Friday, January 30, 2026

Rumah sewa Amirul

 Khamis, 22 Januari 2026 - Amirul lepak di bilik hotel kami beberapa ketika. Sebab hari Khamis dan sudah petang, saya cadangkan kami cari makan di pasar malam saja. Semua cakap ok. Kami naik kereta Viva yang Amirul bawa. 

Amirul sudah jadi orang Dungun. Dia lalu ikut jalan celah-celah bangunan dan bawa kereta laju je. Beberapa kali saya ingatkan cer bawa slow sikit. Hee... budak ni. Lepas tu, lampu minyak sudah blink blink, bapak budak sudah mulai risau. Apehe ni... biar kereta tak ada minyak macam tu. Orang kalau tinggal dua bar paling kurang, elok la pergi isi terus. Pok pek pok pek bapak budak membebel. Amirul jawap kalau lampu minyak blink blink kan ada 5 kilometer lagi dalam tangki boleh pergi. Jauh tu. Ya Allah, anak bertuah...

Pergi stesen minyak dulu, isi minyak kereta. Dia tutup pintu kereta hempas je. Pong sana, pang sini, tutup tempat isi minyak kereta tu. Kasor bebenor ler... lepas tu komplen kenapa kereta tu keluar bunyi itu, keluar bunyi ini. Masa saya bawa kereta Viva tu, di Perak, saya pakai pergi jalan pagi dan ke pasar je. Elok kereta tu. Dapat dekat budak Amirul, Allahuakbar... 

Lepas isi minyak kereta, pergi singgah rumah sewa Amirul dan kawan-kawan. Dia nak angkat kain jemuran.

Pokok ros depan rumah
Depan rumah sewa, ada pokok ros

Tuan rumah tanam. Tapi sebab budak-budak student yang duduk, tak terjaga pokoknya. Tengoklah motor bersusun beratur di garaj rumah. Ada 20 orang ok, duduk di rumah ini. Bilik tak silap, ada 5 ke, 6 buah. Tapi memang besar rumahnya, rumah banglo. Amirul pun tinggal lagi 2 semester nak habis di Uitm, Insya-Allah, semester kedua dia kena duduk luar, tak dapat dah duduk dalam.

Melawat anak di rumah sewa
Anak bujang nuuu... tengah angkat kain

Sudah besar anakku ini. Dah tak ada rupa budak dah. Rupa orang dewasa sudah. Umur pun sudah 23 tahun. Saya waktu umur 23 tahun, dah nikah dah. Huhu..

Saya tak masuk dalam rumah sewa Amirul pun. Duduk luar je. Tengok-tengok, ada ulat bulu besar ok, di luar rumah Amirul!

Kucing gebu
Ni ha, ulat bulunya! 😁

Budak-budak bujang ni, bagi makan dan bela, seekor kucing. Tengok-tengok, beranak pula. Anak kucing ada 3 ekor, semua gebu gebas. 

Anak kucing comel
Eh eh.. tak takut orang budak ini.

Mana leher awak? Dari muka terus ke badan ni. Sangat fluffy. Udah rope ulat bulu, membulat jer, bila berjalan main-main di celah-celah rak kasut di luar rumah.

Lepas Amirul angkat kain jemuran, kami pergi pasar malam di bandar Dungun. Suami beli nasi dagang ler.. ish ish.. beratur waktu membeli. Tapi worth it sangat, tak sama, ok, nasi dagang tempat kita dengan nasi dagang jual di Terengganu ni. Huuu.... Amirul beli makanan dia la. Murah la, harga makanan di pasar malam. Tiga mangkuk benda cucuk-cucuk Amirul beli. 3 mangkuk, bukan 3 lidi, seperti kulit ayam, paru ayam dan apa entah satu lagi dia beli. Ish ish ish... saya cakap jangan makan selalu, kolesterol tinggi belaka tu. Amirul cakap, waktu muda lah nak enjoy makan. Huh..

Maaf, tiada gambar makanan beli di pasar malam. Kerana kami semua lapar dan tak dapat menahan sabar, makan, tak ingat dah nak ambil-ambil gambar ni. Huhu. Oh, kerepok lekor sana terbaikkkkkk! πŸ‘πŸ˜‹ Rasa ikan, takde rasa tepung macam keropok lekor sini. Saya terbeli dua helai baju di pasar malam. Satu baju, RM10 je. Hehe.. 

Amirul makan bersama kami di bilik hotel. Selesai makan nak maghrib, dia pun balik. Tak tidur dengan kami pun. Dia ada assignment kena siapkan untuk hantar esok. 

Alhamdulillah... sambung lain entri pula ya. 

Hujung minggu ini, long weekend ya, cuti berganda Hari Thaipusam dan Hari Wilayah bagi yang kerja di KL. Ada yang nak pergi bercuti ke tu, atau balik kampung? Semoga dipermudahkan urusan pembaca sekalian dan jaga diri dan keluarga. 

Jumpa lagi. πŸ’—

26 comments:

  1. Ramai juga serumah tu. Teringat zaman belajar poli dulu pun Cie sem 2 kena duduk rumah sewa dah. Sem 1 je boleh duk asrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu la ye, Cie. Awal masuk boleh duduk asrama dalam. Semester seterusnya, sudah kena duduk luar.

