Camana nak bagi habis cerita bulan Januari ini, sedangkan kita sudah dua minggu di bulan Februari. Mungkin saya perlu update lebih banyak entri dalam satu hari. Nantilah saya usahakan. Tapi masa itu sangatlah terhad. Huhu...
Ahad, 25 Januari 2026 - Sambung cerita roadtrip Pantai Timur. Selepas sarapan di hotel, kami balik kampung suami di Tumpat. Tumpat dengan Kota Bharu, tidaklah jauh. Kurang 20 minit, lebih kurang, sampailah kami ke kampung suami.
![]() |
| Tengok Mek dulu |
Lepas tengok Mek, kami ke rumah Pok Wi, abang sulung suami. Orang tua sudah tak ada di kampung. Tinggal adik beradik saja. Pok Wi pula kurang sihat, baru keluar hospital. Senyap sunyi rumah Pok Wi bila kami sampai. Kena bagi salam banyak kali, baru Kak Yah buka pintu. Kak Yah, isteri Pok Wi, sebelum ini berniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Tapi sejak suaminya uzur, tutup sementara kedai di pasar. Pok Wi kata lain kali tak perlu sewa hotel, duduk saja di rumahnya, sebab bilik banyak kosong.
Lama juga kami di rumah Pok Wi. Sembang. Kak Yah siap buat air, padahal sudah cakap yang kami sudah sarapan. Pok Wi masuk hospital sebab tekanan darah rendah, jadi selalu pitam. Sama macam arwah Mek.
Saya tak ada ambil gambar, di rumah saudara. Minta maaf.
Minta diri dulu, sebab nak pergi rumah Jirah pula. Jirah adalah kakak bongsu suami. Jirah sedang memasak di dapur, bila kami sampai. Tak lama, sembang sekejap, bertanya khabar, dan beri keropok yang kami beli di Kuala Terengganu pada setiap rumah yang kami lawati.
Habis tau, keropok yang dibeli di Kuala Terengganu, kami sedekah pada saudara-mara di kampung. Tapi nak tahu tak.. yang magiknya, saya dapat balik keropok itu selang dua minggu kemudian, waktu saya pergi kenduri di Tanjung Karang. Ada teman dari Kuala Terengganu beri sepaket besar keropok ikan tamban dan sepaket keropok lekor. Masya-Allah... rezeki, Alhamdulillah.
Lepas kami ke rumah Jirah, ke rumah Mek Yah pula. Mek Yah adalah kakak suami yang paling rapat. Lokasi rumah pun seberang jalan saja dari rumah arwah Mek. Mek Yah baru balik umrah, semasa bulan Oktober tahun lepas. Ada lagi air zam zam botol besar yang Mek Yah bawa balik. Jadi, sempatlah merasa air zam zam sikit. Alhamdulillah.
Ramai lagi adik beradik suami. Tapi kami tidaklah pergi ziarah semua. Mana sempat saja. Kemudian, kami balik hotel, kemas apa patut dan checkout.
Terus bertolak balik Perak. Terus balik rumah ke camana? Hehe... sambung di lain entri.
Jumpa lagi, ya. 💗

Kena buat 2-3 entri sehari ni kak nur br habis cerita bulan Januari.. hehehe
ReplyDeleteYe la, kakmim. Akak pun rasa begitu.
Deleteterbaik betul kerana masih ada budaya mengunjungi saudara mara ini...murah rezeki dan panjang umur tau...amat digalakkan dalam agama Islam
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi. Kami jarang balik Kelantan, itu yang harus jumpa adik beradik suami.
DeleteAlhamdulillah sambung silaturrahmi dengan adik-beradik suami.
ReplyDeleteRezeki dapat lagi keropok lekor.
Alhamdulillah, keluarga nombor kedua penting lepas Allah. 🥰
DeleteSukanya saya aktiviti ziarah-menziarah begini. Panjang silaturrahim. Dua tahun lepas kami bawa Bonda ziarah keluarga di sekitar Perak selama dua hari.
ReplyDeleteKak Amie ada keluarga di Perak, rupanya. Ramai tu, keluarga, ambil masa dua hari. Alhamdulillah...
DeleteNanti masuk Ramadan entri Ramadan pulak memang kena marathon la update tu. Kalau trip memang banyak posting nak buat.
ReplyDeleteYe, Cie. Itulah, dah habis cerita trip, ada cerita dua minggu bulan Februari pula. Huhu..
DeleteSaya citer bulan 12, banyak lagi episodenya haha. Makan masa sket nk update ni :p
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt jumpa ahli keluarga kt kelantan
Hehe.. takpe, slow-slow Mazni, update. Iyalah, Mazni kerja. Mesti banyak urusan.
DeleteAlhamdulillah. Sebab jarang balik, kena pergi tengok adik beradik yang dekat-dekat.
SA lagi banyak citer tak update...selamg- selamg bercampur dan x ikut date...lantak la..tetap nak simpan jugak dalam blog..syukur dapat jumpa sedara mara..yang kurang sihat kita doakan mereka sihat ye..
ReplyDeleteHehe.. terlampau banyak benda nak cerita ya, SA. Itu pun SA banyak post dalam satu hari. Tak terkejar saya nak baca. 😁
DeleteSalam Ramadan untuk Tot sekeluarga. Alhamdulillah ada rezeki Tot dan suami melawat adik beradik dan sanak saudara dan berkongsi keropok lekor dengan deme. Semakin hari kita semakin meningkat umur memang selalunya akan semakin kurang sihat. Itu lumrah kehidupan
ReplyDeleteSalam Ramadan, KSarie. Alhamdulillah, dapat jumpa adik beradik suami masa balik hari tu. Iya, kan.
Delete