Monday, February 23, 2026

Jangan lupa check folder spam

 Cerita hari Sabtu, 21 Februari 2026. Saya install balik instagram di telefon. Tapi saya lupa password. Saya request untuk reset password. Instagram cakap sudah hantar link reset password ke email, tapi saya tengok di inbox, tak ada pun. Jadi, saya check folder spam. Nak tahu saya jumpa apa? Email dari Mulan! Ya Allah, tepuk dahi saya.

Refresh balik memori, ya. Blogger Mulan adalah salah seorang pemenang Top Commentators tahun lepas di blog saya. Tapi saya tak pos lagi hadiah, kerana tidak terima email dari Mulan butiran peribadinya (Maafkan saya... πŸ™) 

Dipendekkan cerita, sebaik saja dapat alamat, terus saya segera bungkus hadiah dan bersedia untuk pos keesokan harinya.

Bungkusan untuk blogger Mulan

Hairan sungguh saya, kenapa boleh termasuk dalam folder spam. Jadi tersedar diri pula saya. Jadi lain kali kalau kita expecting email dari mana-mana, silalah check folder spam di email. Ini juga apply untuk bahagian Comments di blogger dashboard, rajin-rajinlah check bahagian spam, kot ada komen dari pembaca blog yang bukan spam pun, tapi tersesat masuk situ.

Timbang bungkusan untuk isi maklumat dalam borang online.

Ya, saya mengaku saya ini old school. Mesin penimbang pun masih guna yang lama. Orang lain sudah guna yang digital. Saya masih setia dengan jenis ini. Nak tahu tak, mesin penimbang saya ini sudah lama saya beli, sejak tahun 2008, masa saya masih tinggal di Seri Iskandar, Perak, dan masa itu saya niaga online. Mesin timbang ini masih berfungsi dengan baik, ya, sehingga kini.

Sama juga dengan mesin timbang berat badan di rumah. Pun antik juga. Lagi lama beli, sejak arwah mak saya masih ada, okay. Huhu... Bukan tak pernah beli yang jenis digital. Boleh guna sekejap saja. Setahun ke dua tahun, sudah jadi gila pula mesinnya, keluar berat tidak masuk akal atau malfunction. 

Ok. Saja tulis sini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Jangan lupa check folder spam. 😊

Hari ini sudah 5 Ramadan. Suami saya hari off kerja. Ada misi hari ini, untuk cari baju raya budak Amirul. Hafizan sudah balik Poli Ipoh, semalam, hari Ahad. Tinggal kami empat beranak. Tak boleh cari baju raya hari sabtu dan Ahad, tak kuasa nak masuk mall atau bazar raya, sebab ramai orang. 

Baik. Selamat menjalankan tugas anda semua. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. Jumpa lagi, ye. πŸ’—

40 comments:

  1. Bila nur citer ni akak pun terkena juga tunggu email maklumbalas baju raya. sekali check kat spam rupanya Pn Mulan dah hantar. Lepas tu bila klik bukan spam entah mana dia menyorok jenuh check satu2. Yelah kan nanti lambat pulak pihak penerima dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita ya, kak. Aduh, kena mencari pula. Kalau gmail, boleh pilih move to Inbox, jadi kita tengok kat inbox je. Semoga dimudahkan urusan kak Notie hantar hadiah pada semua pemenang.

      Delete
  2. Betul..memang kena selalu jenguk folder spam..
    Semoga ketemu baju raya nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Linda. Akak check bila perlu saja. Nampaknya lepas ni, kena selalu-selalu jenguk spam juga. Sudah ketemu baju raya, Alhamdulillah.

      Delete
  3. Pernah kena juga tidak dapat jawapan emel rupanya masuk dalam bekas sampah. Ya Allah, adakah Puan Mulan ada tanya mengapa parcelnya belum sampai?
    Barang dulu-dulu tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Mulan pun tak bertanya. Email dari Mulan tu, minta alamat saya. Mulan ada email butiran peribadi sebelum ini, tapi folder spam Gmail akan delete setiap 30 hari. Itu yang saya minta semula.
      Ha ah, NA, barang dulu-dulu buatan bagus dan berkualiti.

      Delete
    2. Saya ingat Puan Mulan tidak bagi alamat sebab tengah berada di luar negara.
      Apapun harap-harap barang itu selamat sampai ke tangan penerima. Lega sudah lunas hantar.

      Delete
    3. Tidak pasti pula saya, waktu tu. Alhamdulillah, NA, sudah selamat sampai. 😊

      Delete
  4. Fuh…syukurlah bukak folder Spam tu, kalau tak sampai ke sudah penerima tertanya-tanya πŸ˜…. Ya, peringatan buat kita bersama - rajin-rajin check folder spam email dan komen blog.

