Sunday, February 15, 2026

Jogging dan sarapan apa tu...

 Wei... tak habis lagi cerita bulan Januari, kome... 😁 Tak peduli, walaupun sudah lama berlalu, nak post juga. 

Selasa, 27 Januari 2026 - Home sweet home. Berjalan roadtrip sangat enjoy. Tapi duduk rumah juga, hati rasa aman tenteram. Pada pagi Selasa itu, suami ada kerja. Dia ada aktiviti bersenam angkat beban di pejabatnya. Suami campak saya di padang Astaka, Sitiawan, dalam perjalanan nak ke officenya.

Langit pagi
Langit pagi

Sorang-sorang la kita, berjalan slow-slow. Bagus la. Sebab kome tahu tak, balik dari roadtrip, berat saya naik 2 kilo? Huwaaaa...... 

Kembalilah kita ke menu sihat (sihat la sangat) ya. Hentikan manis dalam air, lebihkan manis dalam senyuman.

Aktiviti morning walk menggunakan Garmin Connect
Berjalan selama 1 jam 20 minit, dengan jarak 6.69 kilometer.

Berjalan sekejap. Slowjogging sekejap. 3 pusingan, pusing padang, sebelum suami datang ambil saya semula lepas dia habis aktiviti. Alhamdulillah.

Lepas bakar kalori, top-up balik kalori. Kami pergi sarapan di PAKAR (Pasar Komuniti dan Karavan) Manjung.

Roti jala dengan kuah kari
Roti jala cicah kuah kari

Ini hidangan sampingan. Kongsi makan berdua. Roti jala lembut, kuah kari pun cukup rasa.

Nasi goreng dengan sambal paru
Pinggan suami

Suami saya makan nasi goreng dengan sambal paru.

Nasi goreng ayam
Pinggan saya

Saya makan nasi goreng ayam. Lepas makan, rasa nasi gorengnya sedap. Pesan menu sama untuk Sulaiman di rumah.

Syukur Alhamdulillah. Kembali kepada rutin biasa di rumah. 

Jumpa lagi, ye. 💗

18 comments:

  1. nasi goreng ada sambal paru sedap tu

    ReplyDelete
  2. Roti jala kalau lembut memang sedap cicah dengan kuah kari. Nasi goreng pun nampak sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cie. Memang sedap, itu yang bungkus juga tu.

      Delete
  3. Sepanjanh road trip bnyk makan sedap2, balik rumah kena bertaubat kalori balik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Mazni. Bila roadtrip, rugilah diet-diet cut sugar. Nanti meleleh ailio.

      Delete
  4. Bagusnya nasi goreng ada sayur kobis.
    Betul rumah itu yang seronok. Kalau keluar mesti rasa hendak cepat balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan, NA. Saya teringin masak nasi goreng letak kobis, tapi nanti adalah budak kat rumah ni muncung mulutnya.
      Betul, betul. Rumahku, syurgaku. 🥰

      Delete
    2. Sayapun tidak habis tulis cerita bulan Januari. Hehe terfikir hendak tulis ke tidak. Tengah mood malas dan masuk bulan Ramadan.

      Delete
    3. Terpulang. Kalau NA rasa nak bercerita di blog, ada saja yang minat untuk membaca. 😊

      Delete
  5. SA jer yang x insaf lagi ni..bila ntah nak briskwalk semula..tapi hari2 SA berjalan jauh dari MRT ke office dan dari office ke MRT...hahaha...tengok la cuti CNY 2 hari ni...tapi ada plan nak pi cari baju raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira exercise juga tu, SA. 👍
      Shopping sambil berjalan kira briskwalk juga tu, dalam mall. Hehe..

      Delete
  6. Memang suka duduk di rumah juga, kalau keluar untuk urusan penting sahaja.

    ReplyDelete
  7. Home sweet home begitu ye. Baguih betul Tot ni. Sampai je rumah esoknya terus briskwalk. Dia bila roadtrip JJCM ni memang biasanya berat akan naik kan. Tapi apa pula ceritanya kalau sesi berjimbaan tapi makan berkira-kira kalorinya. Tak enjoy la kan macam tuh😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KSarie. Pendek kata, tak payah la diet-diet kalau ber-roadtrip. Nanti meleleh ailio terkonang benda yang kita tak makan. Bukan selalu dapat berjimba-jimba ni, lagi-lagi di negeri orang.

      Delete
  8. Hahaha..sama la kita cerita bulan januari masih ada yg belum post ..alih² terperam macam tu jer .. kadang tak da idea nak tulis apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tunggu idea datang ya, CCL. Boleh buat entry throwback, gitew..

      Delete