Assalamualaikum, semua...
Buku ini adalah buku pertama yang saya pinjam dari Perpustakaan Komuniti Aeon Manjung. Saya pinjam pada 17 November 2025 yang lepas dan sudah pun pulangkan sebelum masuk bulan Disember. Saya kena ambil time off dari aktiviti blogging, untuk baca sampai habis. Saya tahu, kalau saya berhenti baca sekerat jalan, mesti susah nak sambung sampai habis. Jadi, sementara momentum masih ada, saya teruskan baca.
Tajuk buku Tenanglah Hati karya Reyna Ibrahim. Buku motivasi dan nasihat, ada menyentuh tentang depresi dan cara mencari ketenangan masa kita hadapi ujian dalam hidup.
![]() |
| Cover depan buku Tenanglah Hati. |
Ada satu bahagian itu, terkena batang hidung saya sendiri. Bila dah terkena, bergenang juga mataku dengan airmata, terus termenangis. Nasib baik saya sedang baca seorang diri dalam bilik.
Ada dikongsikan juga kisah hidup individu yang alami situasi sukar dan buat kita sedar diri yang walaupun kita rasa kita ditimpa ujian susah, ada orang lain lagiiiii susah dari kita. Kena syukur, ok.
![]() |
| Penulis ada beri cadangan buku yang elok dibaca untuk merawat hati. |
Ayat yang digunakan dalam buku ini, mudah faham, bagi saya. Baguslah. Penulis juga menggunakan kata-kata yang boleh buat hati kita jadi sejuk dan kita rasa, mesti usaha untuk berdamai dengan diri sendiri dan takdir hidup kita.
![]() |
| Beberapa potong doa yang boleh kita look up dalam AlQuran. |
Penulis juga ada sebut tentang mendekatkan diri dengan Allah. Yang ini, saya setuju sangat. Bila ingat Allah selalu, hati akan tenang. Ada juga contoh surah yang boleh kita amalkan.
![]() |
| Surah Al-Insyirah, Surah Kelapangan Hati. |
Sudah tertulis saya ternampak buku ini di perpustakaan dan meminjamnya. Memang tepatlah masanya bagi saya. Sebab saya punya angin kus-kus pun semenjak dua menjak ini bukan main kuat lagi tiupannya, sehingga satu hari, termeletus sikit. Selalu doa agar Allah tenangkan hati saya, selain usaha juga untuk dekatkan diri denganNya. Hati kita pun Allah yang pegang. Buku yang sangat bagus bagi saya, secara peribadi.
Sekian perkongsian. Nanti bila free, Insya-Allah, akan ke perpustakaan untuk pinjam buku lagi.
Jumpa lagi. Hari ini lepas Zohor, suami ajak pergi kenduri rumah kawan dia. Masih belum dapat blogwalking ke rumah kawan-kawan. Nanti saya lapang sikit, saya jalan-jalan ke blog kome, ye.
Selamat hujung minggu.
Jumpa lagi. 💗




Sering baca surah Al-insyirah dalam shalat, apalagi kalau lagi banyak kesulitan dipekerjaan. Salah satu surah yang bikin hati ini lapang dan bisa lebih termotivasi ketika lagi dapat masalah
ReplyDeleteBetul, Mas.
DeleteBetul tu kekadang kita rasa dah berat ujian kita tapi sebenarnya ianya setimpal je dengan kemampuan kita menghadapinya.
ReplyDeleteBetul tu, Cie. Allah uji mengikut kemampuan kita.
DeleteSama lah. Kalau baca buku, mesti nak teruskan sampai habis. Kalau tak, hilang semangat.
ReplyDeleteBetul, betul, betul.
DeleteRajin baca buku pasti banyak idea Allah berikan..ada ilham akan hadir untuk di kongsikan..
ReplyDeleteInsya-Allah, cikgu. Mudah-mudahan.
DeleteKalau kita rasa ujian kita berat, ada lagi ujian yang berat yang orang lain rasa....baca buku...jambatan ilmu.
ReplyDeleteBetul, betul.
DeleteInsya-Allah.
Buku Jangan Bersedih itu saya selalu ulang baca apabila sedih.
ReplyDeleteTahun ini memang banyak sedih. Moga Allah rawat hati kita. Amin.
Bagus ya NA, buku Jangan Bersedih tu.
DeleteAmin, YRA... 🤲🤗
Buku seperti ini perlu dibaca walau hanya sesekali. Sekedar reminder untuk kita, agar tetap on track dalam ibadah. Ada kalanya kita bosan atau terlalu sibuk dengan dunia. Krn itu saya suka baca buku yg seperti ini, utk pengingat saya
ReplyDeleteBetul, Fanny. Untuk tambah semangat juga, di kala hilang motivasi.
Deletebestnya..nak cari la buku ni..sebab SA tahun ni banyak rasa sedih...
ReplyDeleteSila², SA. Semoga tahun depan lebih awesome untuk kita ya, aminn..
DeleteTeruskan banyak membaca buku..in sha Allah tulisan Puan Nur lebih baik, berwibawa dan mantap untuk dibaca dalam menyampaikan idea dan perkongsian ilmu.
ReplyDeleteInsya-Allah, Encik Hanafi. Saya cuba.
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya Tot. Buku-buku memberi nasihat dan perkongsian kisah yang dapat dijadikan pengajaran di dalam hidup kita. Semangat terus membaca ye💪💪
ReplyDelete