Sabtu, 10 Januari 2026 - Saya dan suami pergi makan tengahari di Azmey Mee Goreng. Masa kami berjalan pagi, antara topik yang biasa kami bualkan adalah perihal tempat makan. Di padang tempat kami berjalan pagi itu, ada kedai mi goreng sedap tapi sekarang sudah selalu tutup sebab khabarnya tuan kedai kini sudah jadi ketua kampung. Jadi, dia sudah terlalu sibuk untuk berniaga.
Jadi, kami kena cari kedai mi goreng mamak yang lain. Saya teringat ada sekali kami pernah beli, saya jumpa kedai ini menerusi group penduduk tempatan. Masa pertama kali kami mencuba, kedai ini tiada kerusi meja, hanya boleh bungkus. Tapi kini, Azmey Mee Goreng ini sudah jadi kedai makan agak besar tepi jalan di Kampung Pencalang, Sitiawan, Perak.
![]() |
| Ini kedainya |
Ada kemajuan. Bagus la, sebab mi goreng dia pun portion besar dan sedap. Masa dalam perjalanan ke mari, kami melepasi beberapa tempat ada kenduri kahwin. Bestnya, dapat jemputan nasi minyak. Kami ni, tak ada yang menjemput. Jadi kami menjemputkan diri sendiri ke kedai mi goreng. Haha...
![]() |
| Mi goreng daging |
Ada dua meja ada pelanggan waktu kami sampai. Sebaik duduk, ada adik datang bawa menu ambil pesanan. Mi goreng daging, pesanan suami. Tengok la, mi dia membukit! Daging dalam mi lembut, tidak liat. Waktu tukang masak masak di dapur, bunyi kelentung kelentang sampai ke depan ruang kami makan, bunyi sudip dan kuali. Lepas tu, ada aroma bau hangit-hangit tu. Hmmmm.... Sedapnya! Bau pun sudah rasa sedap. 😋
![]() |
| Mi goreng mamak biasa |
Kami lapar. Habis makan sepinggan.
![]() |
| Banyak tempat duduk. |
Di meja hujung sinun dalam gambar di atas, ada jual jeli kelapa, dan pencuci mulut lain, dalam bekas atas meja. Suami ambil jeli kelapa bawa balik.
Alhamdulillah. Dapat makan mee goreng sedap, boleh datang lagi, nak cuba kuetiau pula.
Sekian perkongsian. Jumpa lagi ya. 🩷




Sedapnyaaaa...SA antara peminat mee goreng..kalau dpt macam.ni kan..confirm selalu repeat ni
ReplyDeleteSedap kan SA, mi goreng. 😋
DeleteWah busy tok ketua sekarang ye hehe...
ReplyDeleteSuka mee goreng daging, nak² yg ada rasa hangit² sikit tu, dapnya!
Tok ketua tak sempat buka kedai dah, banyak urusan rasmi gamaknya, PH.
DeleteSedap, boleh repeat la. Saya teringat dulu di Aloq Staq, ada kedai Mi Abu. Tak tau sekarang ada lagi ke dak.
Suka mee goreng yang basah-basah dan ada sotong.
ReplyDeleteHa ah, lain kali boleh order yang sotong pula. Mrs. A punya idea. 😊
Deletekali pertama makan mi goreng mamak kat Kantin Sahur, 3RC UM masa Asasi tahun 1991 yg lampau. Sgt sedap dan kena dgn tekak sy. Sampai skrg susah nak cari yg rasa sedap mcm tu.
ReplyDeleteWow... Ya Abe Kie, susah nak cari kedai boleh masak mi goreng mamak yang sedap, macam orang dulu masak. Mak pak tuan kedai tak turunkan resepi kot kat anak² kan.
DeleteKita penggemar mee goreng. Baca apa yg Nur cerita, bunyi sudip berlaga dengan kuali dan bau hangit² tu buat kita rasa nak makan Mi goreng jugaklah.
ReplyDeleteHehe... sila, sila, SK. Sedap, kan...
DeleteNampak sedap tu mee goreng
ReplyDeleteLepasni mesti repeat lagi ni
Insya-Allah, mesti. Hehe...
DeleteSedap tu kalau daging lembut. Kelentung kelentang tukang masak tu masak kalau kat kedai. Macam berperang bunyi nya.
ReplyDeleteHa ah. Biasa orang cakap kalau masak bunyi bising, mesti sedap. Hik hik!
DeleteBesok nak sarapan mi goreng mamaklah
ReplyDeleteSila, sila, Wak.
DeleteBunyi kelentang kelintung kuali Dan sudip maknanya org order baru dia masak. Wah best lah panas2 dari kuali.
ReplyDeleteBetul, kak. Fresh dari kuali. Panas-panas.
Deletetengok gambar pun nampak sedap kak..tambah ada limau kasturi plk tu
ReplyDeleteBila picit limau kasturi, gaul-gaul baru ada kick sikit kan Afzan.
Deletedaging dlm mee goreng kalo x liat mmg rasa sedapnyaaa!
ReplyDeleteBetul, Ana. Daging tu, dia rebus dulu asing kot, itu yang lembut je makan bersama mi.
DeleteSedap kan mee goreng. Faa suka telur kuning tu gedik2, hewhew.
ReplyDeleteKann... lepas tu cair masa makan. Dap!
Deletesedapnyaaa. diletak telur lagi ngam!
ReplyDeleteSedap, Mazni. Alhamdulillah.
DeleteOk ada kueutiau, saya tisak suka mi.
ReplyDeleteSuka ada rasa kuali, hangus itu. Memang bagus daging tidak liat.
Oh, NA suka kuetiau, rupanya.
DeleteItulah, saya pun suka bau hangit-hangit kuali tu. Itu yang buat sedap.
Issssh,rindunya dengan mie goreng mamak 😍😍😍😍. Langsung terbayang kesedapannya kak. Apalagi pakai daging, aroma smokey 🤤🤤❤️❤️.
ReplyDeletesha pernah makan mee mamak, sedap tapi pedas kan..sha jenis tak makan pedas..huhu
ReplyDelete