Tuesday, January 13, 2026

Makan Pagi D'Cafetiam

 Pada 9 Januari 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan-jalan cari tempat sarapan sedap. Ye, kami dua-dua rasa malas untuk keluar berjalan pagi. Ayuh, jomlah kita pergi makan, lagi syok! 😁

Tak mahulah makan tempat dekat-dekat. Jom kita pergi jauh sikit. Buat carian Google, tempat sarapan sedap di Seri Iskandar, Perak, lalu cafe ini keluar dalam senarai.

Makan Pagi D'Cafetiam
Makan Pagi D'Cafetiam

Pertama kali kami datang sini. Pernah nampak, tapi tak pernah singgah. Kami pernah tinggal di Seri Iskandar, Perak, ini lama, bertahun-tahun dulu, sebelum sekarang tinggal di Manjung. Ater... jomlah kita masuk tengok makanan apa ada.

Ada pakcik sedang buat roti canai di luar cafe. Senyum saja, bila tengok kami pilih tempat duduk di luar atau di dalam. Pakcik kata, kejap lagi meja luar itu jadi panas, jadi kami pun pilih tempat di dalam cafe.

Meja kuih muih dan hidangan lauk pauk
Meja kuih-muih dan hidangan lauk pauk.

Dekat meja lauk di sinun, semasa dalam perjalanan ke meja, saya nampak ada pulut kuning dan rendang, kome. Nampak sungguh menarik dan sedap. Tapi saya cuba itu lain kali la, ye. My feveret tau, pulut kuning dengan rendang. 😋 Eh, baru perasan masa upload gambar di blog, ada mesin jahit rupanya di tepi, atau sebenarnya di belakang saya duduk.

Deko almari lama yang di dalamnya ada set teh lama
Almari zaman dulu, ada set teh lama.

Klasik deco di dalam cafe. Atas almari, ada pemain piring hitam dan piring hitam sekali. Radio bentuk klasik zaman dulu punya, talam kenduri dan CD lama menghiasi dinding. CD sebenarnya sudah jadi barang lama kan. Sebab CD player pun sudah lama tak jumpa. Kalau ada pun, sudah jahanam kot. 

Kopi o panas kosong ada biskut keping
Saya pesan kopi o panas kosong.

Diberi sekali dua keping biskut untuk cicah kopi. 😋 Rasa macam makan kat kampung saja. Sebab cawan dan pinggan cafe guna, semua lama-lama punya design. Suami minum air suam je.

Nasi goreng cabai kering
Suami pesan nasi goreng cabai kering.

Ada keropok dan telur mata dalam hidangan nasi goreng cabai kering. Sayang, keropok itu sedikit lemau. Kurang rangup. Nasi ok. Tapi macam kurang rasa sikit. 

Bihun goreng miker
Saya pesan bihun goreng miker.

Oooo.. orang Perak la, tuan cafe ini. Sebab bihun goreng miker nama menu ini. Miker tu, awak. Teman itu, saya, dalam dialek orang Perak, ya. Deme tu, dia orang. Kome tu, korang. Kome udah makan ke? Hehe.. 
Huii... besor portion bihun gorengnya. Gendut juga perut nak habiskan. Share makan dengan suami, dapat rasa seorang separuh. Ada diberi cili potong. Keropok sekeping itu, saya cilok suami saya punya. Bihun goreng dia lebih sedap dari nasi goreng cabai kering di atas.

Kucing minta manja
Ada budak bulu pula nak tumpang bermanja.

Nasib baik awak ada emak dan adik-beradik, ye. Kalau tak, mahu saya bawa balik. Hehe.. sungguh sopan si Citam ini, dia letak kaki dia lembut atas peha saya. Dia tak minta makanan saya, tapi bila saya gosok kepala, dia duduk diam je atas kerusi sebelah saya. Halah halahh.... menyampes!

Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu
Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu.

Ambil kuih juga. Semua kuih orang lama belaka di cafenya. Sedap-sedap. Alhamdulillah.

