Thursday, February 12, 2026

Makan malam Kota Bharu

 Sabtu, 24 Januari 2026 - Kesinambungan pencarian tempat makan kami dengan menaiki kereta pula. Suami memandu ke arah kawasan berdekatan Lotus Kota Bharu. Di situ, barulah nampak beberapa kedai makan yang buka. Pilih satu yang kurang orang sikit, berbanding satu kedai makan yang agak penuh, dan kami lihat beberapa meja belum terima makanan. 

Kami harus menyeberang jalan utama sebab Restoran Sukri ini lokasi bertentangan. Masa nak menyeberang jalan tu, saya hampir kena langgar kereta, tau. Giler gangster orang yang bawa kereta tu. Kereta tu jauh lagi dari saya, itu yang saya dan suami cross jalan. Tiba-tiba kereta tu boleh pecut laju, macam nak langgar kami. Suami saya lari sambil tarik tangan saya. Sengaja je macam nak langgar orang. Geram nak ketuk cermin kereta dia, sebab tak jauh dari situ, trafik light warna tengah merah. Bawa laju-laju, berhenti trafik light juga. Urut dada, sabor sabor.

Restoran Sukri, Kampung Sireh, Kota Bharu
Restoran Sukri, Kampung Sireh, Kota Bharu.

Bila kami duduk saja, orang kedai datang bawa menu. Pesan makanan goreng-goreng saja. Menu dia ada pelbagai jenis sup, lauk standard kedai tomyam biasa, menu western pun ada, keropok, kerabu, air minuman biasa, air buah, dan lain-lain.

Bahagian dalam Restoran Sukri, Kampung Sireh, Kota Bharu.
Tempat buat air, dan bahagian lokcing dan ramen.

Tak lama pun tunggu pesanan kami sampai. 

Nasi goreng biasa, telur mata
Nasi goreng biasa, telur mata.

Yang ini, pinggan saya. Sedap, Alhamdulillah. Nasi goreng cukup rasa. Bahan tambahan pun banyak, macam sotong dan ketulan ayam. Nasi goreng agak membukit juga.

Nasi goreng kampung
Nasi goreng kampung

Saya rasa sikit nasi goreng kampung suami. Nasi goreng biasa saya lebih sedap. Hehe..

Telur dadar
Telur dadar

Haruslah pesan juga, telur dadar.

Ayam masak merah
Ayam masak merah

Alhamdulillah. Sedap. Perut kenyang. Boleh balik hotel, titon. 😁 

Rasa macam ada yang kurang. Sebab biasanya, bila balik Kelantan, mesti terus balik rumah, tengok Mek (mak mentua saya). Tapi ini, sampai Kelantan, tidur hotel. Tak biasa lagi. 

Baiklah, sambung lain entri, ya. Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. Nasib baik tak de apa-apa. Biasa perangai orang ialah pecut sebelum lampu merah. Sebab itu elak melintas jalan yang tidak jauh daripada lampu isyarat..Kalau mereka langgar pun secara undang-undang tidak salah kerana kita lintas jalan bukan pada tempat yang betul kecuali garis melintang atau depan trafik light yang ada fungsi orang melintas jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Encik Hanafi. Tapi lampu isyarat sudah merah. Saya pun faham kalau lampu hijau, orang drive laju nak kejar trafik light.

      Delete
  2. nasi goreng ada telur dadar lps tu kalo ada sup kosong pn sodap

    ReplyDelete
  3. geramnya baca perangai kereta tu. mesti dia jenis manusia yg bila nampak orang bagi signal nak masuk lorong, dan2 tu dia tekan minyak kan. last2 benti kat lampu merah gak haishh.

    nasi goreng biasa tapi ada sotong? wauu best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pelik orang zaman sekarang. Tak tahu apa dia nak tunjuk.
      Alhamdulillah, Mazni. Sedap elok, boleh repeat lain kali.

      Delete
  4. Geram dgn org drive gini, membahayakan org lain.
    Telur dadar tu nmpk crispy la 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, PH. Sabor je la.
      Ha ah. Telur dadar dia pandai goreng. 😋

      Delete
  5. Bahayanya..mgkn dia nk kejar lampu tu kot sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu dah merah, Nieza, itu pasal kami lintas.

      Delete
  6. berderau darah geramnya dgn org mcm ni mesti kejar traffic light tu tak perasan akak tengah melintas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejor apanya, lampu pun dah merah, Afzan. Memang sengaja kacau orang tua nak melintas malam².

      Delete
  7. hish teruk tul pemandu tu. Dah nampak orang melintas lagi nak kejor trafik light pulak. Bukannya hijau dah sah merah kena berhenti

    ReplyDelete
  8. Nasib baik tiada apa-apa. Satu hal kalau kena langgar.
    Alhamdulillah makanan sedap di Restoran Sukri.

    ReplyDelete
  9. ya allah...nasib baik xde pape yang berlaku..syukur...x suka la orang jenis mcm tu bawak kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, SA. Alhamdulillah, selamat. Itula. Tak tahulah, pelik kan.

      Delete
  10. Ya Allah... kadang2 manusia kita tak boleh jangka

    ReplyDelete
  11. Suka betul kalau telur dadar macam tu kejadianya... luar crunchy, dalam lembut

    ReplyDelete
  12. seronok baca pengalaman makan malam di Kota Bharu ni! Menu nampak macam simple tapi sedap-sedap, nasi goreng tu memang buat lapar tengok gambar.

    ReplyDelete
  13. Yang kuban-kuban aje perangai sesetengah orang yang memandu ni. Membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri. Alhamdulillah Tot dan suami selamat. Kadang-kadang menu simple buat rasa bahagia kalau sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KSarie. Alhamdulillah, selamat. Betul. Perut pula tengah lapar. 😊

      Delete