Friday, January 9, 2026

Makan di Restoran Nurhayati Maju

Cerita semasa cuti umum 1 Januari 2026. Nasi goreng kampung masak pagi hari, habis waktu tengahari. Jadi, kami keluar makan di kedai tomyam dekat rumah saja.

Keluar rumah dekat pukul 4 petang. Nama tempat, Restoran Nurhayati Maju. Bapa saya pernah tanya saya, bila masa saya buka kedai makan? Hehe.. sebab nama saya pun Nurhayati juga. 

Semasa kami keluar, kami belum makan tengahari. Nasi goreng dalam kuali, Hafizan yang habiskan. Selepas itu, kami sudah tidak makan malam. Dua dalam satu. Hehe..

Menu set nasi dengan lauk pauk
Set nasi dengan lauk

Ada menu masakan panas juga set nasi, sama seperti kebanyakan kedai-kedai tomyam. Bolehlah pilih set mengikut berapa orang dan bajet masing-masing. Kami pilih set nasi putih bersama lauk ikan singgang.

Ikan singgang
Ikan singgang

Ikan kembung. Cukup rasa lauk singgang ini.

Kailan ikan masin
Kailan ikan masin

Ini pun sedap.

Sambal belacan dan timun
Sambal belacan dan timun

Tiada budu, tapi ada sambal belacan bersama timun.

Ikan kembung goreng
Ikan goreng

Sebab dalam set ada dua ikan, jadi kami tidak pesan telur dadar. Cukuplah tu. Banyak-banyak lauk nanti tak habis. Alhamdulillah. Sedap rasa semua hidangan. 


Saya suka masakan rebus-rebus macam ini. Senang juga nak disediakan. Kome suka makan ikan singgang tak?
Baiklah. Jumpa lagi ya. πŸ’—

25 comments:

  1. Fav SA tu Nur...tp x suka kosong macam tu..SA suka letak bendi ke..timun ke..tomato...lepas kena ada budu...perghhh..sedar2 dh bertambah nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... Betul kan.. ikan singgang dengan budu memang boleh menambah nasi. πŸ˜‹

      Delete
  2. kalau singgang ngam makan dengan budu memang padu.

    ReplyDelete
  3. Baru saya tahu nama Puan Nur ialah Nurhayati. Tapi kekalkan TOT itu lebih unik hehehehe dalam dunia online

    ReplyDelete
  4. Bahaya menu2 ni. Boleh rosak diet, hewhew

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tgk kailan ikan masin tu =)

    ReplyDelete
  6. sedapnya ikan singgang.. linda pun suka,tapi tak reti masak macam orang pantai timur masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun refer buku resepi, Linda. Tapi simple je bahan dia.

      Delete
  7. Itulah, sy baca tajuk dah terfikir sama nama dengan tuan belog, hihi. Sedapnya lauk2 pilihan Nur, sy suka jugak makan lauk singgang, tapi kena pakai pinggan mungkum sebab nak letak kuah banyak2. hurmm.. sambil taip ni telan ailio tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kebetulan nama sama.
      Sedap kan, SK, letak kuah banyak-banyak. Saya siap masak semula lauk ikan singgang ini di rumah, sebab tak puas makan di kedai. 😁

      Delete
  8. sedapnya make ike singge. masa budak dulu sokmo arwah ma masak mcm ni atau goreng aje ike kembung tu. lo ni je jare make hok gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... kito suko ike singge, abe kie. Satu lauk tu cukup doh, tambah budu. πŸ˜‹

      Delete
  9. Sy baru tahu nama penuh Nur :)
    Sy pun suka masak singgang gini, nak² bila makin muda ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itulah, PH. Nak masak pun senang. Tak perlu tumis guna minyak pun. Lebih sihat.

      Delete
  10. First time dgr boleh order ikan singgang di restoran masakan panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kedai tomyam ini dibuka awal, Encik, tengahari sudah buka. Jadi ada set untuk makan tengahari juga.

      Delete
  11. Saya suka lauk singgang tapi lama tidak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la masak, NA. Senang je, sebab rebus dan tak banyak bahan.

      Delete
  12. Ooo KSarie baru tau ada kedai tomyam jual masakan singgang juga. Selalunya KSarie bermanja-manja dengan makcik-makcik minta masakkan padahal KSarienya pun udah tua patut boleh masak sendiri kanπŸ˜…Kailan tuh nampak menghijau sungguh

    ReplyDelete