Friday, December 12, 2025

Sarapan di Kafe Kg

 Assalamualaikum, semua...

Entri kali ini, saya nak kongsikan tempat saya dan suami pergi sarapan pada 4 Disember 2025 yang lepas. Kami ada perasan satu tempat ini, kalau tidak ikut highway WCE, lalu jalan lama ikut Ayer Tawar, Perak. Atas sikit melepasi pekan, ada nampak lampu-lampu macam kedai makan tepi jalan. Hari itu, suami saya masih hari off. Jadi, jomlah kita cuba sarapan port baru.

Kafe Kg
Kafe Kg nama tempatnya.

Kg itu, saya rasa singkatan untuk Kampung. Memang suasana dalam kampung kedai makannya. Di tempat parking ada surau. Nampak ayam juga berkeliaran. Masa kami sampai, masih awal. Dalam pukul 7 lebih camtu. Pilih tempat duduk, dan tuan kedai datang bawa menu dan tanya nak makan apa. Masih old school. Hehe..

Kafe Kg Ayer Tawar, Perak.
Tempat makanan disediakan dan kaunter bayaran di sebelah kanan.

Kami duduk di meja berpayung depan kaunter dan tempat masak. Pagi itu agak mendung. Banyak pokok-pokok besar. Rasa redup tempat ini, macam dalam hutan. 

Antara menu yang ada ialah nasi lemak, set roti bakar dan roti arab. Kedai ini dibuka dua sesi, pagi untuk sarapan dibuka dari 7 hingga 11 pagi. Sesi petang pula dari 6.30 petang ke 11.30 malam. Kafe tutup setiap Isnin. Saya rujuk di google, menu malam dia, ada nasi goreng ayam crispy, burger, charkuetiau dan mi kari.

Tempat duduk yang banyak di Kafe Kg Ayer Tawar
Tempat duduk sebelah kiri kami.

Tempat basuh tangan, sinkinya adalah kuali, dalam gambar di atas.

Teh o panas kosong dan kopi ginseng kosong.
Teh o panas kosong dan kopi ginseng kosong.

Pesanan suami sampai dulu.

Nasi lemak telur mata
Nasi lemak telur mata.

Saya makan separuh nasi lemak suami. Cukup aroma nasinya, dari halia. Santan dalam nasi lemak pun ada rasa. Sambal sedap. Macam orang masak untuk makan di rumah, bukan untuk niaga. Ada papadom beberapa keping.

Jambatan kecil di Kafe Kg, Ayer Tawar
Ini laluan pada mereka yang parking di tepi jalan

Di belakang kami ada jambatan kecil.

Tempat makan yang luas di Kafe Kg, Ayer Tawar
Tempat makan di sebelah kanan kami.

Ada tempat makan boleh duduk bersila di pondok bumbung biru itu. Sebelahnya, tempat air disediakan. Boleh nampak telur separuh masak yang saya pesan, ada di situ, belum siap. Dia guna bekas kuning yang letak air panas itu, macam dekat mamak.

Roti bakar telur goyang di Kafe Kg, Ayer Tawar
Saya pesan roti bakar telur goyang.

Sampai saja, suami makan dulu separuh. Alhamdulillah. Tempat makan yang redup dan tenang, di samping makanan yang sedap.

Lain kali boleh cuba yang sesi petang pula kot singgah sini.


Sekian perkongsian.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’— 

42 comments:

  1. kalau linda, suka roti arab.. lawa lah dia bentukkan nasi tu... dah macam mangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. boleh la Linda singgah kot tersampai sini.
      Ha ah, elok je terbentuk.

      Delete
  2. cantik dan tenang tempat makannya. best suasanya gini

    ReplyDelete
  3. Menarik konsep ni. Dia punya, si dia makan dulu. Si dia punya, dia makan dulu, hihi. Susah jugak nak tebuk kuali utk buat lubang sinki tu, kreatif walaupun oldskul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu biasa, kongsi² makanan yang sampai dulu.
      Ha ah, saya tak tengok dekat pula, camana rupa lubang pada kuali sinki tu.

      Delete
  4. cantiknya cafe, presentation makan cantik dan nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh repeat lagi lain kali.

      Delete
  5. Kecik sangat gambar sinki kuali tu tak nampak. Hihi. Suka kedai konsep macam ni tenang je nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klik gambar dan zoom-in, kalau view guna henpon, Cie.
      Betul².

      Delete
  6. Nyaman dan santai cafe nya. Menu pula simple dan ada rasa ye. Cafe macam ni memang KSarie minat hendak singgah. Kena masukkan dalam wishlist nampaknya ni ye. Banyak betul wishlist cafe sejak bertandang di blog Tot ni☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kena plan cuti banyak hari la, kalau nak habiskan wishlist cafe tu. ๐Ÿ˜

      Delete
  7. sedap tgk roti bakar telur goyang tu

    ReplyDelete
  8. Tenang je nampak kafe ni... Ada hijau pokok², meja kerusi kayu gitu mmg macam makan di tepi rumah sendiri la

    ReplyDelete
  9. Roti telur goyang gitu suka juga.....cantik la suasana sini....

    ReplyDelete
  10. Menu telur goyang antara menu yang saya suka ...

    ReplyDelete
  11. Tenang je tengok cafenya, dipenuhi tanaman hijau-hijau. Menu nasi lemaknya pun kelihatan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang cantik cafenya, dan makanan pun sedap.

      Delete
  12. Makan dengan suasana bagus begitu pasti bertambah rasa nikmatnya

    ReplyDelete
  13. Punyala tercari2 gambar sinki, kecik secoet je hahahah
    Nampak sedap makanan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh klik dan zoom-in gambarnya, Cuya.

      Delete
  14. Benar2 saya suka tempat begini, sebab halaman rumah saya ada tempat s=duduk sebegitu..stool kayu keras..ada juga meja dari kayu bulian keras..tak di makan anai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cikgu. Stool kayu biasanya tahan lama.

      Delete
  15. Tempat makan tenang dan best, dapat pula makan roti bakar telur goyang, lagi lah best.

    ReplyDelete
  16. cantik suasana kafe ni, penuh kehijauan!

    ReplyDelete
  17. Bagus cara biasa untuk pesan.
    Awal Nur dan suami sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh IF bila suami tak kerja, NA. ๐Ÿ™ˆ

      Delete
  18. Suka konsep macam ni..maybe sebab dalam kampung kot Nur...nasi lemak tu menarik..roti yg Nur pesan tu SA x pandai makan...kalau telur setengah masak je x pe...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus makan telur saja, roti pun kena kurangkan juga.

      Delete
  19. Tengok gelas teh dan kopi tu teringat saya kalau keluar makan dengan suami. Dia suka order Chinese Tea panas. Saya pun suka sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega tekak dan lapang dada dapat pekena chinese tea panas, ye kak.

      Delete
  20. Tempatnya nampak baguuuus dan bikin betah kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Memang suasana kampungnya dapat sangat. Mungkin Krn perabotan dari kayu, dan banyak tumbuhan, jadi vibe dia macam di tengah kebun ❤️❤️. Lihat makanan pun langsung yakin sedap ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, terserlah suasana kampung makan di sini, Fanny.

      Delete
  21. CCL suka laa kafe macam nii ..nampak klasik ..nampak tenang ..kalau orang tak ramai boleh la lepak lama² kejap sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, CCL. Sebab suasana cafe itu, menghijau je penuh pokok², memang buat kita tenang dan best makan².

      Delete