Saturday, December 6, 2025

Masak apa tu

 Assalamualaikum, semua...

Entri kali ini, saya nak kongsikan masakan pada 25 November 2025 yang lepas.

Merujuk kepada entri Terima Hadiah dari Fanny, salah satu hadiahnya adalah Sambal Korek dalam gambar di bawah. Sudah cuba makan. Memang sedap, sambalnya. ๐Ÿ˜‹ Dari segi kepedasan, saya boleh terima, tetapi kesian pula suami saya makan sambal ini, peluh mencurah-curah keluar dari kepalanya yang tiada rambut itu. 

Oleh itu, perlu rasanya saya ubahsuai tahap kepedasan sambal Fanny bagi. Saya tambah bawang merah dikisar dengan tomato dan masak semula. Saya tambah telur rebus dan kentang goreng wedges.

Sambal telur rebus dengan kentang
Terhasillah sambal telur rebus dengan kentang.

Hari tu, mood rajin memasak ON. Jadi, saya tambah lauk protein lain. 

Ikan kerisi goreng
Ikan kerisi goreng

Masak juga satu hidangan sayur.

Kobis masak lemak putih
Kobis masak lemak putih

Alhamdulillah... nikmat rasanya bila makan masakan masak sendiri dari rumah ni. Esok hari Ahad, cadangnya nak keluar beli barang dapur sikit. Kome apa plan di hujung minggu?
Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

26 comments:

  1. Kobis masak lemak putih tu, tambah pulak ada ikan goreng, memang umph! Mesti pedas betul sambal korek tu, Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang umph, SK. Alhamdulillah.
      Ha ah, pedas juga, sebab suami makan berpeluh habis dia.

      Delete
  2. Sabtu dah berjalan, ahad duduk rumah je.

    ReplyDelete
  3. Gabungan lauk yang ngam semuanya tu memang sedap makan masakan sendiri. Takde aktiviti hujung minggu mereput saja di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Cie, homecooked meal memang terbaiklah.
      Mereput pun best juga, boleh berehat di rumah.

      Delete
  4. Ada Hari Keluarga. Abah saya suka masakan kobis masak lemak. Saya dah tahu masak bagaimana. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah, nanti boleh masak untuk Abah NA. ๐Ÿ‘

      Delete
  5. Cuya takde watpe kt rumah. Mereput jela hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka mereput di rumah, Cuya. Berehat dan tenang rasa. Hehe..

      Delete
  6. Masak lemak dan ikan goreng mmg menu yg ngammm

    ReplyDelete
  7. Ikan goreng dengan masak lemak memang combo yang best

    ReplyDelete
  8. sekarang ni yang dok heboh makan sambal korek ni hari2 adalah Khalif. Pedas sambal tu tapi dia boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. tahan pedas Khalif, ya. Pakcik kat rumah ni pun tak tahan.

      Delete
  9. Wah,hebat memask ni..alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Anak saya yg pertama tak kuat kak. Memang menangis dia ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Tapi kalo si bungsu, lidahnya sama macam saya, penyuka pedas ๐Ÿ˜„.

    Kobis masak putih tuh sedaaap. Fav saya juga. HR ini saya masak tauge masak putih campur tahu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kesian kakak. Kebetulan sama pula anak sulung akak, Amirul, juga kurang tahan pedas. Hehe.. yang kedua ikut ibunya, ya.
      Sedap tu Fanny, lauk taugeh masak lemak bersama tauhu. ๐Ÿ˜‹

      Delete
  11. sama menu kita erk..cuma SA lupa masak kobis masak lemak tu hari apa

    ReplyDelete
  12. Ngam betul kombinasi lauk masak lemak kobis, ikan goreng dan sambal korek. Kalau KSarie mahu tambahb pinggan nasi๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lawan juga keinginan nak tambah nasi tu, KSarie.

      Delete