Pada 9 Januari 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan-jalan cari tempat sarapan sedap. Ye, kami dua-dua rasa malas untuk keluar berjalan pagi. Ayuh, jomlah kita pergi makan, lagi syok! 😁
Tak mahulah makan tempat dekat-dekat. Jom kita pergi jauh sikit. Buat carian Google, tempat sarapan sedap di Seri Iskandar, Perak, lalu cafe ini keluar dalam senarai.
![]() |
| Makan Pagi D'Cafetiam |
Pertama kali kami datang sini. Pernah nampak, tapi tak pernah singgah. Kami pernah tinggal di Seri Iskandar, Perak, ini lama, bertahun-tahun dulu, sebelum sekarang tinggal di Manjung. Ater... jomlah kita masuk tengok makanan apa ada.
Ada pakcik sedang buat roti canai di luar cafe. Senyum saja, bila tengok kami pilih tempat duduk di luar atau di dalam. Pakcik kata, kejap lagi meja luar itu jadi panas, jadi kami pun pilih tempat di dalam cafe.
![]() |
| Meja kuih-muih dan hidangan lauk pauk. |
Dekat meja lauk di sinun, semasa dalam perjalanan ke meja, saya nampak ada pulut kuning dan rendang, kome. Nampak sungguh menarik dan sedap. Tapi saya cuba itu lain kali la, ye. My feveret tau, pulut kuning dengan rendang. 😋 Eh, baru perasan masa upload gambar di blog, ada mesin jahit rupanya di tepi, atau sebenarnya di belakang saya duduk.
![]() |
| Almari zaman dulu, ada set teh lama. |
![]() |
| Saya pesan kopi o panas kosong. |
Diberi sekali dua keping biskut untuk cicah kopi. 😋 Rasa macam makan kat kampung saja. Sebab cawan dan pinggan cafe guna, semua lama-lama punya design. Suami minum air suam je.
![]() |
| Suami pesan nasi goreng cabai kering. |
Ada keropok dan telur mata dalam hidangan nasi goreng cabai kering. Sayang, keropok itu sedikit lemau. Kurang rangup. Nasi ok. Tapi macam kurang rasa sikit.
![]() |
| Saya pesan bihun goreng miker. |
![]() |
| Ada budak bulu pula nak tumpang bermanja. |
![]() |
| Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu. |
Ambil kuih juga. Semua kuih orang lama belaka di cafenya. Sedap-sedap. Alhamdulillah.
![]() |
| Keratan rentas kuih koci |
Bolehlah datang semula ke cafe ini lain kali. Sebab nak cuba pulut kuning dengan rendang itu. Baca review, ramai cakap sedap.









Macam nampak kedai nya bila ronda² dekat seri Iskandar nun.. kami masih proses masuk lorong sini .keluar lorong situ.. hihihi
ReplyDeleteTakpe, Linda, pelan-pelan explore kawasan. Situ banyak tempat makan best, banyak IPT kan.
DeleteBest la cafe gini... Tenang. Pastu menu style kampung, sy suka
ReplyDeleteBetul, PH. Menu kampung ni, jarang yang tak sedap. Resepi turun temurun gamaknya.
DeleteMana la dia dapat barang2 lama tu kan? Menarik!
ReplyDeleteEh... header baharu!
Pengumpul kot, tapi kat Ipoh ada Memory Lane, mungkin dari situ.
DeleteHehe... saja, tukar template dan header baru, uncle.
menarik jugak kedai tu deco cantik. kopi siap ada biskut krim kraker ye.
ReplyDeleteHa ah, dua keping biskut dia bagi.
DeleteVibe classic. Alohh, nak jugakk makan pulut dengan rendang 👉👈 mana nak cari ni, hehehe.
ReplyDeleteCari, cari, jangan tak cari. Hehe..
DeleteEh, lupa Faa tinggal di Australia. Kena masak sendiri la tu, kalau teringin. 😊
Deletecantiknyaaa header akak! eeee bestnyeee Ana suka betul vibe klasik guna cawan antik cantiknyaaaaa la hai nak mkn pun rasa seleraaaa je ehehehe
ReplyDeleteTerima kasih, Ana. 😊
DeleteBetul, vibe klasik. Sedap dan seronok makan di cafe begini.
Saya suka pulut juga! Saya suka makan dengan sambal tumis.
ReplyDeleteSedap kan, NA. 😋
DeleteWao vibes orang lama je tapi menu dia nampak sedap. Pulut kuning layan dengan rendang peberet walaupun takut angin hentam saje lah. Wow cantiknya pandai nur bertukang header baru
ReplyDeleteAlaa... bukannya selalu kak, makan pulut. Special occasion only. Hehe..
DeleteTerima kasih, kak. Minta chatGPT jer, buatkan. 😁
nampak sedap mihun tu. teringin nak mihun lak rasa tekak ni
ReplyDeleteSila, sila, Lydia. 😊
DeleteMenunya pun ala kampung. Menarik kedai makan macam ni.
ReplyDeleteYa, BK. Semuanya klasik, dari menu, deko. Kita makan pun, rasa macam orang tua masak.
DeleteKopi dgn biskut tu legend jer tahu nikmatnya.. Menu kmpung mmg sedap dgn kuih muih semua tu..
ReplyDeleteBetul, betul! Alhamdulillah, memang sedap.
DeleteDulu saya sempat bingung baca blog salah seorang teman Malaysia juga, Krn dia pakai perkataan 'teman'. Yg ternyata artinya saya yaa 😄😄. Lama2 baru saya paham maksud dia hahahhaa.
ReplyDeleteSopannya si bulu tuh. Makin gemas kita 😄
Iya, Fanny. Teman itu, maksud saya, dalam bahasa orang Perak.
DeleteHehe.. geram rasa nak bawa balik, tengok anak bulu comel minta manja tu.
Sukanya makanan macam gini lagi-lagi rendang dan pulut kuning tuh. Memang favourite KSarie juga tu. Kuih-kuih tradisional macam kuih koci ni memang boleh mengundang makan sakan lalu lupa daratan
ReplyDeleteSedap kan, KSarie. Makan kuih koci ni, saya teringat arwah mama saya. Dia suka beli, tapi selalu suruh saya habiskan. 😊
Deletesuka breakfast kedai klasik2 camni! kuih koci ni dia mmng kering cmtu jekan. kenapa biasanya saya beli kuih koci ada letak santan putih ye
ReplyDeleteAda tempat memang macam tu, Mazni, luar kuih koci ada santan putih. Sedap tu, rasa berlemak. Nak kata kering sangat pun tidak, teksture-nya agak melekit.
Delete