    Oh Nur buat sendiri timbang dan isi borang, lepas tu print borang sesiap eh?
    Saya bawa barang ke kedai kurier, nanti semua orang kurier buatkan. Tapi kadang ada typo masa dia taip details penerima πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, syukur Alhamdulillah. Bila tak pos barang, selagi itu ada rasa macam berhutang.
      Saya isi borang di app Poslaju je, Ujie. Bila pergi pos office esoknya, baru tekan nak Drop Off, dia auto print di kaunter, lepas scan QR Code di kaunter.
      Ha, itu la masalah bila orang courier buatkan, dia taip ikut suka dia. Poslaju senang la Ujie, boleh cuba lain kali.

      Delete
  5. Alamak dah setahun email tu..Mujur sis tgk spam. Thx tu IG =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, nasib baik, IG punya pasal, tercheck spam folder.

      Delete
  6. Ahahaha, memang selalu terjadi, Tot.
    Malah bukan sekadar urusan e-mel saja. Saya kalau semak komen yang masuk di blog pun, mesti saya tengok folder spam juga. Sebab kerap kali banyak yang tersangkut di sana. Macam-macam pelik memang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah Mas, kok boleh masuk spam. Naik musykil kita dibuatnya.

      Delete
  7. Hahah sayalah tu. Tak perasan emel dari kak mulan termasuk kat spam. Seminggu jugaklah baru saya reply emel tersebut 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya, semua kawan-kawan kita alami benda saya, email dari blogger Mulan masuk ke spam. Seminggu ok juga. Akak terus sebulan, folder spam pun dah empty, kena minta lagi sekali butiran dari Mulan.

      Delete
  8. mmg kena check kt spam..tu la kdg2 pelik nape msg masuk situ kan..hah husband cuti tu eok la p cr bj raya time weekdays sbb weekend sure rmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Hairan kita dibuatnya.
      Ha ah, beli time weekdays, aman damai je hari tu.

      Delete
  9. Pernah juga terjadi. Menunggu² sijil online anak², rupanya masuk dekat spam box. Risau le kita dah sijilnya peringkat kebangsaan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sijilnya tu, PH. Nasib perasan di spam ya.

      Delete
  10. Alamak....lepas baca post ni baru tergerak hati nak tengok spam mail. Sekali ada email Mulan di situ. Adoi la...next time nak kena alert juga KSarie ni. Terima kasih Tot di atas pesanannya tu

    ReplyDelete
  11. Mesti sis Mulan tertanya2 mana hadiah aku. Hihi. Ada la tu apa2 yang boleh detect sebagai spam. Tu la kekadang komen rakan blogger ada jugak masuk spam padahal takde apa pun ayatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la, Cie. Selagi tak hantar, selagi tu rasa ada berhutang.
      Komen pun sama, kan. Kadang yang duplicate, dia masuk spam.

      Delete
  12. alamak, kiter pun jarang sangat buka spam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita. Bila tak masuk inbox je, kita cari di spam, kan.

      Delete
  13. memang banyak tu mail dekat spam..kadang kita pun terlepas pandang sebab ingatkan mail yang tak tak ja masuk dalam tu..lepas ni kena check la selalu takut ada yang penting termiss pula hihi...tahniah mulan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, biasa email orang jual barang atau spam je duduk situ. Memang kena check juga, dari masa ke semasa.

      Delete
  14. Saya pun rajin juga intai spam. Pernah beberapa kali boleh buka email dari HP tapi bila buka laptop tak ada pula. Rupanya masuk spam. Tak tahu kenapa. Lepas itu saya hati-hati takut ada emel penting tapi duduk dalam tong sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kak Amie rajin intai spam folder. Itulah, takut ada email penting.

      Delete
  15. CCL tiap minggu wajib laa check folder spam .. kadang ada email penting termasuk dalam folder spam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah CCL, rutin check mingguan. Saya pun nak jadi macam CCL juga. Selama ini, check bila perlu saja contoh tiada di inbox.

      Delete
  16. SA x sempat lagi nak cari baju raya untuk kami 4 beranak...5 la kalau termasuk si Khalaf...selalu khalaf tu bagi duit je...SA nak check folder spam la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cari ya, SA, ada banyak masa lagi.
      Sila, sila, SA.

      Delete
  17. Alhamdulillah sini banyak kedai pakaian. Mudah sikit nak cari baju raya.

    ReplyDelete
  18. Pernah kena banyak kali kawan2 dok tanya tak baca email ke. Anak2 suruh check spam/junk baru lah tau. Sekarang ni berkala2 lah check nya jugak.

    Terima Kasih Nur πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ya. Semoga lepas ni kita jadi ingat untuk check folder spam kita.
      Sama² Mulan. πŸ₯°

      Delete
  19. Saya juga selalu cek kak, terutama komen blog. Krn beberapa kali ada komen teman2 masuk ke spam. Setelah cek, baru hapus isi spam folder. Nanti cek lagi. Ntahlah kenapa sering begitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Hairan macamana boleh termasuk folder spam.

      Delete