Ini entri sebelum bulan puasa ya. Saya belum habis lagi cerita ni. Sikit jer lagi, baru nak masuk cerita terkini. Mohon maaf ya, sekiranya gambar makanan buat kome terliur. Sabor, sabor, nanti dah nak buka puasa dah.
Jumaat, 6 Februari 2026 - Saya rasa malas nak pergi jogging. Saya ajak suami jjcm jer. Dia bila orang ajak jjcm, laju je bersiap. π Kami tuju ke arah Taiping. Tak jauh pun Manjung dengan Taiping, lagi-lagi kalau ikut highway WCE. Saya jumpa tempat ini, menerusi google Maps.
Kali pertama kami datang sini. Ater.. jom la kita masuk.
![]() |
| Kedai makan di bawah pokok besar. |
Ada banyak kereta parking tepi jalan, untuk makan di kedai ini. Kalau gambar dalam entri ini nampak kecil, kome klik saja gambar ya, untuk paparan lebih jelas.
![]() |
| Papan tanda kedai Ana yang Punya |
Kalau tengok penerangan di google, tertulis Warung pelbagai hidangan melayu.
![]() |
| Papan tanda dalam kedai. |
Kami pilih tempat betul-betul depan dinding ada papan tanda ini. Banyak tempat boleh duduk. Waktu kami masuk kedai, ada ramai orang juga, tapi tempat kosong pun banyak.
![]() |
| Ini menunya. |
Menu dicetak macam surat khabar, tertulis Utusan Ana. Antara menu yang ada termasuklah nasi goreng pelbagai jenis, nasi dagang, nasi minyak, roti bakar, puri, tempek nyor bersama sambal ikan bilis (lempeng), nasi lemak pelbagai lauk, ada juga set kombo seperti set kembong, set keli, nasi ayam gepuk, nasi kerabu pelbagai lauk, nasi lemuni, bihun/mee/kuetiau sup atau goreng atau kari, laksa johor, eh... banyaklah makanan ada.
![]() |
| Menu set nasi berserta lauk dan air |
Pilih punya pilih, berikut apa kami pilih untuk makan pada hari tu.
![]() |
| Suami pesan nasi kerabu |
Sedap, nasi kerabunya. Cukup rasa.
![]() |
| Tempek nyor dan sambal ikan bilis |
Atau dikenali juga dengan nama lempeng kelapa. Sambal dia sedap. Mungkin lain kali datang sini, kena cuba nasi lemak dia, sebab sambal sedap. Macam orang tua dulu-dulu masak.
![]() |
| Air lemon ais kosong dan teh o panas kosong. |
Gatal pi order lagi satu hidangan.
![]() |
| Roti scrambled egg |
Alaaa... dia letak sos atas scrambled egg. Kalau telur kosong je pun dah okay. Tak payah sos, sebab bukan semua orang suka sos.
Kenyang makan sini. Alhamdulillah, sedap. Boleh datang lagi lain kali untuk cuba menu lain pula.
Jumlah harga sarapan kami ialah RM21.30.
Sekian laporan. Jumpa lagi, ye. π









Boleh masuk list untuk saya cuba ni. Lalu highway tu kan kadang saja kami exit cuba makan mana-mana tempat.
ReplyDeleteSaya pun tak suka kalau peniaga letak sos gitu, sama macam kalau order nasi goreng pataya diletaknya sos selambak atas telur.
Bagus tu, Ujie. Tempat Ujie share hari tu, yang rumah di Kuala Kangsar, saya baru perasan hari tu, tapi bila lalu, ramai orang, lain kali lah try.
DeleteKann.. sos dia pula jenis manis.
unik buku menunya tu...kita pn byk lg entry makana2 nk update yg sblum puasa
ReplyDeleteKann... hehe.. takpe Mamatisya, boleh update bila free, slow-slow. Jadi entry campak belakang.
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteUdah lama berlalu, Wak..
DeleteBoleh masuk list ni :)
ReplyDeleteSila, sila. π
DeleteBanyak jugak menunya tu. Cie pun sama tak suka sos atas telur gitu.
ReplyDeleteBetul, banyak menunya, Cie. Sama kiter.
DeleteHebatnya daya tarikan tu kan..masakan dia yang masak hehehe
ReplyDeleteYa, Cikgu. Kena pandai cari kelainan kan cikgu, tarik pelanggan.
DeleteSelamat menjalani ibada puasa ya..
ReplyDeleteSelamat berpuasa untuk cikgu juga.
DeleteSamval air tangan orang dulu-dulu menang sedap kan Nur.
ReplyDeleteye, kak Amie. Tak sama macam kita masak.
Deletetak suka jugak kalau telur diletakkan sos... apapun, menu semua nampak best
ReplyDeleteSama kita ya, Mazni. Alhamdulillah, sedap. Boleh repeat lain kali.
Deletedekat taiping banyak kedai2 macam ni, tapi incikSuami kena diajak, baru nak gerak.. haisyhhh.. hahaha.. kita kadang2 nak la suami yang ajak dulu.. hahaha
ReplyDeleteKalau tunggu suami ajak, bagai menunggu bulan jatuh ke riba gitew, bagi akak. Kita la yang kena beri arahan, Linda. π
DeleteYes...betul kak..tapi, bukan nak berkira.. kalau Linda ajak, maknanya Linda kena belanja..hahaha...tak boleh..tak boleh...
DeleteHaha... okay, paham, paham. π
DeleteBalik Taiping boleh tr makan sini nanti.
ReplyDeleteSila, sila, Mulan. π
DeleteBoleh masuk wishlist ni.. nampak makanan dan environment menarik di bawah pokok besar tu.. ☺️
ReplyDeleteSila, sila, Encik.
DeleteMasuk dalam wishlist sebab ada lempeng nyior tuh. Macam-macam pilihan menu yang ado. Rambang mata ni. Nasib baik baca blog ni lepas buka puasa. Kalau idok sure terliurπ
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, KSarie. Lepas raya boleh cuba. π
DeleteSubhanallah banyaknya menu. Kena datang lagi cuba menu lain.
ReplyDeleteYe, NA. Banyak pilihan ada. Sampai tak tahu nak order mana satu. Ye, Insya-Allah, boleh singgah lagi lain kali kot ke Taiping.
DeleteNampak menyelerakan ..boleh masuk ke dalam wishlist incase kalau turun taiping boleh singgah ..
ReplyDeleteSila, sila, CCL.
DeleteMurah betul sarpaan kat situ ye...menarik plak tu...
ReplyDeleteHa ah, murah, SA. Sedap pun, sedap.
DeleteSaya tak paham kenapa orang suka sangat letak sos banyak di atas telur lah, kentanglah etc. Saya pun tipe yg tak suka Pakah sos. Sekedar coba sedikit oke, tapi letak dalam wadah terpisah.
ReplyDeleteTerlepas dari sos, semua makanan memang nampak sedap kak πππ. Tempatpun nyaman . Memang teringin lah nak coba juga
Betul tu, Fanny. Kalau sosnya letak asing, okay juga.
DeleteItulah. Orait juga tempatnya. Bolehlah repeat lain kali.