Assalamualaikum, semua...
Entri kali ini, saya nak kongsikan tempat saya dan suami pergi sarapan pada 4 Disember 2025 yang lepas. Kami ada perasan satu tempat ini, kalau tidak ikut highway WCE, lalu jalan lama ikut Ayer Tawar, Perak. Atas sikit melepasi pekan, ada nampak lampu-lampu macam kedai makan tepi jalan. Hari itu, suami saya masih hari off. Jadi, jomlah kita cuba sarapan port baru.
![]() |
| Kafe Kg nama tempatnya. |
Kg itu, saya rasa singkatan untuk Kampung. Memang suasana dalam kampung kedai makannya. Di tempat parking ada surau. Nampak ayam juga berkeliaran. Masa kami sampai, masih awal. Dalam pukul 7 lebih camtu. Pilih tempat duduk, dan tuan kedai datang bawa menu dan tanya nak makan apa. Masih old school. Hehe..
![]() |
| Tempat makanan disediakan dan kaunter bayaran di sebelah kanan. |
Kami duduk di meja berpayung depan kaunter dan tempat masak. Pagi itu agak mendung. Banyak pokok-pokok besar. Rasa redup tempat ini, macam dalam hutan.
Antara menu yang ada ialah nasi lemak, set roti bakar dan roti arab. Kedai ini dibuka dua sesi, pagi untuk sarapan dibuka dari 7 hingga 11 pagi. Sesi petang pula dari 6.30 petang ke 11.30 malam. Kafe tutup setiap Isnin. Saya rujuk di google, menu malam dia, ada nasi goreng ayam crispy, burger, charkuetiau dan mi kari.
![]() |
| Tempat duduk sebelah kiri kami. |
Tempat basuh tangan, sinkinya adalah kuali, dalam gambar di atas.
![]() |
| Teh o panas kosong dan kopi ginseng kosong. |
Pesanan suami sampai dulu.
![]() |
| Nasi lemak telur mata. |
Saya makan separuh nasi lemak suami. Cukup aroma nasinya, dari halia. Santan dalam nasi lemak pun ada rasa. Sambal sedap. Macam orang masak untuk makan di rumah, bukan untuk niaga. Ada papadom beberapa keping.
![]() |
| Ini laluan pada mereka yang parking di tepi jalan |
Di belakang kami ada jambatan kecil.
![]() |
| Tempat makan di sebelah kanan kami. |
Ada tempat makan boleh duduk bersila di pondok bumbung biru itu. Sebelahnya, tempat air disediakan. Boleh nampak telur separuh masak yang saya pesan, ada di situ, belum siap. Dia guna bekas kuning yang letak air panas itu, macam dekat mamak.
![]() |
| Saya pesan roti bakar telur goyang. |
Sampai saja, suami makan dulu separuh. Alhamdulillah. Tempat makan yang redup dan tenang, di samping makanan yang sedap.
Lain kali boleh cuba yang sesi petang pula kot singgah sini.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗








kalau linda, suka roti arab.. lawa lah dia bentukkan nasi tu... dah macam mangga
BalasPadamOh, ye ke.. boleh la Linda singgah kot tersampai sini.
PadamHa ah, elok je terbentuk.
cantik dan tenang tempat makannya. best suasanya gini
BalasPadamBetul, suasana kampung, tenang je.
PadamMenarik konsep ni. Dia punya, si dia makan dulu. Si dia punya, dia makan dulu, hihi. Susah jugak nak tebuk kuali utk buat lubang sinki tu, kreatif walaupun oldskul.
BalasPadamHehe.. itu biasa, kongsi² makanan yang sampai dulu.
PadamHa ah, saya tak tengok dekat pula, camana rupa lubang pada kuali sinki tu.
cantiknya cafe, presentation makan cantik dan nampak sedap
BalasPadamAlhamdulillah, boleh repeat lagi lain kali.
PadamKecik sangat gambar sinki kuali tu tak nampak. Hihi. Suka kedai konsep macam ni tenang je nak makan.
BalasPadamBoleh klik gambar dan zoom-in, kalau view guna henpon, Cie.
PadamBetul².
Nyaman dan santai cafe nya. Menu pula simple dan ada rasa ye. Cafe macam ni memang KSarie minat hendak singgah. Kena masukkan dalam wishlist nampaknya ni ye. Banyak betul wishlist cafe sejak bertandang di blog Tot ni☺️
BalasPadamHehe.. kena plan cuti banyak hari la, kalau nak habiskan wishlist cafe tu. 😁
Padamsedap tgk roti bakar telur goyang tu
BalasPadamMemang sedap. 😋
PadamTenang je nampak kafe ni... Ada hijau pokok², meja kerusi kayu gitu mmg macam makan di tepi rumah sendiri la
BalasPadamBetul, PH, redup dan tenang cafenya.
PadamRoti telur goyang gitu suka juga.....cantik la suasana sini....
BalasPadamYa, cantik dan redup cafenya.
PadamMenu telur goyang antara menu yang saya suka ...
BalasPadamSedap kan, Encik Hanafi.
PadamTenang je tengok cafenya, dipenuhi tanaman hijau-hijau. Menu nasi lemaknya pun kelihatan sedap.
BalasPadamBetul, memang cantik cafenya, dan makanan pun sedap.
PadamMakan dengan suasana bagus begitu pasti bertambah rasa nikmatnya
BalasPadamBetul, Mas.
PadamPunyala tercari2 gambar sinki, kecik secoet je hahahah
BalasPadamNampak sedap makanan dia
Hehe.. boleh klik dan zoom-in gambarnya, Cuya.
PadamBenar2 saya suka tempat begini, sebab halaman rumah saya ada tempat s=duduk sebegitu..stool kayu keras..ada juga meja dari kayu bulian keras..tak di makan anai2
BalasPadamBetul, cikgu. Stool kayu biasanya tahan lama.
PadamTempat makan tenang dan best, dapat pula makan roti bakar telur goyang, lagi lah best.
BalasPadamYa, Alhamdulillah.
Padamcantik suasana kafe ni, penuh kehijauan!
BalasPadamBetul, Mazni.
PadamBagus cara biasa untuk pesan.
BalasPadamAwal Nur dan suami sarapan.
Memang tak boleh IF bila suami tak kerja, NA. 🙈
PadamSuka konsep macam ni..maybe sebab dalam kampung kot Nur...nasi lemak tu menarik..roti yg Nur pesan tu SA x pandai makan...kalau telur setengah masak je x pe...hehehe...
BalasPadamBagus makan telur saja, roti pun kena kurangkan juga.
PadamTengok gelas teh dan kopi tu teringat saya kalau keluar makan dengan suami. Dia suka order Chinese Tea panas. Saya pun suka sama.
BalasPadamLega tekak dan lapang dada dapat pekena chinese tea panas, ye kak.
PadamTempatnya nampak baguuuus dan bikin betah kak 😍😍😍. Memang suasana kampungnya dapat sangat. Mungkin Krn perabotan dari kayu, dan banyak tumbuhan, jadi vibe dia macam di tengah kebun ❤️❤️. Lihat makanan pun langsung yakin sedap 😄
BalasPadamMemang, terserlah suasana kampung makan di sini, Fanny.
PadamCCL suka laa kafe macam nii ..nampak klasik ..nampak tenang ..kalau orang tak ramai boleh la lepak lama² kejap sini
BalasPadamBetul, CCL. Sebab suasana cafe itu, menghijau je penuh pokok², memang buat kita tenang dan best makan².
Padam