seperti biasa, kami saling tukar hidangan, jadi boleh rasa sama-sama. 

Kacang pool Kluang Road Cafe, Seri Manjung
Saya pesan kacang pool

Ini lagi satu hidangan mesti cuba kalau datang makan sini. Tebal roti bakarnya. Memang kenyang, walaupun share makan dua orang. Alhamdulillah. Rejeki, sarapan sedap itu hari.

Kluang Road Cafe buka setiap Sabtu hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Cafe tutup setiap Jumaat.

Kome hari ni, sarapan apa?

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

39 comments:

  1. wah sampai perak dia bukak cawangan dia ye. Femes kat kluang. Oh laksa johor memang peberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kat Kluang tu, Kluang Railway, kan. Eh, sorry.. termenyampuk, hihi.

      Delete
    2. Ha ah, betul cakap SK. Nama je hampir sama tapi owner lain, kak Notie.

      Delete
  2. Bangga kita orang Perak dgn orang Kelantan suka makanan orang Johor ni, hihi. Halus dan berseni dia hidangkan, macam betul² ada kat Johor bila tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sedap, SK, itu yang suka. Betul, puas hati makan sini. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Bila entah nak try kacang pool ni. Laksa Johor tu setiap tahun makan kat rumah sepupu suami waktu raya dia buat. Kat kedai memang takde jual kat Lipis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sepupu suami Cie, setiap tahun buat laksa johor. ๐Ÿ‘

      Delete
  4. Tak pernah rasa kacang pool.
    Sini takde jual lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. akak pun baru jumpa satu tempat ini je yang jual kacang pool, Cuya. Menu rare.

      Delete
  5. Nampak pun sedap tu. Pekat betul kuah laksa tu.

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 laksa... laksa Johor adalah pilihan paling atas dalam list uncle.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Bw.
    Allahumma solliala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete
  8. Laksa Johor salah satu makanan kegemaran LZ.. Mujur ada satu cafe kat Seremban ni ada jual laksa Johor sedap. Kacang pool LZ tak pernah rasa.. Pendek kata semua makanan nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat juga merasa laksa johor sedap ya, LZ.

      Delete
  9. sudah lama x makan laksa Johor. Laksanya spt spaghetti. Jika nak mkn kena masak sendiri la jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spagetti, Abe Kie. Masak sendiri lagi puas hati, boleh makan berulang kali. ๐Ÿ˜‹

      Delete
  10. Sedapnya Laksa Johor. Lama tak makan. Macam nak kena cari esok ni๐Ÿ˜…Gebu gebas nampak roti kacang pool dia tu. Mula-mula ingat Kluang Road Cafe ni sama dengan Kluang Railway. Rupanya resto yang berbeza ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila², KSarie.
      Ya, berbeza, orang keliru sebab nama hampir sama.

      Delete
  11. sedap nampak laksa johornya. Lama tak makan laksa johor

    ReplyDelete
  12. ohh kluang road kafe ni memang glemer betul kan.
    saya pernah sekali je makan laksa johor, tapi tak berapa berkenan sangat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini restoran lain, Mazni. Nama je lebih kurang kafe yang popular tu.
      Ha.. ye, selera itu subjektif.

      Delete
  13. Banyak juga kacang panjang dalam laksa Johor.
    Sini tidak tahu mana ada ada jual laksa Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.Tapi dia memang letak secukupnya.
      Kena buat carian tu, NA. Mana tahu, boleh jumpa.

      Delete
  14. Sedap..SA suka...kacang pool tu SA akan pergi kat Kacang Pool Haji kat Johor kalau nak makan...makanan Johor satu je SA x pernah makan..Lontong kegemaran SK tu...SA x pandai makan lontong...apatah lagi lontong kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popular ya, kacang pool haji tu.
      Oh, ye ke.. saya lebih suka lontong kering dari lontong kuah lodeh tu.

      Delete
  15. Johor memang mewah dengan pelbagai jenis menu. Sedap-sedap semuanya. Saya suka otak-otak dan pepes. Bilalah nak rasa laksa Johor.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, ada rezeki boleh rasa nanti, ye kak. Otak² saya biasa makan. Pepes saya tak pernah jumpa.

      Delete
  16. Laksa Johor nih saya belum ada rezeki nak coba kak. Tertarik sangat. Apalagi pakai mi spaghetti. Dan katanya makan dengan tangan kan? Memang hrs cari lah kalau ke Malaysia lagi. Kacang pol pun sama ๐Ÿ˜…. Masih penasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Dimakan guna tangan. Nanti lain kali ke Malaysia, Fanny cuba ya. Sedap.

      Delete
  17. Laksa Johol berlemak, kacang pool pekat memang ngam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dua² memang sedap la. Menu mesti cuba kalau datang ke Kluang Road Cafe ni.

      Delete