      Delete
  2. alahai dewasa dah bujangan ni..belajar baik2 tau..tapi tak boleh nak fokus la..ada gambar kucing comel dekat situ hihi..kembang ya bulunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Sha. geram tengok anak-anak kucing semua, bulu kembang belaka.

      Delete
  3. Motor bersusun2 tu memang tanda rumah bujang le tu.... hehehe

    ReplyDelete
  4. Zaman belajar zaman paling happening sebenarnya sebab zaman untuk explore macam-macam. Semoga molek-molek hendaknya untuk anak-anak yang belajar jauh dari mata emak dan ayah. Langsung terasa hendak pergi Ganu makan nasi dagang lepas baca post iniπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap KSarie. Aminnn.... 🀲 Mudah-mudahan begitulah.
      Hehe... terbayang saya akan kesedapan nasi dagang sana, KSarie. πŸ˜‹

      Delete
  5. Anak saya pun dan masuk umur 23 tahun ...kalau dia tak beritahu mak dia, saya pun tak kisah berapa umur...janji habis belajar, bekerja dan berkeluarga ...lancar..ok la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kan, Encik Hanafi. Gitulah harapan kita sebagai orang tua, untuk semua anak-anak.

      Delete
  6. Baca kisah Amirul... teringat zaman belajar dulu-dulu. Mak ayah jauh di kampung, tak sempat nak jengok kami hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dulu macam tu la kan, kak Amie. Kita dulu lebih berdikari, gitu, sebab orang tua jauh.

      Delete
  7. Dania tahun ni umur dia 22 tahun...sekarang ni zaman bekajar dia..SA selalu pesan..elok2 berkawan...jauhkan diri kalau dah notis negativity, jaga diri, soalta jangan tinggal...cuma itu la..bab makan dia x jaga la....makan aje ikut selera....geram SA...bawak kereta bukan main laju...risau kadang....pada dia x laju kereta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda kan, SA. Memang semua benda makan je. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dilindungi Allah ya, SA. Aminn...

      Delete
  8. Di Terengganu keropok lekor tepi jalan pun sedap2. Tak perlu ke kedai ternama.

    ReplyDelete
  9. amboi...lidah tu panjang...boleh sampai hidung.. hahaha.. linda dulu belejar dekat ganu.. bapak hantar masa hari pendaftaran. lepas tu bapak pesan "nanti bapak datang lagi masa ambil scroll je. pandai2 la nak balik kampung macam mana".. hahaha.. dan memang macam tu lah.. teringat masa tingktan 1, bapak hanta sekolah asrama, awal sampai..pukul 9 dah selesai urusan yuran semua...naik asrama letak2 barang.. bapak terus balik.. makan tengah hari dekat dewan makan dah.. budak2 tingkatan 1 yang lain takde yang makan dekat dewan makan.. hahaha.. itu pun nasib baik kakak angkat form 5 bawa ke dewan makan, kalau tak.. memang makan biskut je lah kita tengah hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tak padan muka cikenit bulu kembang itu, lidah panjang.
      Mahal pengalaman Linda. Mungkin sebab itu kot sekarang Linda kuat, pjj dengan suami. Superwoman, gitu. πŸ’ͺ

      Delete
  10. Kasar layanan pada kereta. Mungkin bukan kereta sendiri.
    Seronok dapat beli makanan yang murah.
    Rindu nak baca celoteh Nur. Cuti ini pergi kenduri hari Ahad sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. anak belum tahu susah nak kumpul duit beli kereta sendiri.
      Terima kasih, NA. Saya pun. NA rajin-rajinlah update blog. Hehe.. nanti boleh up cerita makan kenduri, ya.

      Delete
  11. Nah setuju dengan komen kak NA. Biasanya kalau kasar dengan mobil sendiri, sebab bukan milik sendiri, bukan dibeli pakai uang sendiri. Nanti kalau dah bisa beli mobil pakai penghasilan sendiri, pasti lebih lembut perlakuannya πŸ˜„.

    Uwaaaah , baca keropok Lekor, LGS teringiiin lah kak. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setuju! Nanti kita tengok kereta dia beli sendiri, kan. Mesti bawa slow-slow dan lemah lembut, gitu, sayang kereta. Hehe...
      Nanti Fanny buatlah trip ke Terengganu ya. Keropok lekor sana terbaik!

      Delete
  12. Gitulah anak-anak. Dorang lenjan je ikut suka sbb dorang belum rasa beli sesuatu guna duit sendiri. Dulu masa pakai komputer punyalah ammi sayang sbb benda mahalkan...sekarang ni anak-anak kelek laptop mcm bawak plastik je. Tergoleklah...ishhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ammi. Kita kalau guna memang jaga elok-elok sebab barang mahal. Anak-anak sekarang, kan. Nanti dah beli guna duit sendiri nanti, tahulah deme camana.

      Delete
  13. tak pasal2 amirul kena bebel ye hahaha. ramai betul yg duduk rumah sewa tu ye. siap ada ank bulus comel lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, siapa suruh bawa kereta laju dan kasar-kasar pula tu. Huhu...
      Ha ah. Gitulah Mazni, nak jimat duit sewa, ramai orang duduk. Tapi rumahnya besar, tak adalah rasa cramp. Memang geram dengan anak bulu gebu gebas tu.

      Delete