Cerita semasa cuti umum 1 Januari 2026. Nasi goreng kampung masak pagi hari, habis waktu tengahari. Jadi, kami keluar makan di kedai tomyam dekat rumah saja.
Keluar rumah dekat pukul 4 petang. Nama tempat, Restoran Nurhayati Maju. Bapa saya pernah tanya saya, bila masa saya buka kedai makan? Hehe.. sebab nama saya pun Nurhayati juga.
Semasa kami keluar, kami belum makan tengahari. Nasi goreng dalam kuali, Hafizan yang habiskan. Selepas itu, kami sudah tidak makan malam. Dua dalam satu. Hehe..
![]() |
| Set nasi dengan lauk |
Ada menu masakan panas juga set nasi, sama seperti kebanyakan kedai-kedai tomyam. Bolehlah pilih set mengikut berapa orang dan bajet masing-masing. Kami pilih set nasi putih bersama lauk ikan singgang.
![]() |
| Ikan singgang |
Ikan kembung. Cukup rasa lauk singgang ini.
![]() |
| Kailan ikan masin |
Ini pun sedap.
![]() |
| Sambal belacan dan timun |
Tiada budu, tapi ada sambal belacan bersama timun.
![]() |
| Ikan goreng |
Sebab dalam set ada dua ikan, jadi kami tidak pesan telur dadar. Cukuplah tu. Banyak-banyak lauk nanti tak habis. Alhamdulillah. Sedap rasa semua hidangan.
Saya suka masakan rebus-rebus macam ini. Senang juga nak disediakan. Kome suka makan ikan singgang tak?
Baiklah. Jumpa lagi ya. π





Fav SA tu Nur...tp x suka kosong macam tu..SA suka letak bendi ke..timun ke..tomato...lepas kena ada budu...perghhh..sedar2 dh bertambah nasi
ReplyDeleteOh, ye ke... Betul kan.. ikan singgang dengan budu memang boleh menambah nasi. π
Deletekalau singgang ngam makan dengan budu memang padu.
ReplyDeleteKan, Cie. Dapnye!
DeleteBaru saya tahu nama Puan Nur ialah Nurhayati. Tapi kekalkan TOT itu lebih unik hehehehe dalam dunia online
ReplyDeleteYe, Encik.
DeleteBahaya menu2 ni. Boleh rosak diet, hewhew
ReplyDeleteHehe... betul.
DeleteSedapnya tgk kailan ikan masin tu =)
ReplyDeleteYe, Nieza, memang sedap! π
Deletesedapnya ikan singgang.. linda pun suka,tapi tak reti masak macam orang pantai timur masak...
ReplyDeleteAkak pun refer buku resepi, Linda. Tapi simple je bahan dia.
DeleteItulah, sy baca tajuk dah terfikir sama nama dengan tuan belog, hihi. Sedapnya lauk2 pilihan Nur, sy suka jugak makan lauk singgang, tapi kena pakai pinggan mungkum sebab nak letak kuah banyak2. hurmm.. sambil taip ni telan ailio tau.
ReplyDeleteHehe... kebetulan nama sama.
DeleteSedap kan, SK, letak kuah banyak-banyak. Saya siap masak semula lauk ikan singgang ini di rumah, sebab tak puas makan di kedai. π
sedapnya make ike singge. masa budak dulu sokmo arwah ma masak mcm ni atau goreng aje ike kembung tu. lo ni je jare make hok gitu.
ReplyDeleteOooo... kito suko ike singge, abe kie. Satu lauk tu cukup doh, tambah budu. π
DeleteSy baru tahu nama penuh Nur :)
ReplyDeleteSy pun suka masak singgang gini, nak² bila makin muda ni :p
Hehe... itulah, PH. Nak masak pun senang. Tak perlu tumis guna minyak pun. Lebih sihat.
DeleteFirst time dgr boleh order ikan singgang di restoran masakan panas..
ReplyDeleteSebab kedai tomyam ini dibuka awal, Encik, tengahari sudah buka. Jadi ada set untuk makan tengahari juga.
DeleteSaya suka lauk singgang tapi lama tidak makan.
ReplyDeleteBoleh la masak, NA. Senang je, sebab rebus dan tak banyak bahan.
DeleteIkan singgang, favorite kami
ReplyDeleteSamalah, Mulan. π
DeleteOoo KSarie baru tau ada kedai tomyam jual masakan singgang juga. Selalunya KSarie bermanja-manja dengan makcik-makcik minta masakkan padahal KSarienya pun udah tua patut boleh masak sendiri kanπ Kailan tuh nampak menghijau sungguh
ReplyDelete