Assalamualaikum, semua...
Entri kali ini, saya nak kongsikan masakan pada 25 November 2025 yang lepas.
Merujuk kepada entri Terima Hadiah dari Fanny, salah satu hadiahnya adalah Sambal Korek dalam gambar di bawah. Sudah cuba makan. Memang sedap, sambalnya. ๐ Dari segi kepedasan, saya boleh terima, tetapi kesian pula suami saya makan sambal ini, peluh mencurah-curah keluar dari kepalanya yang tiada rambut itu.
Oleh itu, perlu rasanya saya ubahsuai tahap kepedasan sambal Fanny bagi. Saya tambah bawang merah dikisar dengan tomato dan masak semula. Saya tambah telur rebus dan kentang goreng wedges.
![]() |
| Terhasillah sambal telur rebus dengan kentang. |
Hari tu, mood rajin memasak ON. Jadi, saya tambah lauk protein lain.
![]() |
| Ikan kerisi goreng |
Masak juga satu hidangan sayur.
![]() |
| Kobis masak lemak putih |
Alhamdulillah... nikmat rasanya bila makan masakan masak sendiri dari rumah ni. Esok hari Ahad, cadangnya nak keluar beli barang dapur sikit. Kome apa plan di hujung minggu?
Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐




Kobis masak lemak putih tu, tambah pulak ada ikan goreng, memang umph! Mesti pedas betul sambal korek tu, Nur.
ReplyDeleteHehe.. memang umph, SK. Alhamdulillah.
DeleteHa ah, pedas juga, sebab suami makan berpeluh habis dia.
Sabtu dah berjalan, ahad duduk rumah je.
ReplyDeleteBagus juga tu, berehat di rumah, kan..
Deletelauk regu yg ngam tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, betul, mama tisya.
DeleteGabungan lauk yang ngam semuanya tu memang sedap makan masakan sendiri. Takde aktiviti hujung minggu mereput saja di rumah.
ReplyDeleteKan, Cie, homecooked meal memang terbaiklah.
DeleteMereput pun best juga, boleh berehat di rumah.
Ada Hari Keluarga. Abah saya suka masakan kobis masak lemak. Saya dah tahu masak bagaimana. Hehe.
ReplyDeleteBaguslah, nanti boleh masak untuk Abah NA. ๐
DeleteCuya takde watpe kt rumah. Mereput jela hehe
ReplyDeleteAkak suka mereput di rumah, Cuya. Berehat dan tenang rasa. Hehe..
DeleteMasak lemak dan ikan goreng mmg menu yg ngammm
ReplyDeleteKan, kakmim. ๐
DeleteIkan goreng dengan masak lemak memang combo yang best
ReplyDeleteBetul, betul. ๐
Deletesekarang ni yang dok heboh makan sambal korek ni hari2 adalah Khalif. Pedas sambal tu tapi dia boleh tahan.
ReplyDeleteWah.. tahan pedas Khalif, ya. Pakcik kat rumah ni pun tak tahan.
DeleteWah,hebat memask ni..alhamdulillah
ReplyDeleteBiasa-biasa je cikgu, Alhamdulillah.
DeleteAnak saya yg pertama tak kuat kak. Memang menangis dia ๐คฃ๐คฃ. Tapi kalo si bungsu, lidahnya sama macam saya, penyuka pedas ๐.
ReplyDeleteKobis masak putih tuh sedaaap. Fav saya juga. HR ini saya masak tauge masak putih campur tahu sikit.
Alamak, kesian kakak. Kebetulan sama pula anak sulung akak, Amirul, juga kurang tahan pedas. Hehe.. yang kedua ikut ibunya, ya.
DeleteSedap tu Fanny, lauk taugeh masak lemak bersama tauhu. ๐
sama menu kita erk..cuma SA lupa masak kobis masak lemak tu hari apa
ReplyDeleteHehe.. kebetulan, sama.
DeleteNgam betul kombinasi lauk masak lemak kobis, ikan goreng dan sambal korek. Kalau KSarie mahu tambahb pinggan nasi๐
ReplyDeleteHehe.. lawan juga keinginan nak tambah nasi tu, KSarie.
Delete