Saya pergi ambil ubat susulan di hospital tadi. Terlebih dahulu, perlu buat temujanji untuk ambil ubat kita melalui borang online yang diisi dua minggu lebih awal.
Hospital akan beri nombor rujukan ambil ubat melalui whatsapp.
Sudah tiada servis drive-through seperti sebelum ini. Sejujurnya, saya lebih suka ambil ubat pandu lalu sebab tak perlu turun kereta. Sekarang ini, sudah jadi servis park and take, kena la park kereta.
Parking kat hospital ini pula, terhad. Tengoklah kalau ada rezeki, adalah kosong. Tak ada, kena parking luar hospital dan jalan kaki masuk ke farmasi hospital.
Hari ni, nasib baik suami belum masuk kerja. Jadi, dia campak saya depan laluan nak ke farmasi dan dia pergi park kereta.
Ini pertama kali saya guna kaedah Park and Take ini. Tak susah pun nak cari kaunter, sebab betul-betul tepi farmasi. Ada tiga orang sedang beratur.
Seorang, lebih kurang seminit je. Tak lama, sebab ubat dah ada, cuma petugas farmasi perlu cari based on nombor rujukan. Sampai giliran saya, sekejap je dah settle.
Kalau ambil ubat cara lama, iaitu ambil nombor dekat farmasi, saya pernah kena tunggu sampai 1 jam. Memang ramai.
Alhamdulillah. Settle ambil ubat. Kome hari ni, nak masak apa? Boleh la rehat. Esok Sabtu dan Ahad. Tidur macam tak cukup, di bulan puasa ni. Saya bangun siapkan sahur setiap hari pukul 4 pagi. Semalam kepala saya sakit. Dari petang lagi. Lepas maghrib saya tak pergi la masjid. Terus tertidur, dan jaga pukul 11 malam. Lega betul lepas tidur tu. Hilang sakit kepala. Terus Isyak pukul 11 malam. Saya pula, bukan jenis tidur siang. Tak biasa tidur sebentar sebelum zohor tu. Itulah cabaran bagi saya di bulan puasa ni, tak cukup tidur.
Kalau update blog guna handphone, kita jadi rajin nak cerita semua benda. Kalau guna laptop, malas jadinya nak update blog. Hehe.. ok la. Jumpa lagi. 💗


Kat HPJ ada park khas buat sapa yang nak ambil ubat. Jadi takde lah susah sangat nak ambil ubat.
ReplyDeleteLagi senang mcm ni.
ReplyDeleteOh dah takde drive through ambik ubat ye? Patutnya kena ada parking khas la kot utk Park & Take ni
ReplyDeletesalam ramadhan., aminn
ReplyDeleteWah, pengalaman “Park and Take” ni macam upgrade versi drive-through, tapi tetap drama parking ya 😅 Syukurlah settle cepat, tak perlu tunggu lama macam dulu.
ReplyDeleteDah tiada pandu lalu ya? Tidak seronoklah.
ReplyDeleteSaya seorang. Emak dan Abah balik kampung. Buka apa yang ada dalam peti sejuk.
Saya memang kemaskini blog dengan telefon bimbit.
Dah lama tak pergi KK, taktau pulak ada park and take ni. Baguslah utk org yg nk ambil ubat saja, takyah sampai kena ambil nombor dan tunggu giliran
ReplyDeletekalo yg drive thru lg senang kn
ReplyDeleteSama la kita Nur...x cukup tido..mujur Dania ada uruskan sahur dan berbuka..dia tau mama dia berulang kerja jauh hari2...weekend x dpt pun rehat lama..turn SA plak masak..adik2 balik kan...
ReplyDeleteKalau guna handphone, rasa macam tengah sembang je… idea laju je keluar. Nampak je apa-apa terus boleh taip, terus publish. Tak sempat fikir panjang pun.
ReplyDelete