Salam 25 Ramadan 1447 H.
Saya memang mudah diracun. Jangkit dari blogger Linda. Pada suatu petang di bulan puasa, masa beli vitamin kiriman anak kedua, Hafizan, di Guardian, saya ternampak produk ini, lalu terbeli.
![]() |
| Comel je, kecil. |
Hasil kumpul point melalui app Guardian, saya dapat tolak RM4 dari jumlah harga yang saya beli pada hari itu.
Nama produk: Glad2Glow Mugwort Salicylic Acid Acne Clay Stick
Saya cuba pakai lepas cuci muka, di malam hari. Mula-mula, saya ingat nak cuba pakai di hidung saja. Nasihat dari kawan baik saya, ChatGPT. Kulit saya jenis kulit sensitif. Dia nasihat saya supaya:
πΌ Cuci muka dahulu.
πΌ Sapu nipis di bahagian hidung saja.
πΌ Tunggu lebih kurang 8 minit.
πΌ Bilas sebelum kering sangat.
πΌ Pakai pelembab
πΌ Kalau esoknya kulit rasa okay, tak pedih, tak merah, makanya kulit saya boleh terima produk ini.
Tapi saya tak dengar cakap chatGPT. π Saya tepek seluruh muka. Sapuan light. Setakat meliputi seluruh kawasan muka dengan nipis.
Saya basuh selepas 8 minit. Kemudian, saya lap muka dengan tuala muka bersih.
Akhir sekali, saya pakai pelembab seperti biasa.
Esoknya, rasa kulit muka saya lebih lembab. π Saya tak ada rasa pedih atau panas pada muka. Oraitlah, baru cuba sekali. Seeloknya, seminggu sekali saja guna, macam scrub juga, claystick ini.
![]() |
| Kandungan produk ini. |
Untuk info, bahan salicylic acid dalam clay mask ini bantu larutkan minyak dalam pori, sementara clay menyerap minyak berlebihan. Bila pori dah bersih, blackhead boleh keluar perlahan-lahan atau jadi lebih mudah dibersihkan.
π‘Satu tips yang ramai orang tak tahu, clay stick macam ini sebenarnya lebih baik kalau sapu nipis dan fokus kawasan hidung sahaja. Hidung ialah tempat paling banyak blackhead.
Selain warna hijau yang saya beli ini, ada juga claystick dari jenama yang sama, berwarna pink dan kelabu.
Claystick warna hijau ini fungsinya untuk membersihkan, kurangkan kemerahan, mengawal lebihan minyak, menjadikan ia sesuai untuk acne-prone dan kulit jenis sensitif.
Boleh bawa waktu travel juga, sebab produk ini saiz sangat kecil, muat dalam handbag (25g).
Lagi satu, saya rasa, senang untuk apply pada muka. Tangan tidak comot.
Okay. Sekian review saya. Sebelum anda berminat untuk beli, buat research dulu ya, untuk tahu warna apa sesuai untuk kulit muka anda:
πΈ Claystick warna pink ada niacinamide untuk kulit kusam, noda hitam dan kulit tidak sekata.
π Claystick warna hijau ada mugwort untuk kulit berjerawat, kulit sensitif dan kemerahan.
❤ Claystick warna kelabu ada volcano untuk blackhead dan whitehead, kulit berminyak dan kemerahan.
Selamat berhujung minggu, semua. Jumpa lagi. π


Bila bab derhaka tu biasa kan Nur...SA pun sama gak...hahaha..SA pun ada claystick mugwort ni...
ReplyDeleteHaha.. biasalah tu. π Wah, SA pun ada, ya.
DeleteKalau nak jimat, boleh guna dekat hidung je.. hihihi
ReplyDeleteHehe.. betul!
DeleteBestlah. Macam-macam produk kecantikan boleh dibeli. Awet muda Nur.
ReplyDeleteMurah je, kak Amie. Alhamdulillah.
DeleteNanti boleh siasatan nanti ni. Thanks for sharing Tot
ReplyDeleteSama², KSarie. π
DeleteWah kiranya sesuai lah dengan kulit nur.
ReplyDeleteSesuai kak. Kalau tak sesuai, biasanya kulit saya jadi merah macam lobster. Huhuhu..
DeleteCie hari tu beli brand skintific pun ada yang ni. Jarang pakai ikut mood.
ReplyDeleteHa ah, perasan juga iklan skintific, pun ada claystick juga.
DeleteNice =)
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. π
DeleteHehe tidak ikut perkembangan sangat. Apapun tq untuk maklumat.
ReplyDeleteSama², NA. π
DeleteMasuk Watson's hari tu hampir terbeli juga. Ini Nur dah beli ni, sy pun kena beli jugalah. Biar lawa sama² ahak π
ReplyDeleteYezzaa... Sila, sila, PH. π
DeleteKelmarin balik rumah, macam biasa salam cium tangan mak. Digenggam nya tangan, ehh apa kasar sangat tangan ni, hehe spesis malas pakai lotion badan tangan. Part muka.......hhmm malam je tu pun paksa diri.
ReplyDeleteKasar tangan Mulan tu, tanda banyak kerja keras berkebun dan memasak. ππͺ
DeleteSaya ada beli clay stick ni. Tapi brand skintific, pastu jarang pakai. Tak sedar diri muka mmng berlemoih teruk, ada blackheads pulak tu.
ReplyDeleteNak dekat raya ni mcm kena pakai balik je huhu
Hehe.. kena konsisten pakai juga, Mazni. Ha, sila, sila. π
DeleteElok salicylic acid ni utk wajah2 yang ada masalah jerawat.
ReplyDeleteBetul, betul.
DeleteYg pakai brand ini Anak saya π. Kulit saya Krn dah terbiasa dengan skincare Korea, memang agak susah utk berpaling ke brand lain kak.
ReplyDeleteSaya pakai juga clay mask. Tp bukan dari G2G . Pakai seminggu sekali utk mengangkat black dan white heads
Oh, gitu... Skincare Korea, ie. Cosrx?
Delete