Keratan rentas kuih koci
Keratan rentas kuih koci

Bolehlah datang semula ke cafe ini lain kali. Sebab nak cuba pulut kuning dengan rendang itu. Baca review, ramai cakap sedap. 

Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗

29 comments:

  1. Macam nampak kedai nya bila ronda² dekat seri Iskandar nun.. kami masih proses masuk lorong sini .keluar lorong situ.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Linda, pelan-pelan explore kawasan. Situ banyak tempat makan best, banyak IPT kan.

      Delete
  2. Best la cafe gini... Tenang. Pastu menu style kampung, sy suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Menu kampung ni, jarang yang tak sedap. Resepi turun temurun gamaknya.

      Delete
  3. Mana la dia dapat barang2 lama tu kan? Menarik!
    Eh... header baharu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengumpul kot, tapi kat Ipoh ada Memory Lane, mungkin dari situ.
      Hehe... saja, tukar template dan header baru, uncle.

      Delete
  4. menarik jugak kedai tu deco cantik. kopi siap ada biskut krim kraker ye.

    ReplyDelete
  5. Vibe classic. Alohh, nak jugakk makan pulut dengan rendang 👉👈 mana nak cari ni, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari, cari, jangan tak cari. Hehe..

      Delete
    2. Eh, lupa Faa tinggal di Australia. Kena masak sendiri la tu, kalau teringin. 😊

      Delete
  6. cantiknyaaa header akak! eeee bestnyeee Ana suka betul vibe klasik guna cawan antik cantiknyaaaaa la hai nak mkn pun rasa seleraaaa je ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ana. 😊
      Betul, vibe klasik. Sedap dan seronok makan di cafe begini.

      Delete
  7. Saya suka pulut juga! Saya suka makan dengan sambal tumis.

    ReplyDelete
  8. Wao vibes orang lama je tapi menu dia nampak sedap. Pulut kuning layan dengan rendang peberet walaupun takut angin hentam saje lah. Wow cantiknya pandai nur bertukang header baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... bukannya selalu kak, makan pulut. Special occasion only. Hehe..
      Terima kasih, kak. Minta chatGPT jer, buatkan. 😁

      Delete
  9. nampak sedap mihun tu. teringin nak mihun lak rasa tekak ni

    ReplyDelete
  10. Menunya pun ala kampung. Menarik kedai makan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, BK. Semuanya klasik, dari menu, deko. Kita makan pun, rasa macam orang tua masak.

      Delete
  11. Kopi dgn biskut tu legend jer tahu nikmatnya.. Menu kmpung mmg sedap dgn kuih muih semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul! Alhamdulillah, memang sedap.

      Delete
  12. Dulu saya sempat bingung baca blog salah seorang teman Malaysia juga, Krn dia pakai perkataan 'teman'. Yg ternyata artinya saya yaa 😄😄. Lama2 baru saya paham maksud dia hahahhaa.

    Sopannya si bulu tuh. Makin gemas kita 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Teman itu, maksud saya, dalam bahasa orang Perak.
      Hehe.. geram rasa nak bawa balik, tengok anak bulu comel minta manja tu.

      Delete
  13. Sukanya makanan macam gini lagi-lagi rendang dan pulut kuning tuh. Memang favourite KSarie juga tu. Kuih-kuih tradisional macam kuih koci ni memang boleh mengundang makan sakan lalu lupa daratan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, KSarie. Makan kuih koci ni, saya teringat arwah mama saya. Dia suka beli, tapi selalu suruh saya habiskan. 😊

      Delete
  14. suka breakfast kedai klasik2 camni! kuih koci ni dia mmng kering cmtu jekan. kenapa biasanya saya beli kuih koci ada letak santan putih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat memang macam tu, Mazni, luar kuih koci ada santan putih. Sedap tu, rasa berlemak. Nak kata kering sangat pun tidak, teksture-nya agak melekit.

      Delete