Semasa 2 Syawal yang lepas, bersamaan 22 Mac 2026, saya dan keluarga sudah bertolak balik ke Perak. Kakak kedua, Atam, pun balik Kuching, flight dia petang tu.
Ikut cadangan perjalanan dari Waze. Dari Petaling Jaya, kami ikut Klang, dan tiba-tiba muncul di Kuala Selangor. Celah-celah kawasan perumahan kami masuk. Tak lalu jalan utama. Sebab sesak la kan. Biasa kalau dari KL balik Perak, paling laju boleh sampai 3 jam, kalau trafik okay. Pada hari itu, ambil masa 5 jam untuk sampai ke Manjung.
Alhamdulillah. Selamat sampai. Home sweet home.
Keesokan harinya, saya keluar berjalan di Padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
| Langit pagi. |
Makan banyak wei, juadah raya ni. Rasa badan berat semacam. Kita jalan la, slow-slow.
![]() |
| Berjalan pagi selama 58 minit, dapat jarak 5.21 kilometer. |
Alhamdulillah. Orang tak ramai pun di padang. Lega badan bila dapat keluar peluh.
Lepas jogging pagi, saya dan suami terus pergi shopping bahan mentah di Econsave. Buka awal, pasaraya Econsave. Jom la kita, sebab peti ais di rumah memang kosong.
Beli segala ayam, ikan dan sayur.
![]() |
| Masak ayam goreng kicap. |
Masak satu lauk je. Tak ada orang pun datang beraya. Tapi anak-anak keluar. Amirul drive ke Taiping, pergi beraya rumah awek dia. Huuu... sabor je la. Sulaiman pun keluar malam, beraya dengan kawan-kawan. Berkira-kira juga, bila aku nak mula puasa enam ni. Hmmm....
Orait. Salam hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. Selamat beristirehat, ya.
Jumpa lagi. 💗



Berat kaki nak melangkah berat dengan menu raya lagi. Hihi.
ReplyDeleteBetul, Cie! Pengsan! Melantak je kerjanya.
DeleteSedap nampak ayam goreng kicap tu. Sini panas terik. Nak keluar beraya pun rasa lemau.
ReplyDeleteAlhamdulillah, lauk simple je, BK.
DeleteHa ah, akak ada tengok kat berita, kat Kelantan panas terik, sampai dia orang buat solat hajat turunkan hujan, kan.
selamat beristirehat kak Tot. kami di Selatan Perak cuaca ya allah membahangggg :(
ReplyDeleteTak hujan ke sana, Ana? Kat Lumut dah dua hari hujan. Awal pagi. Alhamdulillah.
DeleteBagus Nur dah mula jogging...
ReplyDeleteSy dah balik rumah sendiri ni baru nak mula puasa 6 In Sha Allah
Selamat berpuasa enam, PH. 💪
DeleteTakpe la beraya rumah awek... beli jiwa bakal mak mentua tu... hehehe
ReplyDeleteYe la, uncle. Kita kasi can.
DeleteSy belum start exercise lg =D
ReplyDeleteTakpe, takpe, Nieza. Boleh puasa enam. Saya pun sudah mula malas sebab paneh bebenor nak keluar jalan pagi.
DeleteSA kan ..raya ke 3 tu balik kuala pilah kejap..lepas tu tengahari masak la..kot2 la ada orang beraya ke apa..eh...xde siapa datang ebraya rumah kami...sedih gak la sebab dah masak banyak kan...
ReplyDeleteAlamak... takpelah, SA, yang penting kita dah bersiap-siaga masak. Orang datang, kita jamu. Orang tak datang, kita sendiri la makan. Hehe..
DeleteWah..tak lama tu makan nasi minyak..hihi..Taiping rumah mertua Linda..
ReplyDeleteBior lama lagi pun takpe, Linda. Budak Amirul tu, belum habis belajor.
DeleteHaa... dekat juga nak balik beraya, dari Tronoh.
Tidak tergamak hendak timbang berat selepas raya ni tapi macam lama dah tak timbang berat pun sebab tau akan terpleot angkanya😅Nampak kacak ayam masak kicap tu. Tot goreng dulu ke ayamnya ke macam mana. Ooo Tot bakal terima menantu orang Tepeng ye😊
ReplyDeleteHehe.. seram kan.. naik atas mesin timbang ni. Ya, KSarie, ayam tu, perap serbuk kunyit dan goreng dulu.
DeleteKalau ada jodohnya, orang Tepeng la. Senang la Amirul nak balik beraya.
Saya kan puasa kemarin dah berhasil turun ke 48kg kak. Eh, lebaran hari kedua, naik lagi jadi 50 🤣🤣🤣🤣. Memang lah, sekarang nih tengah back to routine. Workout lagi, nanti kalau period dah selesai, nak ganti puasa . Harus bisa balik lagi ke 48 🤣🤣
ReplyDeleteLaaa.. ringan betul Fanny ni. Ala, dua kilo je naik. Boleh turun, lagi Fanny rajin workout. 💪
DeleteAmirul sudah ada makwe. Sakan dorang jalan raya.
ReplyDeleteHarap masa saya komen ini Nur sudah mula puasa 6.
Budak² sekarang, NA.
DeletePuasa sehari je. Tak sambung², NA.