Sabtu, 1 Syawal 1447H, bersamaan 21 Mac 2026, tidak ada banyak aktiviti pun yang nak dibuat yang melibatkan raya. Selain ziarah papa dan makcik di rumah Rawang, saudara-mara yang lain tak ada di Lembah Klang. Ada saudara, tapi mereka semua tidak available pada hari itu, untuk kita datang bertandang. Jadi, saya dan keluarga cuma lepak di homestay.
Oleh kerana lokasi apartment di atas mall, saya pergi berjalan di mall, saja meng-explore, sorang-sorang, lepas Asar. Starling Mall itu, ada Decathlon juga, tapi kecil dan pada hari saya pergi tengok, macam semak pula. Mesti sebab ramai pekerja cuti hari raya. Tak tersusun baju yang orang cuba, tergantung di rak.
Ada kedai Le Gourmet juga, yang menjual perkakasan memasak seperti periuk, segala mak nenek gajet memasak. Saya tengok dari luar kedai saja. Saya takut nak masuk. Dekat rumah saya ada satu periuk Le Gourmet. Memang selalu pakai, sebab periuk kualiti baik, harga pun.... boleh tahan la ya. Di saat zaman perang di Timur Tengah dan kita harus berjimat ini, saya pun ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak masuk kedai ini. Pejam mata, pejam mata... bahaya....
Dari satu tingkat ke satu tingkat saya berjalan. Satu terapi bagi saya. Saya memang suka berjalan seorang diri. Oleh kerana di kawasan saya, tiada Jaya Grocer, maka saya tidak melepaskan peluang lah untuk masuk ke Jaya Grocer. Selama ini, baca kawan-kawan blogger cerita saja. Kali ni, pertama kali saya masuk. Memang elok supermarketnya, macam-macam barang ada. Barang yang tidak dijual di pasaraya di rumah saya. Maklumlah, saya duduk luar bandar. Buah-buahan dan sayuran segar, seronoknya tengok jamu mata. 😍
![]() |
| Beli ramen cup sebab Hafizan request. |
Duduk homestay yang ada kemudahan dapur dan microwave ini, tak sah la kalau tak masak maggi cawan, ye dak. Beli juga mee segera dalam cawan.
Eh eh... lama juga saya berjalan dalam mall sampai cukup 10 ribu langkah. Lepas tu, saya join kakak-kakak dan anak-anak yang nak mandi kolam renang.
Saya tukang jaga barang dia orang je. Tiada pakaian renang.
![]() |
| Elok cuaca macam nak hujan petang itu. |
Angin bertiup sekali-sekala. Orang pula tak ramai yang mandi di pool. Ada seorang ayah dengan anak perempuan kecil sedang mandi, tapi di tempat cetek untuk kanak-kanak. Swimming pool Somerset ini, berada di tingkat 6, satu level dengan reception, residents lounge dan gym.
![]() |
| Seronok dia orang jadi dugong |
Pemandangan bangunan tinggi seperti apartment dan bangunan pejabat, di kawasan bandar Petaling Jaya.
![]() |
| Boleh nampak pelangi tak? |
Bila ada pelangi, maknanya ada titisan air di awan tu. Tak lama kemudian, angin bertiup membawa awan mendung ke tempat kami dan hujan mulai turun.
Saya masih duduk tepi kolam, sebab ada payung piknik besar di tempat saya duduk. Jadi, barang-barang seperti pakaian dan tuala, tak basah.
![]() |
| On your mark, get set, go! |
Siap lumba berenang lagi deme ni. Siapa boleh selam paling lama. Belajar teknik apungkan diri, dan sebagainya. Bila anak-anak seronok, saya pun tumpang seronok. Jarang-jarang anak saya mandi kolam renang ni. Dulu masa dia orang kecil, selalu. Walaupun tempat tinggal saya dengan laut tak jauh, tapi dia orang tak minat mandi laut.
Lepas mandi, naik atas homestay, semua lapar. Pakat sambung makan juadah raya. Malam itu pengsan awal. Ada perancangan untuk workout di gym, tapi semua orang hanyut awal sebab keletihan berenang macam dugong.
Okay. Sekian cerita aktiviti petang raya pertama kami.
Jumpa lagi, ye. 💗





Saya pun suka masuk Jaya Grocer, biasanya di KLIA2. Seronok. Macam-macam ada, penuh warna-warni dengan segala sayur dan buah-buahan serta barangan lain cantik dan menarik.
ReplyDeleteKan kak Amie. Macam-macam ada. Benda yang tak ada di pasaraya biasa. Menarik sungguh.
DeleteKat bandar2 ada la Jaya Grocer tu. Suka tengok buah & sayur semua fresh.
ReplyDeleteBetul, Cie, buah oversea semua banyak. Menarik sungguh tengok.
DeleteAlamak saya belum lagi masuk Jaya Grocer.
ReplyDeleteKena joint the crowd ini😅. Hehe.
Memang seronok jalan sorang-sorang cuci mata tengok kedai dan barang dalam ousat beli-belah. Rindu hendam buat
Eh silap join the crowd. Hehe silap taip joint.
DeleteHehe.. takpe, NA, saya faham.
DeleteBetul, jamu mata tengok barang, tengok gelagat orang, me time, gitew.
Seronok masuk jaya grocer.. memang batang semua fresh².. harga up sikit lah
ReplyDeleteBetul, Linda, harga barang mahal sikit.
DeleteJaya groger masuk memang rambang mata tapi harga boleh tahan juga. Kadang tergoda bila tenguk buah fresh bila tenguk harga alamakkkk
ReplyDeleteHaha.. betul, betul, kak. Kena sedia pitih lebih. 😁
DeleteMantap Tot berjalan dalam mall dapat 10K steps💪Jaya Grocer memang molek-molek dan ada barang yang tidak ditemui di mall macam AEON pun tapi itu la harganya agak kayangan😅Seronok semua mandi manda di pool ye
ReplyDeleteTak sedar pun, sebab banyak tempat menarik dan dalam mall, sejuk ber-aircond, memang syok berjalan, KSarie.
DeleteBetul. Setuju tentang harga barang tu.
Ha ah. Syok dia orang, sekali-sekala, jadi dugong. 😁
Jaya grocer fav saya kalau nak belanja coklat dan eskrim 😄. Sebab di KLIA ada. Jadi biasanya saya masuk lihat2, lalu beli lah coklat dan eskrim yg biasa tak ada di Indonesia 😄
ReplyDeleteHaha.. wah.. ada juga di KLIA, ya. Coklat-coklat dalam Jaya Grocer tu memang menggoda iman betul ya, Fanny. 😋
Delete