Ini post terakhir tentang cerita Roadtrip Pantai Timur.
Hari Terakhir
Isnin, 26 Januari 2026 - Kami tak check-out hotel lagi, tapi pergi cari sarapan di sekitar pekan Gerik. Jumpa satu kedai makan buka, berhampiran lampu isyarat di jalan utama nak ke keluar pekan.
Nama restoran, Sri Ratna Tanduk Rusa. Mungkin mengambil nama sempena replika tanduk rusa yang ada berhampiran restoran.
Sudah banyak hidangan atas meja seperti nasi, mi dan bihun goreng, dan lauk pauk atas meja. Orang pun sudah ramai menjamu selera.
Ada seorang pakcik tua ni, macam baru balik dari masjid. Jalan slow slow je, tapi tersenyum je tengok kami. Comei pakcik. Dia tegur suami,"Dari mana?" Macam tertulis kat dahi ni, kita orang luar, dan orang boleh nampak. Suami cakaplah,"Kami dari Kelantan, nak balik Lumut." Hui... jauh jalan, pakcik comei kata, sambil tersenyum. Pakcik comei bungkus makanan bawa balik.
Saya ambil nasi goreng dan telur dadar. Suami pergi tambah sambal ikan bilis petai dalam pinggan saya. Saya dari hari tu di Ana Ikan Bakar Kuantan, menahan keinginan nak makan petai. Tapi tak boleh, sebab lepas makan petai saya selalu sakit perut. Pagi itu, lantak ko la perut, sudah nak balik rumah, saya pun makan la.
![]() |
| Nasi goreng, telur dadar tebal dan sambal ikan bilis petai. |
Sedap, wei... sampai dah separuh makan baru teringat, aku belum ambil gambar la. π Alhamdulillah, lepas makan, kami kemas apa patut di hotel, melepaskan hajat, check-out hotel, singgah Zus cawangan Gerik, beli kopi, dan mulakan perjalanan balik rumah Lumut.
Selamat sampai dalam 2-3 jam kemudian, ikut jalan lama.
Rumusan Roadtrip Pantai Timur
πΈ Perjalanan roadtrip kami selama 6 hari, 5 malam.
πΈ Satu malam di Pahang, dua malam di Terengganu, satu malam di Kelantan, dan satu malam di Perak.
πΈ Dari Perak, ke Pahang, Terengganu, Kelantan, dan kembali ke Perak, jumlah jarak sejauh 1,248 kilometer.
πΈ Ketiga-tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan ada sejarah masing-masing dalam hidup saya.
πΈ Pahang, tempat saya belajar, sebulan tinggal di Kuantan, tiga tahun saya di Jengka.
πΈ Terengganu, tempat anak sulung belajar, di Dungun. Tapi lain-lain tempat saya tak pernah sampai lagi.
πΈ Kelantan, kampung suami saya di Tumpat. Mungkin lain kali ada lebih masa, boleh explore tempat-tempat menarik di Kelantan pula. Hari tu, kami cuma ziarah keluarga. Walaupun orang tua sudah tiada, adik-beradik masih ada.
Syukur Alhamdulillah, happy kami, sepanjang roadtrip ini. π₯° Kali ini, kami duduk hotel. Lain kali, suami merancang untuk modify kereta, kami tidur dalam kereta saja, mungkin bermalam di tapak perkhemahan. Nak ubahsuai kereta pun perlu bajet, kita buat slow-slow ikut kemampuan.
Jadi, roadtrip seterusnya, nak ke mana pula? Utara? Selatan? Zon tengah? Hehe... tak tahu lagi. Tengok lah seru datang pergi mana, dan rezeki banyak mana. Kami ni jenis old fashion sikit. Orang naik kereta, kami suka jalan kaki. Orang naik kapal terbang, kami suka naik kereta. Kalau boleh, nak naik pengangkutan awam saja, seperti bas atau keretapi untuk explore kawasan menarik di negara kita.
Sekian cerita Roadtrip Pantai Timur kami. Terima kasih, kerana anda sudi baca.
Jumpa lagi, ye. π

Boleh la naik ETS pula ka..hihi..nanti ECRL dah siap..boleh la..
ReplyDeleteLinda teringin nak naik ketapi p Dabong...
Kan... naik ETS, ECRL, laju sikit.
DeleteYa la, menarik naik keretapi pergi Dabong, macam trip KSarie share.
Oh pernah belajar di Jengka ye. Cie dulu 1st posting kerja di Hosp Jengka 1/12/2008.
ReplyDeleteHa ah, Cie. Ooo.. saya 2008 dah duduk KL. Pernah pergi Hospital Jengka, sebab tak sihat masa belajar sana, warden bawa. Hehe..
DeleteBest tgok kak nur menyongket sana sini. Next time try pegi belah utara pulak laa. Pi sampai ke perlis nun, cantikk!
ReplyDeleteInsya-Allah, kalau ada rezeki, Mazni. π
DeleteSeronok jalan naik kereta singgah satu-satu tempat. Macam berbulan madu juga sebab berdua.
ReplyDeleteHehe kalau saya nak kata ada sejarah cuma di Kota Bharu sebab Abah pernah kerja sana jadi pernah tinggal Kubang Kerian. Seronok juga kalau pergi tempat kita pernah tinggal atau belajar.
Ha ah, berdua je. Sulaiman tak mahu ikut.
DeleteOh, pernah tinggal di Kubang Kerian. Betul, menggamit memori silam, dan dapat lihat perubahan tempat.
Ya rindu tengok perubahan tempat. Ini ada satu rumah sudah lama tidak tengok. Entah bila ada kesempatan.
DeleteJauh ke? Wah... semoga NA berkesempatan pergi tengok. Tapi nak masuk bulan puasa ni, memang tak ke mana, kan, kecuali rumah dan masjid.
DeleteSA suka jalan- jalan macam ni...nanti nak ajak suami plak la berjalan berdua macam Nur...
ReplyDeleteSila, sila. Seronok, SA. Macam honeymoon. π
DeleteBestnya roadtrip. KSarie memang suka roadtrip. Eh tapi KSarie asal tak perlu pergi ofis memang bahagia dahπ Baca catatan Tot tentang RoadTrip Pantai Timur ni langsung rasa terkinja-kinja hendak berjimbaan padahal duitnya sekupang je yang ado niπ
ReplyDeleteHaha... faham, faham. Sama macam saya, kalau tak perlu masak. Rasa bahagia, gitew. π Takpe KSarie, kita kumpul duit dulu. Dapat roadtrip sekali setahun pun, dah cukup baik. Syukur...
DeleteAaa ..bestnyaaa mcm niii boleh singgah ke beberapa negeri ..
ReplyDeleteMemang best, CCL. Jalan-jalan tengok tempat orang, tukar angin. π
Delete